Melawat Kota Korea


Pada cuti akhir tahun yang lalu, saya berpeluang melawat Kota Korea dengan kornea saya sendiri. Indahnya tak terperi, sedaknya bagaikan mimpi.

Kami bertolak dari rumah tumpangan lebih kurang jam 11.30 pagi. Untuk ke pusat membeli belah yang terkenal di Kota Korea ini mengambil masa hanya 30 minit.

Sepanjang perjalanan, banyak pemandangan menarik yang boleh dilihat. Kebanyakkan bangunan tinggi mencakar melangit. Suhu masa tu sejuk boleh tahan sejuk… sekitar -15° Celcius. Entah la, saya pun mana reti baca suhu semasa ni. Saya main agak je. Kakakaka.

Sekitar jam 12.15 petang, kami pun tiba pusat membeli belah yang saya teringin pergi. Pusat membeli belah dalam bahasa Korea di sebut "sangga" kalau saya tak silap.

Inilah pertama kali saya berpeluang merasai dan menikmati suasana warga Korea membeli belah. Pakaian mereka ini usah diragui. Tip top punya fesyen. Gadis belasan tahun pun dah pandai pakai skirt dan legging. Yang pakai baju nampak pusat pun ada. Itu saya tak cerita pasal makwe tindik dekat hidung lagi tu. Maka, berguguranlah pahala saya ibarat gugurnya sehelai daun daripada pokok cempedak.

Namun, disebalik kehampaan dan mengenangkan dosa semakin bertambah, saya dan rakan taulan teruja bila terlihat seakan artis yang ada dalam siri Running Man, Kim Jong Kook.

Saya bersama rakan taulan tak berniat malukan rakyat Malaysia di rantau orang. Maka, perbualan kami secara automatik bertukar menjadi bahasa orang putih.

"Look that, that is Kim Jong Kook rite?," Brader Leplep mula berbicara.

"Yes-yes... but he look small," jawab Brader Chacha.

"Oh yeah? I dono wat really he look... emmm..." kata saya yang tak berapa reti cakap English.

Maka kami pun berlalu meninjau ke tingkat lebih tinggi lagi. Kami sempat berjalan di sekitar pusat membeli belah itu. Beberapa deretan kedai kecil menjual pelbagai barangan seperti cenderahati dan makanan. 

Selesai menjamu mata dan berjalan-jalan, kami begitu kagum melihat seni bina pusat membeli belah ini. 

"Sungguh padu kejuruteraan binaanya," getus saya dalam hati.

Sudah menjadi kebiasaan jika datang pusat membeli belah di sini wajib mengambil gambar untuk dijadikan memori terindah yang tak mampu dilupakan. Maka, menurut arus perdana anak muda, kami berlima berjalan menuju tempat di mana pelawat mahupun pengunjung wajib bergambar di situ.

Selepas sampai di lokasi wajib jika bercuti di Kota Korea, Brader Chacha terus mengeluarkan kameranya.

"Lepas ni gua nak gambar sorang depan Pavilion, nak buat gambor DP Fesbuk!," ujar Brader Leplep dalam tandas.

Selesai mengambil gambar dalam tandas. Maka kami berlima pun belah. Maka, saya dapat simpulkan itu percutian menarik saya!


Pusat mengambil gambar dan belah. Itu semoleknya dari pusat membeli belah. Sebab kami tak membeli apa-apapun. Maklumlah, hujung tahun. Kering dompetnya. Keh Keh Keh! 



Dari kiri, Brader Chacha, Amirull Bozu, Brader Leplep dan yang depan sekali tu, saya ingat-ingat lupa nama dia, Paeh rasanya. Kebetulan masa ni mak saya kol, maka saya tiada dalam gambar :(







21 ulasan:

dill berkata...

dah teka dah. mesti Pavilion! haha!

dill.

Abang Zam berkata...

korea bhai. korea!

starzieti berkata...

hahaa. ingat betul la korea tadi. -.-

jhnrdzi berkata...

Korea lah sangat ._.

Ym.Bundle berkata...

paeh tu suka kpop ke?

Cikgu Jaja™ berkata...

hahaha..aku faham hiro..aku faham...

budak2..mmg begitu.jelik tahu..malas msk campur T__T

Nisa berkata...

hahahahaha Kim Jong Kook ;p

Ainul Hayat berkata...

dan dan mama dia kol....huh

SN berkata...

runningman jugak rupenyer...hak3

fatinizzati berkata...

tahu jugak running man ye hiro. haha

Tanpa Nama berkata...

hahahha budak pavilion macam pe ntah,baru nak up kot hahahahahha

Ceiler Mun berkata...

mana ko ambil gambar ni? haha.

hanaahmad berkata...

ini blog jilaka nombor dua kah? keh3

cimöt berkata...

jadahnya korea ko??

NMR berkata...

-15° Celcius dah betul dah.
nasib pergi hujung tahun.
lau awal tahun dye jadi -20° Celcius.
kehkehkeh~

Mashe berkata...

ooo.. korea..

Miss Butterfly berkata...

k o r e a? okeee... teringin nak pegi.. hahahahaha

nak tengok gambar hiro! hiks

ENCIK TIKUS berkata...

babi... pesen hati lembut layan runningman..

- elina - berkata...

keh keh

Tanpa Nama berkata...

haha sesuai la sangat. sorang chacha, sorang leplep. untungla pergi koreanlion.

Tanpa Nama berkata...

...