HUTANG. Ada beberapa kawan
kita gagal menguruskan gajinya. Bukan gaji tak besar. Gaji RM3000 tapi akhir
bulan tak tahu ke mana wang itu dibelanjakan. Pastu mula buat pinjaman
peribadi. Berhutang demi hutang dia buat. Pencinta hutang sangat.
Antara sebab hutang berlebihan kerana;
1. Gaya Hidup
Engko berpura-pura mewah padahal engko tidak mampu. Gaya
hidup mewah ni engko anggap penting untuk menunjuk engko golongan berada. Gaji
RM2000 tapi pakai kereta Honda Civic. Heh!
2. Tamak
Engko sangat tamak nak kaya.
Kerja malas tapi nak kaya. Pastu mula percaya Skim Cepat Kaya lah, Gores Dan
Menang lah. Ada tu engko buat pinjaman semata mata nak melabur dalam Skim Cepat
Kaya ni.
3. Perkara Luar Jangka
Adakalanya engko ditimpa ujian. Macam kena tipu kawan,
katanya nak bagi rumah banglo murah tapi engko kena bagi RM50K dulu ke dia.
Kesihatan engko yang memerlukan perubatan tiap bulan, ataupun kena bayar baiki
rumah rosak sebab bencana alam.
***
Tanda engko dalam masalah kewangan:
-Kerap dihubungi pihak pemungut hutang.
-Sukar mendapat pinjaman sebab sejarah kewangan tidak
memuaskan.
-Sering meminjam wang dari rakan dan ahli keluarga.
-Tiada wang simpanan atau tabung kecemasan.
-Bergantung pada pendapat bulanan. Tengah bulan mula makan
megi. Atau makan biskut dengan kawan.
-Sering gaduh pasal wang dengan pasangan.
***
Haa. Pasal wang, rumahtangga boleh berentakan. Engko jangan
cakap engko ada cinta sejati je, hal ehwal kewangan engko kosong. Pastu asyik
gaduh dengan bini je pasal wang lalu membuktikan engko bukan ketua rumahtangga
yang bagus. Jadi, engko kena buat bajet balik. Rombak balik belanjawan korang
tu. Rujuk pakar kewangan untuk bantu masalah kewangan. Pergi jumpa pakar AKPK
ke. Barulah masa pencen nanti korang ada RM2.6 biliyun dalam bank. Kah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan