"Kau nak tunggu bila ni Bal?" soal Alyah caring.
"Tengok la dulu..." Iqbal mencebik.
"Kang terlepas kang. Rugi je usaha kau selama ni"
"Dah tak ada jodoh. Nak buat macam mana..."
"Menjawab... menjawab. Kau tak cuba. Mana tahu... perempuan ni nak kan kepastian. Sekurangnya kau beritahu dia. Dah dua tahun kau pendamkan," cadang Alyah.
"Emmm..."
"Tahun ni kita SPM. Lepas tu semua bawa haluan masing-masing. Aku risau kau tak sempat beritahu dia"
"Tengok la nanti"
"Eiiiii... nak bercinta tapi takut nak bilang?"
Iqbas kuis-kuis kulit gula-gula dikakinya. Itulah Alyah. Satu-satu kawan perempuan yang tahu Iqbal sukakan Intan.
***
Malam itu Intan sedang asyik memerhatikan kek cawan khas sempena hari jadinya. Berbeza sedikit dengan yang biasa. Ada simbol hati di tengah-tengah kek cawan tu.
Dia belek-belek setiap nota ringkas. Setiap bawah nota tu ada huruf. Baru dia perasan! Ada huruf L, I, B, Q, A. Semua 17 nota ringkas itu ada huruf ni. Intan dapat satu ideal. Dia cuba mereka satu nama dengan huruf tersebut.
I.Q.B.A.L. Nama tertera di atas katilnya. Bersungguh dia gunting huruf di kertas itu untuk meneka.
"Iqbal?" Intan tercenggang.
***
Tiada kek cawan pada pagi itu. Intan sedikit kecewa. Bukan kecewa sebab tak dapat makan kek cawan. Tetapi kecewa tiada kata-kata penyeri paginya.
"Eh, Intan... kau tak tahu ke pasal Iqbal berhenti sekolah sebab dia kecewa bercinta?," tanya Alyah.
"Intan... Sebenarnya Iqbal bagi kek cawan tu. Dia sukakan kau. Dah dua tahun di menanti kau. Keluarga dia pindah ke U.K pun dia masih tinggal di sini. Alasannya nak habiskan SPM di Malaysia dulu. Tapi hakikatnya dia nak dapatkan cinta kau," sambung Alyah lagi.
"Errr... saya tak tahu pun"
"Kau yang tak pernah ambil tahu. Kau tak buka pintu hati kau untuk dia kan?"
Soalan itu terputus disebabkan cikgu BM masuk.
***
"Awak nak lari ke U.K pun... tak kan tak beritahu saya?" suara gadis dari belakang.
"Intan... awak buat apa dekat sini?"
"Dengar cerita ada orang kecewa kena 'rejek' sampai berhenti sekolah. Hehe"
"Ehh, mana ada..."
"Alaahh... Alyah beritahu saya... "
"Cilakak Alyah" bicara Iqbal dalam hati. Alyah memang tahu pasal Iqbal selalu ke U.K setiap akhir bulan. Itu sebab dia sengaja buat cerita.
"Hehe. Tak adalah, saya setiap akhir bulan memang pergi U.K. Pergi lawat keluarga saya. Daddy saya buka kedai kek kat sana," terang Iqbal.
"Oh, itu kek cawan dari kedai keluarga awak ye?"
"Hehe... mana awak tahu?"
"Alyah"
"Emm... jadi awak dah tahu saya suka awak?"
"Hee... kenapa tak beritahu saya?"
"Malu"
"Ea?"
"Saya suka awak Intan Umie Afiqah binti Nashir. 930530-08-5460!!" Hampir semua tenaga jugalah dia guna untuk lafaz tu.
"Amboi, IC saya awak ingat?"
"Hehee..."
"Tapi Abang saya tak kasi bercinta selagi tak dapat ijazah. Awak sanggup tunggu?" tanya Intan.
"Ahh, Daddy saya pun tak bagi bercinta selagi saya tak dapat PhD tahu... hehe," Iqbal tak mahu mengalah.
"Yela tuu.."
Mereka berbual-bual mesra. Menanti waktu pelepasan kapal terbang Iqbal. Iqbal merasakan satu titik mula yang paling bahagia dalam hidupnya. Ada cerita cinta baharu dalam kamus hidupnya nanti. Kenangan yang indah bakal berlaku dan yang paling penting pujaan hatinya sudah tahu isi hatinya.
'Lembab!' mesej dari Alyah.
Ditaipnya laju-laju 'Hehe..tenkiu my fren!!' terus dia balas.
TAMAT.
38 ulasan:
abeh ponn..bru ley tdo lena ak mlm nie..huhu
happy ending la yek? hehe!
SPM-Degree-MA-PhD = berapa tahun yek?? :-)
hehe..rekaan je ni..gua pun tak tahu la cik kurus.
cik kacamata--hee..makasih!
3 2 1 Cinta betei hiro ni.
awww... suweet betei...
Kalau drama tv3 ni konpom iqbal x jadi pegi UK. Konpom!
ok. bleh tdo ngan aman pasni
dill.
sini kau, aku nak lempang. kemain sweet.
auww..!!terharunya..keh3.
ai like abam hiro.
so sweet..keh3
makasih! gua bosan.. menanti berbuka..karang la kejak..hee.
cite ko kalo tak sweet tak sah kan? hahaha
cerita yang menarikkkkk ^__^
*nak berangan kejap..heee*
- akhirnya selesai jugak, ingtkn nk kena tggu smpai bila2.. hikhik
iqbal mmg lembab. tq alyah haha :D
comel la citer ni... :)
tak payah jadi lelaki lah iqbal oiii..pemalu kemain,,rasa nak lempang hahaha
VL..over gile ko hayati watak..haha..ak pon ase cenggitu gak..:p..harharharhar
ala..selalu klo novel biasa2 mesti ada epik cliche kwn dia tu pon simpan hati dekat laki tu..haha..selamat novel ni xde..muehehehe
gua rasa iqbal tu hensem mcm Hiro...sbb tu Intan tu trime dgan hati terbuka...hehehe
alolo sweetnye. nak lelaki 'lembab' jugak. kehkeh
otak cinta lah hiro nih.
sebaya gua rupanya intan dengan iqbal ni. hikhik
"Tapi Abang saya tak kasi bercinta selagi tak dapat ijazah. Awak sanggup tunggu?" tanya Alyah.
Alyah? bukan patut Intan ke?
kenapa ak rasa cerita ni sgt manis ea???
so sweat!! hhaha
manis macam cupkek rasanya
walau aku rasa nak nanges dengan ke-sweet-an itu tapi aku lebih suka iqbal bcinta ngan alyah... he he....
apapun, thumbs up!!! i'm lovin' it!!!!
akak sury, hehehehe..tengs betulkan..ye la kan..terlepas pandang pula.
jangan nak sweet sangat la..kang lapar air milo pulak..keh2
romantikk!! :)
sweet~
aku memang rasa laki ni memang lembap nak move on. ekekee
beshh...
incik hiro. .. sweet nyer cter...sedap sedap2
dah lama aku xsinggah sini. aku xpaham cite ko pn. aku baca tamat je. ekekeke
yeayyy yeayyy yeayyyy!
kihkihkih.
kalau dalam realiti, waktu bercinta 17 tahun, nak tggu dapat phD dah bpe lama? pergh! tahan nya!
aku nntikan sambungan anak diaorng tu
comel je.. sweet! :)
ceh ceh ceh kemain sweet abam hiro kita
ni kalo buat novel konpem meletup ni mmg konpemlah ! ;D
hahahaha! jangan nak ingat sgt la no ic... no surat beranak? keh keh keh
Catat Ulasan