Makan Malam Di Warung Pak Mail Perak

Yang ini saja tak ada lagi di Warung Pak Mail Perak.



Malam itu, gua tak berapa selera makan dekat rumah. Tak tahu kenapa. Masakan mak gua malam itu sangat mantap sedapnya. Tapi perut gua rasa tak berapa nak masuk. Puas gua memujuk perut dengan mendendangkan lagu etnik kreatif ciptaan gua sendiri. Biasa perut gua mengamuk sakan bila dengar lagu-lagu etnik kreatif ni.

Untuk tidak melukakan hati mak gua. Gua makan sikit untuk ambil hati mak gua. Malam itu, gua makan agak stailo. Duduk beradab atas kerusi dan makan guna sudu. Entah kenapa gua buang tabiat, biasa makan depan TV dengan tangan saja. Mungkin sebab mahu tunjuk buku rekod prestasi pada abah gua subuh nanti. Kui Kui Kui.

Pehh. Pukul 11 malam perut gua mula lapar. Lauk makan malam dah habis. Terpaksa la gua keluar merayau-rayau cari makan. Gua buat-buat berani merempit ke rumah Mat Nor, mahu ajak teman gua makan dekat Warung Pak Mail Perak. Dia 'ON' saja. Baru nak ugut tak mahu bagi nombor Ecah, anak Pak Cik Dollah tadi.

Sepuluh minit dari rumah Mat Nor, dah sampai di Warung Pak Mail Perak. Walaupun berstatus warung tapi kebersihan kelas A. Itu gua suka. Murah pun murah.

"Nak Tom Yam Kuah X, dengan Ayam Kentaki Set A", gua membuat pesanan sejurus makwe yang tak berapa gua kenal datang dekat gua.

" Eiiiiii..please la..muka I ne, muka makwe waitress ke?", jerit makwe yang agak berumur tetapi masih berada dalam kelompok makwe cun kelas bintang hatiku.

"Hahahaha", Mat Nor gelak sakan.

"Erkkk..tak eh?, Maappp..I tak tahu U. U pun pegang kertas tu.", gua ber I dan ber U secara tiba-tiba.

"Tolonglah..I ne nak buat bancian, tak de masa nak keje kat warung kecik ne taw!!", ujar makwe yang pakai kot hitam malam-malam.

"Ok...apa bancian nya?", Mat Nor cuba masuk line.

"Saudara dan saudari, I sedang buat bancian makanan yang di sukai pada waktu malam, bos I yang suruh k", balas makwe itu sambil menunding kat gua guna pen.

Cilakak...dia kata saudara sambil tunjuk pada Mat Nor, tapi kata saudari lantas tunjuk dekat gua. Darah tentera darat gua memuncak. Mahu juga nak baling sudu yang dah lama gua asah guna garfu. Nasib baik cikgu Sejarah gua sempat masuk bab kesabaran punca kejayaan Parameswara.

"Saya suka makan makanan panas, contohnya nasi goreng cam gitu lah", Mat Nor membalas sesuai dengan soalan.

Mat Nor memang layan habis makwe tu.

"Cik pula?", tanya makwe itu pada gua.

Ermm..erkkk..emmmm..yanggg..sukaa..saya tak berapa suka makan malam", balas gua, cuba bagi fakta salah.

"No no no...bagi saja. Menu. Lauk apa", makwe itu potong cakap gua, sambil dia goyang pen itu kiri dan kanan.

"Ok. Saya suka makan makanan yang di masak oleh emak saya pada waktu malam", jawab gua dengan penuh yakin.

Dammmmmm... bunyi pintu kereta Honda Civic ditutup kuat. Gua tengok jam pukul 12 tengah malam, mungkin dah habis waktu kerja dia. Mat Nor melopong tak sempat minta nombor telefon.

Tapi gua rasa dia marah dekat gua. Gua jawab apa yang gua rasa. Ikhlas dan jujur serta percaya diri sendiri bersatu.

26 ulasan:

Berd berkata...

kau memang true brader. kehkehkeh

dalam cerita kau ni ada dua makwe. sorang bernama ecah sorang lagi minah bancian tu.

aku mahu tanya.

yang mana lagi seksi??

Reen berkata...

cheh.
nak gtaw ko anak mithali laa neh?
hahahah.
bangga mak ko ngan ko weh!
hahah

adrinaqamarina berkata...

wa...
pe ag best kat warung tu?
t banje ah...
ihik...

Unknown berkata...

kahkahkah

sure bengang giler minah banci tuh kan....

Fazleyatul Aini berkata...

pempuan tuh meroyan ke apa2 nak bengkek
ko silambam je minah bancian tuh

Nurul Harun berkata...

mahu x kena marah, mest makwe bancian tu fikir,

ek eleh mamat ni, suka makan masakkan mak dia, tp skrg ni makan kat warung.

haaaaaa seee, dia bukan tahu pun lauk dh habis hahaha

sugar2 kapas strawberry berkata...

hihihihi..
penat keje kot smpai kna buat survey smpai mlm..hihi

ain fathihah fhm berkata...

dia sudah jatuh cinta kat kamu rasanya...haha

Cik SHiNJU berkata...

hahaha...kelakar la citer saudari ni.. :)

gooseberries berkata...

hahaha.. sian pompuan tue. semangat dia tanya.aleh2 masakan mak lak.. =))

redballerina berkata...

menu mkn malam pun ada banci ka. cet

Sesopie berkata...

Aduhh..Merajuk kot makwe tu.. G kejar dia..hehehe

~JuLiE~ berkata...

hehehe...dia marah + bengang kot tu...:)adoiiii...terliur plak tgk pizza kat atas tu lapo2 camnie...

scya lollita berkata...

hahaha ~
adeyh~
kejar2

Amir Syahir berkata...

berd--mesti la makwe bancian lg cun...kalu tak, gua xbg no ecah kt mat nor..keh3..

CikguShasha ^ ^ berkata...

HAHAHA,,klaka nye,,hahahaha

Amir Syahir berkata...

sha--tenkiu..terus support k,


kengkawan..tengs komen..hiii

Penulis Setia berkata...

rase mcm nkena je sbb dye terus msuk keta...pttnya ade ayt2 lagi kt depn tu kot..he3...sjeje..sbb bg sayelah yg bce..mcm tergntung sket..he3

.ShazaSulaiman. berkata...

adui yai..hangat je awek tuh..huhu

Amir Syahir berkata...

fasya--tengs2 komen..nk gne teknik sendiri agak..xmenjadi eh.


shaz--hee..biasa.

DOLCEshasha berkata...

funnehh ! ( ;

+qasih nadira+ berkata...

huhu~giler slumber lu brader~kalo gua pon abis semua pintu keta gua kasi bunyi.huhu~terlalu jujur~:)

ApekxHensem™ berkata...

hahaha...terbaek la hilo itu jawapan:)

syahira ariff berkata...

hahahhahahahaha
lawak!
memang patut pun makwe tue dilayan sebegitu
kenapa dia panggil ko saudari eh?
muka kau ader ala ala cute pompuan ea?
agagaggaga
=D

Amir Syahir berkata...

ira--keh3..malu i.

bukan penggoda berkata...

. . . .

mmg makwe tu sentap la kann tgk muke kamu yg jujur tu.