Hari minggu terutamanya hari Sabtu, gua, bini dan anak lepak-lepak dekat rumah. Cas tenaga orang kabor. Hari Ahad barulah jalan-jalan. Pergi beli barang dapur atau pergi tengok wayang misalnya.
Pagi Sabtu yang redup, sesudah makan bihun goreng hasil sentuhan bini gua dan gua tukang kacau serta potong sayur, gua berkata kepada bini dan Ica;
"Semalam tengok Maharaja Lawak Mega kan? Apa kata kita main cerita lawak-lawak. Tapi kena berkisahkan lawak berkait dengan haiwan. Siapa lawak, dia menang. Mau?"
Ica: Nak! Nak! Ica nak hadiah barbie baru...
Gua: Amboi... tak menang lagi dah kabor nak hadiah apa.
Bini: Boleh la Bang... Abang setat dulu. Lepas tu Sayang dan Ica akhir sekali.
Selepas setuju dicapai, gua memulakan cerita lawak.
Gua: Ada satu laki bini serta anak seorang mengalami gangguan nyamuk yang kronik. Dah pasang kelambu, guna ubat nyamuk tapi tak menjadi. Maka, semua ahli keluarga bermusyawarah fikir jalan penyelesaiannya. Pelbagai kaedah diguna tapi semua tak menjadi. Akhir sekali anak mereka berkata;
"Apa kata kita sembunyikan selipar dan kasut dalam rumah? Dengan itu nyamuk akan fikir kita tiada di dalam rumah? Lantas nyamuk tertipu dan berlalu pergi ke rumah orang lain? Nak?"
Maka berderailah ketawa tak henti-henti daripada ayah dan maknya.. Tamat..
Gua : Lawak tak? Kakaka. Giliran Sayang pulak.
Ica dan bini gua tepuk-tepuk tangan tanda cerita gua sedak.
Bini: Begini, ada satu mak cik ni ada kedai serbaneka. Pada suatu hari, ada janda datang nak beli gula. <
"Mak cik, gula ada?" tanya janda itu
"Ada, ada... hujung sana tu," jawab mak cik yang sibuk buat kira-kira.
"Ok... saya ambil ye,"
"Tak ada la mak cik. Habis kot?"
"Mana ada habis lagi... baru sampai stoknya,"
"Mana ada ni.."
"Ada... ko tengok betul betul"
"Tak ada... yang ada kotak dengan tulisan garam,"
"Haa... dalam kotak itulah. Mak cik saja nak tipu semut. Maka, semut ingat kedai mak cik ni tak jual gula... tapi jual garam. Nanti tak rosak la gula mak cik. Hehe,"
Bini: Begitulah ceritanya..
Gua: Emm..boleh tahan lawaknya.. Ica pulak..
Ica: Pada petang Jumaat yang lalu, Abah datang amik Ica di tadika. Lepas tu Ica nak makan aiskrim. Di kedai aiskrim, tiba-tiba Abah terserempak dengan kawan perempuan Abah. Kawan lama kata Abah. Cantik. Kawan perempuan Abah tu belanja Ica dua eskrem. Mama tak pernah. Mama kedekut. Kakak tu mahu mencari haiwan belaan, iaitu hamster. Akhirnya Abah rela hati tunjuk jalan ke kedai itu. Siap Abah bayar lagi hamster tu Mama. Ica nak hamster tapi Abah tak bagi. Dia kata rumah kite ada rebit da.. tamat cerita lawak tentang haiwan... lawak tak Mama? Abah?
Gua menunduk pandang lantai. Gua tak berani pandang mata bini gua. Gua tahu, bini gua sedang merenung tajam ke arah gua ni. Gua terbayang cubit ketam singgah ke perut gua ketika gua sedak layan betis makwe masa dekat pasar malam tempoh hari. Sampai sekarang lebam ada lagi ni hah. Syahdunya.
Dalam hati, gua berdoa kepada-Nya semoga bini gua tak marah gua... kehkeh.
Lantas gua kabor;
"Pemenangnya ialah Mama! Hadiahnya ialah pakej tak payah masak petang nanti dan malam. Sila beri tepukan gemuruh!"
Ica dan gua bertepuk-tepuk tangan tanda girang di hati.
Bini gua masih merenung tajam gua. Terus gua undur diri buat-buat mahu jemur baju di ampaian.
"Mampos gua malam karang!!!" getus hati gua berserta linangan air mata mula mencurah.
24 ulasan:
kahkahkah
cerita bini lu paling lawak.
takut bini. booooooooo
errr... sebenarnya hiro menang.. pastu dapat hadiah renungan tajam woohh.. harharhar
kehkehkehkeh..ica menang..
meh ica, kakak belanja eskrem lagi...hakhakhak
sebenarnya bini tu tak heran pon dengan hadiah yang dia menang tu. hehe
bini ganas, hahaha
oooooooo
ahli majlis mesyuarat tingkap ke? hihiiiii
ape daa...kantoi dgn bini sbb anak sendiri..hehehehhe
wahh, ica bocorkan rahsia:p
haha
ok.
abam hiro mng !
mmg lawak ni.
hahahaha. padan muka la aku ucapkan.
boooooooo....!!!
hahaha
jeng jeng jeng. habislahhhhhhh ^_^
lor...main-main last2 terkena kat diri sendiri pulak...bagus ica...jadi spy mak ye...
hahahaha!!!
mcm2 hiro oi..
dill.
abam hiro ni..
~.~"
majulah ica demi negara
hahahahahahahhaha
kawen cepat lah hiro..haha
ica tak boleh harap..
hahaha merembes air mata ye dakk
kantoi di situ..he3
nsib bek molot ank xsepuake abahnye..sekian
aduh...cramp rahang mulot
kahkah..aku ase cite ica paling klako..hahaha
Catat Ulasan