Mencuri Cinta Makwe




Ada benda gua nak kongsi ni. Antara cara-cara golongan tidak bercoli memikat cinta golongan bercoli. Kalau golongan bercoli tak asli entoh berkesan atau idok. Keh Keh Keh. Antaranya;


1. Boleh buat makwe tersenyum sendiri.
Kebanyakan makwe suka pakwe yang kelakar. Yang boleh buat dia ketawa. Bukan perlu jadi pelawak pun. Tapi sekadar mencuit hati. Gua ni pun ada orang kabor kelakar. Aishhh, malu nak kabor sebenarnya. Hikhik.

2. Jadi yang istimewa.
Kalau nama target tu Suraya.. orang lain panggil dia Su... Su... lu panggil la Aya ke Sura ke. Baru mudoh dia ingat kat lu.

3. Mudah mintak tolong.
Tapi yang penting, bior ikhlas. Kalau boleh terus tolong.

"Awak, saya nak minta tolong ni..."

"Ye. Coli awak saiz 32 Cup D kan? Takpe... saya pergi beli sekarang"

"Bukan... bukan... Boleh tolong pergi mampos? Saya rimas betei. Awak selalu kacau hidup saya"

"Aiyakkk!"

4. Kejut Subuh.
Ada makwe mahu pakwe dia tanggungjawab. Boleh bimbing ke arah jalan yang lurus. Apa kata sekali sekala pekena kejut si target solat Subuh. Semanja pun suara makwe baru bangun tidur, se-stim mana pun lu dikala itu, buat bior ikhlas. Kejut makwe nak kasi solat. Lu pun kena solat jugek.

"Awak, bangun Subuh.. Su...Su... bangun la solat Subuh"

"Subuh jadah mendanya pukul 3.30 petang ni"

"Aaa... saya baru bangun ni... aiyakkk!"

5. Kawan dengan kawan dia.
Ada jugek makwe suka kalau lu orang rapat dengan member dia. Bukan sebab nak ngorat ke apa. Tapi sekadar berkawan. Kenali siapa member rapat dia. Apa anak muda kabor, BFF? Best Frewwwwnnn Foreber? Euwww... geli geli!

6. Penyayang.
Pegang oik oik (cara baca: babi) sebagai tanda lu orang berjiwa penyayang itu bangang namanya.

7. Ambil berat.
Makwe ni mudah goyang bila mana ada lelaki ambil berat pasal dia. Nak tak nak masa makwe tengah down. Baru habis nonton cerita Tamil yang pasangan kekasih mati di bunuh misalnya. Tanya soal makan dan kesihatan cukup buat makwe terasa di sayangi.

8.Buat analisa.
Gua ada jugek dengar member gua pasal mak makwe tak suka dia bakal kerja jururawat lelaki. Entoh menda la pesen gini. Jadi sebelum masuk alam kejuruteraan percintaan, adalah molek kalau kenali salsiah keluarga target dulu.

9. Kenali target.
Cuba selami jiwanya nan lembut ibarat bayu dari Gunung Kinabalu. Sikit-sikit tanya apa dia suka. Apa yang dia tak suka. Suka makan apa..kegemaran. Suka bergambar buat pipi kembong contohnya.

10. Terima dia seadanya.
Tak di nafikan rupa perkara asas pakwe akan mendekati makwe. Tapi kalau muka makwe cun tapi dada tak punya mantap. Lu orang kena terima dia seadanya jugek. Ehh, macam pelik je huraian ni. Lantok ler. Entri gua.


***

Banyak lagi cara yang power tapi memandangkan gua ada menandatangani Perjanjian Jejaka Kacak Dan Cara Mengejas Makwe Daerah Pangkor Bersekutu 1964. Terpaksa gua kasi yang berlevel rendah je.

Okay geng! Kita dah tahun akhir. Kepada member gua yang masih di lambung ombak kesepian dan di belai angin keseorangan tu. Cuba peduli apa yang gua kabor ni.

Yang pasti, gua tak akan guna lagi menda ni sebab gua dah dapat Puteri Mesir. Hikhik. Tapi percayalah, makwe matang memang nak kan hubungan percintaan yang boleh bawa ke dunia nikoh. Jadi terserah pada lu orang nak yakinkan target lu bukannya main-main. Cewah! Baru habis berguru dengan doktor cinta ke hape gua ni. Keh Keh Keh.




26 ulasan:

ewanthology berkata...

tgh pikir, boleh pakai ke tak tips ko ni..ahakss

Amir Syahir berkata...

benda ni rahsia sebenarnya.

dill berkata...

hiro, banyak yang benar. hebak2. haha!

dill.

Anies Anessa berkata...

cewah..puteri mesir...kemain betei

fatinizzati berkata...

banyak yang betul. tapi tak jumpa lagi la yang buat SEMUA benda camni kat aku

Amir Syahir berkata...

nanti-nati ado la fatin oi..tak pun lu post je menda ni kat pakwe yang lu berkenan..hal menda ni jangan berkeras sangat..hikhik

SN berkata...

panggil cuya pun sedak jugak...hahaha

izuddinrahim berkata...

berapa purnama g menuntut? haha

jhnrdzi berkata...

amboih jiwang benar :P

alexayussida berkata...

kemain sekarang...

bact. berkata...

Melompat ke borang ulasan:

hiro, banyak yang benar. hebak2. haha!

bact.

Cikgu Jaja™ berkata...

hahaha. brilian. hahaha

Duniakuabstrak berkata...

semua ini menuntut kesabaran yang hakiki

Nurul berkata...

hahahahaha.......guna tips ko asyik terkantoi je nty~

m i a berkata...

part oik oik tu kelaka gile..kehkehkeh..

but dis one is so truee :)

LHW berkata...

oooo gitu.

aljambz berkata...

stedi la abam hiro. gua nak cuba ni.

Lydia Miza berkata...

kejut subuh tu terbaik..biasanya makwe yg kejut kan?hehe

hiro sht?tak ingat ummi ye?

Fateen Insyirah berkata...

Akal tunjang bikin ribut.. Haha

ENCIK TIKUS berkata...

hurmmm..

eqacashperlala berkata...

pergh!
memang betei apa lu cakap
konfem boleh dapat perempuan guna cara lu ni

Abang Zam berkata...

bagus lah. makwe sekarang ni pun bukan betul sangat
semart cara lu ni abam hiro

Emira Darmia berkata...

cara ngorat awek gangster plak mcm mana?

Mashe berkata...

brapa lama lu amek masa mngakaji benda2 nih. hebak!

Mashe berkata...

brapa lama lu amek masa mngakaji benda2 nih. hebak!

Puteri Iqa Izyan berkata...

tak berhenti gua gelak. adehh