Pawang Kampung

Semua pawang di Malaysia berbangga jika anak didik mereka ialah brader ini.



Dekat hujung kampung atuk gua, ada sorang pawang, juga di panggil bomoh. Memang tersohor di pelusuk kampung dan peringkat negeri. Peringkat dunia tak berapa nak popular sebab dia tak pandai cakap English jika nak hantar pertandingan. Gua pun tak pasti warganegara pawang ini. Sekali gua lawat semasa nak bagi juadah berbuka puasa, dia cakap.

"Baik molek sedaro maro kito, ore mace ne meme kawe suko la", kata pawang ini sambil mencekik walaupun lagi sejam nak berbuka.

Adakalanya time gua ditugaskan untuk ajak pawang ini solat hajat kat rumah Pak Cik Aiman Ganu, dia cakap Kedah dengan gua.

"Satna..pak cik ada kerja sikit. Satgi pak cik mai", cakap pawang itu kepada gua sambil tekun makan sireh.

Gua pening juga. Ada sekali dia pernah cakap bahasa Siam, Perancis, Portugal, Afrika Selatan dan Itali. Pergh, gua pun tak pandai cakap bahasa banyak. Ke sebab pawang ini sudah demam piala dunia, jadi dia belajar bahasa pasukan kegemaran dia. Tapi yang pelik, dia tak layan ESPN, main bola kat padang pun tak pernah. Muskil-muskil.

Tapi tak pernah pula pawang ini cakap dalam bahasa English. Gua rasa dia anti-barat. Dasar pandang ke timur, selatan dan utara di tanam kemas-kemas dalam hati.

Sekali sekala seronok juga lepak dekat rumah dia. Dengar dia bercerita pasal pengalaman dia. Gua pergi sorang? Gila lu. Siang-siang pun gua tak berani pergi sorang-sorang. Gua tarik Budak muka ada parut la.

Banyak juga pengalaman yang dia kongsi bersama. Tak lokek juga. Mungkin sebab nak balas jasa gua sebab tak bagi tahu orang kampung yang dia tak pergi solat Jumaat lima kali berturut-turut.

Gua pun ragu-ragu juga tentang agama di pegang pawang ini. Orang kampung ada bercerita, pawang ini pandai tangkap makluk halus, puteri-puteri kayangan,makwe-makwe tak berapa baik dan makwe tak berapa nak cantik. Memang kerjaya di geruni dan di hormati budak darjah kelas dua.

Petang itu gua dan Budak muka ada parut, Mat Nor. Nekad. Mahu belajar buat itu semua.

"Ate...kome sume minat nak tangkap makhlus halus?", bicara pawang ini dalam bahasa Perak palsu.

"Yea..."jawab Mat Nor. Gua hanya mengangguk.

"Baiklah. Dengan ini. Kamu semua, mesti mengambil beberapa ujian", berbahasa baku pula pawang ini.

"Apa dia?", jawab gua dengan muka teruja. Mat Nor pula sedang main-main daun sireh.

Pawang itu berfikir-fikir. Memang bergaya time itu. Jika pekene kot hitam, baju kemeja lengan panjang selak dalam dan bertali leher, memang ada rupa ahli parlimen. Cilakak Mat Nor, dia sedang sapu jem strawberry pada roti Gardenia, laju pula mencekik. Tak minta pula tu.

"Ok, pembantu i cakap, u all ne dari key el eh?", agak bersopan santun dan bermak nyah. Hayunan tangan begitu lemah gemalai.

"Aippp aipp", spontan dari Mat Nor dengan mulut makan roti Gardenia.

"Ok..ini ujiannya", bicara pawang itu dengan muka serius. Sangat serius.

Sekeliling jadi lain, sunyi sepi. Mat Nor telan terus saki baki roti yang ada. Hati gua berombak kencang.




Bersambung...


SukaNeka:
Peh..bersambung la pulak, kui kui ku
i.

19 ulasan:

Izzati Ishak berkata...

alah. hiro xda idea nk melalut. terpaksa wat alasan nk bersambung. kahkahkah!!!

Berd berkata...

pawang tu ada berapa orang isteri?

cun-cun tak?

cilakak!

Amir Syahir berkata...

tweety-hehe..saspen tuhhhhhhh.


berd--tak kawen rase..keh2

|.a.r.i.e.z.a.| berkata...

ala bersambung plak dah!!

cakirah 0_o berkata...

mat nor and aiman ganu.hahaha.
bile nak gune owner tinta menari lak.ahahha.

syaz berkata...

terer r pawang nihh. haha

Amir Syahir berkata...

kui4..manager bola jaring? ke keranjang.. kui3..
ade2..membe rapat xdilupakan..cograt setahun penubuhan tinta menari tari tirana coop.,;p

adrinaqamarina berkata...

bila sambungan ne...
ta sabar na tau...

Amir Syahir berkata...

sabar na kwan-kawan..hee

Reen berkata...

bersambung?
hahahaa.
telenovela ke weh?
agak agak bape episod?
huhuhu ;)

Fazleyatul Aini berkata...

pawang ni mmg 1 malaysia lol

Frodo Baggins berkata...

kem salam kat mat nor. wa pun ske sapu gardenia ngan jem strawberry. zzzzzzz

Nurul Harun berkata...

hahah. sengal + power gila pawang tersebut. nurul dh tergelak ms mula2 dia bukak mulut dan bersuara.

lorat mana weh?

berkata...

siap ada sambungan....

ApekxHensem™ berkata...

hahaha xsabo lak nk tggu episod akan dtg...

Cik SHiNJU berkata...

ape la...kasi org saspen jer...
balik pikap burung kang sambung lg tau...

ain fathihah fhm berkata...

cepat2 episod seterusnya

Sesopie berkata...

Wat suspens! cepat sambung

Amir Syahir berkata...

hehe..ade2..batman pun amik masa 2 tahun nk wt sambungan..cter pawang ne mau 4 tahun..keh..

lulu--die kecek kelate tue..
dia ckp kelantan..keh4