Tabung Keluarga






Umur sebaya aku rata-rata semua sudah mendirikan rumah tangga. Siap dah ada anak dah pun. Amboi pantas buat kerja. Tapi bab pengurusan kewangan yang berkesan tak berapa nak tahu.
Benda ni kena belajar. Masa dah jadi suami isteri, kitalah menteri kewangan, menteri pendidikan, jurutera baiki paip, jurutera baiki lampu mahupun jurutera membuat ampaian baju.
Realiti kehidupan kini, banyak konflik berlaku bila pasangan gagal merancang dan menguruskan kewangan dengan berkesan.
Jadi korang kena sediakan beberapa tabung untuk keluarga contohnya;

1. Tabung keperluan harian (60% daripada gaji) : Belanja makan, bayar bil pelbagai, ansuran rumah kereta, dan sebagainya.

2. Tabung kebebasan kewangan (20% daripada gaji) : Simpan di TH, beli emas, ASB, unit trust.

3. Tabung kegembiraan (10% daripada gaji) : Pergi jalan-jalan, tengok wayang.

4. Tabung kecemasan (10% daripada gaji) : Untuk pembayaran hal ehwal kecemasan. Kecemasan nak belanja bini bila terkantoi mesej crush dulu pun boleh guna tabung ni ye.

Amat beruntung jika dapat bini bergaji, pecahan gaji dia boleh buat tabung lain lagi untuk kegunaan bersama.
Sekian. Sekadar perkongsian tak seberapa ni.
Peh. Dah boleh kahwin la aku ni ye dak? Perlukah aku mengorak langkah masuk ke alam perkahwinan? Kah!

[ASY]

11 ulasan:

ewanthology berkata...

its always easier said than done... amboi speaking la pulak.

Izyan Balqis berkata...

tapi kan..rumah sewa skrg pn da hmpir 50% gaji...xmasuk kereta lagi tu..achaner? huhu

~fam~ berkata...

Salam bro. Tabung kegembiraan tu selalu terlebih. hehe

Zyra Roxx berkata...

belum kawin tapi dh ada semua tabung, plg berlebih mestilah tabung kegembiraan, hahahahaha adoi :3

aNiS tHe BumbleBee berkata...

Bagus ni..
Akak ada gak tabung,tp slalu korek2..kakaka!
Tabaik,tabaik!

mun berkata...

saya banyak sangat tabung. banyak.sangat. tapi selalu bocor. macam mana tuu hmm *sedeh*

tuan director berkata...

klo ada calon kawin je hiro.kedudukan kewangan hang dah kukuh. teruskan bagi tips bro. aku suka bab pengurusan kredit ni

zarifahmr berkata...

Setuju sangat ! Tapi tulaa ada je kecemasan, kereta rosak la itu la ni la. Jadi kena la buat 2/3 kerja sekarang. Alhamdulillah rezeki. :)

Obat Jerawat berkata...

sangat menarik dan sangat bermanfaat mas bro :D
salam hormat : Obat Jerawat

Lydia Miza berkata...

Kerja ni biasanya lelaki paling arif ye tak hiro? Ummi tgk fail, suami ummi Simpan smua resit dari brg hantaran kawen dulu smpi la skrg..haha.tu blm Kira bab agihan lain lg

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)