Memasak

Rajin pula kalau nak sapu jem ada 'love' ye dak?


Di hari minggu yang tenang, burung puyuh sibuk belajar nada kicauan burung murai. Buang tabiat mungkin. Atau mahu sertai Akademi Burung Suara Merdu 2011? Arnab yang balik lewat ke sarangnya mula kesejukkan. Pesen kena tidur luar. Itulah, sapa suruh balik lewat, kan dah kena tidur luar.

"Sayang... pagi ni Abang rasa nak makan sandwich la. Dah lama tak mencekik. Tolong buat boleh?"

"Oh... boleh sangat. Ini... Abang tumbuk bawang merah ni. Lepas tu potong bawang besar. Semua bawang potong... ye?"

"Makk aih. Baru Abang nak bersahaja dan santai sambil menikmati titisan embun di kerusi luar tu"

"Tolong Sayang nanti... cepat la siap. Abang boleh makan sambil menikmati makwe kilang baru balik kerja nanti"

Oh ye... lupa pula... makwe kilang balik pukul 8 pagi nanti. Lalu depan rumah gua!!! Terus gua bersungguh menumbuk bawang merah guna lesung batu.

"Ini memang scene zaman mak ayah kita dulu. Guna lesung batu" getus gua dalam hati. Kalau cakap kuat-kuat nanti. Kecik hati pula bini gua. Mak dia yang kasi tu.

Setelah menghabiskan 7 HP pada pagi itu saja, gua bangga dapat bantu bini gua di hari minggu. Bukan senang nak suruh gua bangun pagi tahu.

"Okay... dah siap sandwich ni. Dengan air kopi sekali"

"Aikk... tak taruk bawang pun?"

"Bawang ni nak guna tengahari nanti. Senang la bila Sayang nak masak nanti. Hehe"

Mata gua mula berkaca. Nak senyum kecil atau angkat kening dalam dua. Mungkin bini gua tahu yang lepas Subuh gua bergegas tidur balik di hari minggu.

"Haaa... kalau tahu nak tidur kejak. Siap nanti kejut laa..."


Pehh..kalau zaman gua tak nikoh lagi, memang gua dah tendang mana dekat dengan kaki gua. Dalam rekod, gua pernah tendang tiang bola tapi sengaja buat tersasar sebab sakit pula kaki gua nanti. Bodoh tingkah laku gua itu.

Macam budak rasa rugi ais krim jatuh ke tanah, rugi itulah gua rasai. Rugi tak tidur lama pada hari minggu sebenarnya. Rugi jaga awal pagi. Semua rugi. Mula hari itu, gua mula berhati-hati dan berazam untuk ambil tahu soal masak-masak ni. Keh Keh Keh.




19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sejak bila kau kawin hiro...hah tak ajak gua pun..menyampah..

haha dah ape cite dengan awek kilang, rugi tu...banyak awek import tu..haha

Umie Nadhirah berkata...

sapa bini ngko? haha

Mashe berkata...

cepat la menikoh oi!

bact. berkata...

risau benor gua dgn sikap lu skrg neh
hahahha

vampire's lovex berkata...

pehhh !! berangan....

dill berkata...

haha! kerajinan di pagi hari

dill.

Cipina berkata...

bang. buat sandwich tak payah tumbuk bawang bang kehkehkeh

patutlah pelik semacam bila mintak sandwich disuruh tumbuk bawang hahah

blog-tips-kurus berkata...

ooo.. berangan yek?
tak lama lagi la tuuuuuu... :-)

Emira Darmia berkata...

ROTFLOL~ ape la...


p/s : jgn kutuk org gune lesung batu...sbb saya pown pakai...lagi feel owh!

Tanpa Nama berkata...

tumbuk bawang untuk sambal tumis tengahari karang tu...
hahaha~

cikpia berkata...

jangan dok idop lam khayalan jer..... jatuh lagho dah nie.... he he....

cimöt berkata...

bengongggg

hanaahmad berkata...

hahaa..kasihan betul.

saljihitam berkata...

first time gua tak paham ape yang kau tulis. argh damnnnn apesal ni T.T

Kepala Mancis berkata...

kahkahkah

~Kenanga Suchi~ berkata...

memang dah kawen ke tipu2 ni... T___T

erysweetie berkata...

hoh. mesti wife kau sgt bangga punya suami macam kau. hehe

YouSOF berkata...

Kehkeh.. aku rasa rugi bangun awal kalau sarapan dah habis.. ;DD

takpela at least ko belajar cara potong bawang dengan betul...

plumpy.tootsie berkata...

weyh.
aku menulis balik.mule mengkomen semula.mula blogwalking semula.

weyh,aku pandai masak.mak aku jamin.

kau?tlg lh belajar memasak, ok?