Masa gua tingkatan tiga, gua ada member perempuan. Nak kata rapat tak la juga. Kenal gitu-gitu je orang muda kabor. Tapi member gua yang ni memang suka bertukar pakwe.
Kemain lagi ke-utara dan ke-selatan atau bersiar-siar dengan pakwe. Dah macam laki bini pun ada gua rasa. Nikoh belum. Gua risau juga kalau pakwenya menggunakan pegangan;
"Apa salahnya jika mengintai di sebalik coli"
Gua ada juga tegur dia. Maklum lah, member kan. Karang tak tegur di kata member duniawi sahaja. Keh Keh Keh.
"Nak kapel boleh, tapi jangan la melampaui batas. Nanti mengandung camne?"
"Ikut aku la nak buat apa. Kau seboooook pesal?" makwe itu membalas.
Gua terkesima. Mata terkebil dengan kala dan nisbah yang kurang normal. Menunjukkan gua terpaku dan tak tahu nak kabor apa. Tahap cahaya UV masuk dalam mata gua pun tak berapa nak teratur. Fikir punya fikir, gua tak tahu nak balas apa. Selepas itu dia beredar pergi bersama pakwe dia.
Semasa gua tingkatan lima pula, gua boleh balas balik apa perbualan yang tergantung ibarat layang-layang putus talinya. Mungkin jawapannya begini;
"Celake, gua bukan nak sibuk pasal hal lu... tapi sebab lu bakal mengundang statistik pembuangan bayi, gua dengan sendirinya terbabit. Sebab cikgu BM gua suruh buat karangan, 'Isu Pembuangan Bayi Semakin Hari Semakin Meningkat Di Negara Ini. Apakah Punca Masalah Sosial Ini Berlaku? Dan Cara Untuk Tanganinya. Bincangkan'. Kemain susahnya.
Kalau tak ada masalah pembuangan bayi, mungkin soalan SPM senang sikit. 'Saya Seekor Landak' misalnya.
26 ulasan:
makwe tu mesti x cun sebab tu selalu tukar pakwe...awek cun,dia setia kekeke..
buat karangan mcm tu pun takde pekdah nya hori~
punca masalah sosial ini berlaku adalah kurangnya blogger blogger seperti hiro yang begitu peka dengan statistik pembungan bayi dalam negara.
Ada je kawan macam tu. Tapi dia bukan silih ganti. sekali kapel pasang ramai.
setakat ni rekod beliau 8orang in a time.
fuuhhh~~
Err dia buat macam tu bagi boleh jawab soalan SPM. Pengalaman buat lagi terror ye dak?
habis lu dapat buat tak karangan tu?
hahaha...
lepas ni ce wat karangan 'sy sekor landak' plak...
ngeh3..
ahaha!
masalah remaja mengundang karangan bm yg susah2!!
:p
kalo sy seekor landak tuh karangan darjah 2..
hehe..mudahnyer la dpt pakwe.hati2 wahai anak gadis !
aku ada kawan yg mcm ni. punca sbb duit. banyak pakwe, dapat duit. bab body melayang aku taktau details tapi berbuih jugak mulut aku bebel.
orang macam ni kena bagi penendang sebijik. baru reti. haha. kejam takpe asal lekat ajaran. hoho
itulah yg kita pggl betina... tahu? #problem?
2 tahun ku menanti jawapan dari mu. huhu
menyusahkan cikgu2 jugak~ dh jd cikgu br rasa. mujur dulu ms jd budaksekola baik..kehkeh
amn2 millenium nie, pening juga kalo darjah 4/5 dh pandai comolot,touchsreen,screentest sume pandai.haish
hahaha. atau mungkin jugak karangan bertajuk "abah saya seorang polis" :3
pe kata kalo lu je yang kapel dgn makwe tu.
sure beliau jadi baik budiman dgn didikkan lu nanti =p
aku sebatang pen lagi senang..ngee~
ha kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
nasib baik zaman spm gua lama dah lepas. herh. hahahaha
ayah aku kata nak jaga anak pompuan sorang lagi susah dari jaga lembu sekandang.......
lembu kalau TERmengandung tak jadik hal bro!!! he he.....
Dia seekor babi pun boleh
maruah diri harus dijaga rapi...
saya seekor joni mungkin?
kenalah setia. kan kan kan???
haha betol gok mu oyak tu hiro
Apa yang akan anda lakukan jika anda disahkan mngandung sebelum berkahwin . Bincangkan .
ok tak tajuk krangan ni ?
terbaik
Catat Ulasan