Sekarang gua cuti. Cuti lima hari... eh, itu makwe gua. Dia cuti. 'Piyed' katanya. Gua cuti empat bulan. Gila ke apa bagi budak universiti cuti lama sangat. Kalau budak universiti bijak macam gua, memang tiap malam pergi pecah rumah. Yelah, dah dekat universiti pun tidur pukul empat lima bagi. Punyalah power nak siapkan kerja. Mata pun dah tak boleh tidur malam.
Tapi nasib baik gua kena praktikal. Selamat rumah orang kaya. Ada yang cuti sampai lapan bulan. Itu budak lain. Budak baru habis ngaji. Tak dapat kerja lagi. Member gua.
Berbalik pada tajuk, sempena nak habiskan cuti yang tinggal ini... gua ingat nak bina badan lah. Kasi sedak sikit otot bahu gua. Baru senang nak angkat 12 monitor komputer sekali gus.
Gua ingat lepas sahur tak mahu tidur. Nak pergi jogging. Angkat motor abah gua. Angkat pasu rumah pindah ke belakang bawa ke depan lepas tu pindah balik ke belakang lepas tu pindah ke tempat asal. Sapu daun-daun kering yang jatuh melayan di halaman rumah, masuk dalam plastik hitam. Angkat guna dua jari saja. Pergi buat reban landak belakang rumah. Buat perangkap biawak, buat apa saja yang memerlukan tenaga lebih daripada 100,000 HP.
Esoknya;
Gulp gulp gulp... sedak betul air milo mak gua buat. Sampai licin gua minumnya.
"Ayang suka orang badan kurus" mesej daripada makwe Mesir.
Terus gua tarik selimut. Jangan harap suruh gua buat kerja rumah lepas ni. Keh Keh Keh.
25 ulasan:
cuti yg berkualiti
nasib baik kena praktikal..
haha...aku suke husband aku badan tough. =p
lepas ni kang, makwe dari mesir hantar msg nak badan taf pulak. :P
ehem2, suami saya ber-six pad tahu ! dan saya sukaa...hikhikhik
Pi tido balek..
erkk
erkk
sambung tdo balik..
hahaha! selamba badak je die
dill.
kirim salam makwe mesir
hahaha, awex mesir? besh ker?
sy syg awak.?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/08/kasih-sayang.html
erk gua bce entri lu ni pas sahur. 2je nk bagitahu lalala
gua suke laki kurus k bai ;D
terus makwe dari mesir send mesej "cancel jadi laki aku" kahkahkah
kbai
Niat tu dah ada dah kan,
tapi demi awek semua dikorbankan.. ye dak?
bukan untuk Dill yek? hehe.. ;)
haish apehal la laki suka sgt bina bdn sampai ketul2? ingt pompuan suka ke? geli tahu.. haha
niat terbantut oi.haha
aku suka lelaki. tak kira la kurus ka taf ka. sebab aku pompuan normal. he he....
ahaha!
aku pun suka yang biasa2 je. kalau tough sangat cam geli je
fuyoahhh..aweks mesir. ai tak suka pakwe keding. keh3. *tetiba.
makwe mesir terr. haha.
makwe mesir comel
makwe mesir konon.eleh.
sweet awek ko... hilang mana dah dia?
..
kurus
kurus
itu seksi
i tak suka pakwe kurus kurus, macam kurang kasih sayang.
i pulak tak suka pakwe taf taf, macam gay.
dah sayang, macam mana pun tetap sayang. hehehe
Catat Ulasan