Pagi yang indah. Mentari mendayu memancarkan sinar harapan. Burung berkicauan riang dari segenap arah. Indah suasananya di kala itu. Awan masih memutih suci, langit masih membiru indah. Syukur.
***
"Sayang, pagi tadi Abang angkat coli Sayang dekat ampaian. Lepas tu tali coli sangkut dekat paku. Tarik punya tarik, sampai putus tali coli Sayang dibuatnya. Marah la Abang... Marah la" bicara gua.
"Ea? Takpe... yang tu lama dah Sayang nak buang. Dah 'expired' dah pakai. Ekekeke. Ni, tadi Ica duk main laptop Abang. Sayang nak alih... lepas tu terhempas pulak. Camne? I'm Sorry k? Marah tak?" balas bini gua ramah.
"Nice try Sayang... nice try. Tak marah. Abang ada back-up dalam extenel. KahKah. Semalam lepas Abang tolong gosok coli Sayang, Abang gosok baju kurung raya Sayang. Alaa, yang harga RM200 tu. Dah berlubang dekat dada. Mungkin panas sangat kot suhu seterika tu"
"Eh, takpe... takpe... baju tu dah lama dah. Memang kain tak power dah kot. Petang semalam masa Sayang amik Ica kat tadika. Sayang langgar tiang letrik. Kemek jugeklah bahagian bontot kereta tu. Maaf Abang? Sikit je kot"
"Maksud Sayang, kereta Honda Civic biru Abang tu?"
"Yelah... kereta mana lagi kita ada?"
Daripada muka kacak dan caring, terus berubah ke muka kacak dan bengis. Kacak tu tak boleh berubah sebab gua kacak. Tapi bengis gua ni, bengis mengalahkan bengis Hulk punya.
"Sayang! Kenapa tak hati-hati. Kan Abang dah pesan hati-hati. Sayang tak tengok ke belakang ada apa?"
Terus gua berlari menuju ke kereta.
"Hehehehehe" suara manja gelak daripada belakang.
Cilakak! Gua kalah. Hebat jugek kejuruteraan lakonan dan kejuruteraan emosi bini gua rupanya.
"Yeyy! Dapat RM200. Boleh beli beg baru. Lepas tengok muvi kejak lagi, teman Sayang pergi beli beg ye Abang"
***
Malam sebelumnya.
"Sayang, nak kita main sapa marah kena bayar RM200? Nak? Eleh, tak nak lettew..." ujar gua dengan muka kacak sedang.
"Sapa kata tak nak! Jom... pagi esok setat. Abang jangan main kotor pulak" balas bini gua.
"Set" jawab gua yakin.
Nota: Bini nombor dua lelaki ialah kereta woi!
34 ulasan:
kalau bini gua mcmtu gua dah makan dia dah. hue hue.
apasal entri kita berdua mesti ada kesinambungan ha?
minggu lepas pasal memasak,
minggu neh pasal kereta.
adakah kita dah di takdirkan bersama?
kahkahkah ternyata lu tak cukup power lagi bab main psikologi ni hiro.
moto bini no berapa?
HAHAHAHAHA... berbalas pantun versi sayang2 pulak dah.. auwww.
hahaha. sewel betei main macam tu.
annoying die boleh tahan jugek etri lu nih
kehkeh
hahaha..kejuruteraan lakonan!
bhahahha . nak try main ni lah ..
keh keh keh..nice try nice try..abg! kah kah kah :P
ni imaginasi tahap seratos dh ni..cepat la nikah woi.. hahaha
hahaha. ada ka org tak marah kalo cam tuh?
hahaha. ada ka org tak marah kalo cam tuh?
suke ah entri ni. haha!
dill.
hahaha yang tak tahannye, laptop terhempas tak marah. hiks! :D
kakaka tertipu sudah
patut la aku bace yg atas2 tu rilek je dua org ni..hahaha..upe2nye kena byaq duit ..lalala
patut la aku bace yg atas2 tu rilek je dua org ni..hahaha..upe2nye kena byaq duit ..lalala
kih3,,padan muke!
jangan la marah woi.
kehkehkeh
bini hiro lg hebatt haha
habis manis la ni?
perangai serupa ahmad nisfu!
kahkahkahkahkahkah, padan muka .
suami nombor dua perempuan ialah shopping !
kehkehkeh.
suami nombor dua perempuan ialah shopping !
kehkehkeh.
comeinye... sporting gitew..hihihi, thniah gak sbb kalah..wakkkaka
hahaha...padan muka ;p
ala yela tuh .. kdg laki lbih sygkan keta dari bini ....
kahkahkah...kalah jgk hiro
hahahhaa.... nanti gua dah kahwin gua nak buat cam ni jugak...
kim salam kat bini ke dua lu tu.. huhuu!!~
hahahaha
ni kisah betul ke ni?
abam hiro. kangen tak? HAHAA
alahai mcam sweet je .. hehehe :)
Catat Ulasan