Cerpen 1: Seindah Pelangi


Kehadiran pelangi selepas hujan, kehadiran kejayaan selepas pengorbanan

"Aryan, saya nak minta putus la," bicara Laila Mikaila sesaat Aryan Sufyan sampai dekat bawah pokok besar yang rendang di tepi padang universiti mereka.

Aryan Sufyan menarik nafas. Lelah berlari selepas kuliah tadi masih belum hilang. Masih tercungap-cungap dia.

"Awak ni, saya rasa macam tak ada masa depan! Takde masa depan!!!" luah Laila Mikaila lagi.

Aryan Sufyan memegang erat kocek seluarnya. Di dalam kocek seluarnya ada hadiah untuk Laila Mikaila. Dibelinya rantai emas menggunakan duit PTPTN sempena ulang tahun percintaan mereka yang kedua.

"Lagi tiga bulan saya akan habis belajar. Tapi awak? Repeat paper lagi. Repeat! Repeat! Repeat!!!. Entah bila nak habis belajar pun saya tak tahu!!" kata Laila Mikaila sedikit menjerit.

Aryan Sufyan tenang mendengar kata-kata Laila Mikaila. Dia melemparkan pandangan ke arah tiang gol dengan lagak yang bersahaja. Perasaan penat, lelah, mengantuk, lapar dan kecewa serta luluh hati bercampur baur.

Dia sudah bercinta dengan Laila Mikaila selama dua tahun. Banyak pengorbanan dia pada Laila. Kekecewaan jelas terpapar pada muka Aryan.

Tanpa Aryan dan Laila sedar, ada wartawan yang tidak berbayar sedang memerhatikan gelagat mereka.

"Ini kalau tak mintak putus ni, mesti jantan tu kantoi keluar dengan betina lain ni," kata Mak Timah cuba meneka sambil menunding jari ke arah pasangan yang berada tidak jauh daripada tempat dia menyampu sampah. Mak Timah memerhati sambil menganalisa dua orang anak muda di bawah pokok besar yang rendang di tepi padang itu.

Mak Jenah Kebaya hanya sengih nipis mendengar tekaan Mak Timah. Mak Jenah Kebaya pernah menjadi ratu kebaya 5 tahun berturut-turut di kampungnya pada zaman mudanya dahulu. Sejak dari hari itu dia mendapat gelaran Mak Jenah Kebaya. Lalu Mak Jenah Kebaya menyambung menyapu sampah.

"Nah! Awak ambil balik cincin ni. Mulai hari ini kita putus!! Saya nekad. Saya yakin dengan keputusan saya!" bicara Laila Mikaila dengan air mata mula menitis.

Aryan tidak pasti mengapa Laila harus menangis. Bukankah dia yang meminta untuk memutuskan hubungan mereka. Ataupun air mata itu hanya sekadar sandiwara.

Ini bukan kali pertama Laila minta putus. Sudah dua tiga kali. Apa yang pasti, kali ini Laila bukan main-main. Jika dia serius dia akan cakap saya-awak. Jika dia tengah marah dia akan speaking English.

Mulut Aryan seperti digam. Sekuat gam gajah. Tidak mampu berkata-kata mahupun memujuk kembali Laila. Jika ini keputusan Laila, dia pasrah. Anak matanya mengekori pemergian Laila.
***
Dua tahun kemudian.

"Encik Aryan, ni calon nge-last hok nok temudugo hari ni," bicara Neelofa Roslinda. Gadis kecik molek selaku setiausahanya. Walaupun sudah bekerja 10 tahun di Ibu Kota, loghat Kelantannya masih ada.
Laila Mikaila terpaku melihat Aryan di kerusi CEO syarikat.

"Maaf Encik, saya menarik diri daripada temuduga ini", kata Laila lalu berlari-lari anak meninggalkan pejabat Aryan.
***
Setelah habis belajar, Laila Mikaila tidak berjaya menempatkan diri dalam dunia pekerjaan. Banyak kali dia terpilih untuk ditemuduga. Tetapi langsung tidak diterima bekerja.

Berlainan pula dengan Aryan. Hasil kesungguhannya dia ditawarkan bekerja di sebuah syarikat di Ibu Kota. Berkat kegigihanya bekerja, dia dinaikkan pangkat.
***
Pengajarannya, ialah jangan cepat memandang rendah kepada orang lain kerana setiap orang memiliki kelebihan tersendiri. Rezeki ada di mana-mana. Apa yang penting adalah usaha dan kesungguhan untuk berjaya.

Siapa kita untuk meramal masa depan orang. Tuhan telah menentukan masa depan seseorang itu. Jika mereka berusaha mereka pasti akan berjaya. Kah!

[ASY]

NAK BELI RUMAH, TAPI TAKDE DUIT NAK BAYAR DOWNPAYMENT?


"NAK BELI RUMAH, TAPI TAKDE DUIT NAK BAYAR DOWNPAYMENT?"


Untuk memiliki rumah pertama, kita haruslah menyediakan 10%-15% daripada harga rumah tersebut. Itu tak masuk kos sampingan lagi. Sebenarnya ada banyak cara untuk kita tak perlu bayar downpayment sampai 10% dari harga rumah.

Semua cara-cara tersebut didedahkan dalam ebook "Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah Ke?"

Dalam ebook ini, 16 pakar pelaburan hartanah ini berkongsi bagaimana mereka berjaya membeli rumah dengan modal yang minima dan jimat berpuluh ribu ringgit!


Apa yang korang akan dapat dalam ebook "Tak Ada Duit, Boleh Beli Rumah Ke?" ini:
  • 7 sebab utama kenapa anda wajib melabur dalam pelaburan hartanah yang ramai orang tak tahun
  •  
  • Betul ke boleh beli rumah tanpa letak sebarang downpayment?
     
  • 3 cara berkesan yang anda boleh gunakan untuk buat pelaburan hartanah secara zero-downpayment
     
  • Faktor penting menentukan lokasi terbaik untuk beli rumah pertama anda
     
  • Bagaimana nak runding harga dengan pemilik rumah untuk dapat lebih banyak diskaun?
    Bagaimana nak dapatkan diskaun dari pihak pemaju?
     
  • Kisah bagaimana 16 pelabur hartanah beli 100 biji rumah dengan modal yang minima

Berapa harga ebook ni?

Harga jualan biasa ebook ini: RM80.

Tapi..harga diskaun sempena versi terbaru ini adalah hanya RM60 sahaja (JIMAT RM20 dari harga biasa)



Dapatkannya sekarang. Jangan tunggu lagi.

Klik sini untuk membeli ebook ini:

https://gilahartanah.onpay.my/order/form/ebookgh01/amirsyahir

Bahaya Hutang





HUTANG. Ada beberapa kawan kita gagal menguruskan gajinya. Bukan gaji tak besar. Gaji RM3000 tapi akhir bulan tak tahu ke mana wang itu dibelanjakan. Pastu mula buat pinjaman peribadi. Berhutang demi hutang dia buat. Pencinta hutang sangat.

Antara sebab hutang berlebihan kerana;

1. Gaya Hidup
Engko berpura-pura mewah padahal engko tidak mampu. Gaya hidup mewah ni engko anggap penting untuk menunjuk engko golongan berada. Gaji RM2000 tapi pakai kereta Honda Civic. Heh!

2. Tamak
Engko sangat tamak nak kaya. Kerja malas tapi nak kaya. Pastu mula percaya Skim Cepat Kaya lah, Gores Dan Menang lah. Ada tu engko buat pinjaman semata mata nak melabur dalam Skim Cepat Kaya ni.

3. Perkara Luar Jangka
Adakalanya engko ditimpa ujian. Macam kena tipu kawan, katanya nak bagi rumah banglo murah tapi engko kena bagi RM50K dulu ke dia. Kesihatan engko yang memerlukan perubatan tiap bulan, ataupun kena bayar baiki rumah rosak sebab bencana alam.

 ***

Tanda engko dalam masalah kewangan:

-Kerap dihubungi pihak pemungut hutang.
-Sukar mendapat pinjaman sebab sejarah kewangan tidak memuaskan.
-Sering meminjam wang dari rakan dan ahli keluarga.
-Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan.
-Bergantung pada pendapat bulanan. Tengah bulan mula makan megi. Atau makan biskut dengan kawan.
-Sering gaduh pasal wang dengan pasangan.

***
Haa. Pasal wang, rumahtangga boleh berentakan. Engko jangan cakap engko ada cinta sejati je, hal ehwal kewangan engko kosong. Pastu asyik gaduh dengan bini je pasal wang lalu membuktikan engko bukan ketua rumahtangga yang bagus. Jadi, engko kena buat bajet balik. Rombak balik belanjawan korang tu. Rujuk pakar kewangan untuk bantu masalah kewangan. Pergi jumpa pakar AKPK ke. Barulah masa pencen nanti korang ada RM2.6 biliyun dalam bank. Kah!