Tengah malam itu, gua lapar semacam. Nak layan majalah Playboy edisi World Cup tak keluar lagi. Nak layan iLuvislam tak berapa nak masuk. Nak bukak buku ELECTROMAGNETIC FIELDS THEORY lagi lah. Terus gua dan kawan gua keluar makan. Gua memang cuba tak keluar malam. Kot ketagih merempit gua kembali lagi dan semangat pukul budak suka rayau malam.Tapi gua tak tahan. Macam gua tak tahan nak tengok makwe jogging dalam hujan.
Tak kan nak tidur dalam perut lapar?. Layan makwe-makwe berYM dan berfesbuk dalam perut sedang menari bogel? Riak perut gua yang sasa mesti di isi. Mahu makan megi, habis stok. Terus teringat makwe bermata stim. Rambut dia sama dengan megi. Kui Kui Kui.
Nak buat kopi Abang Boleh tak ada. Terasa nak minum kopi Jantan guna straw tak kesampaian. Jadi kena makan luar juga. Sampai-sampai gua ternampak macam member sekampung gua. Berambut macam Mawi. Tengok dari belakang memang sama. Terus gua tegur.
"Lewat demo make?" gua memulakan perbualan.
Sekali dia balas Sarawak daa. Dari belakang tengok memang sama. Rambut macam Mawi. Badan sedikit gempal. Nasib baik malam itu gua tak terfikir nak tegur macam biasa gua tegur dia.
"Wei faking, lamo hile? Kuat main sabun ko?" Sambil sekeh kepala dia.
Pehh. Baru nak suruh dia belanja makan. Malam tu, gua nampak iklan susu lembu. Jadi terus rasa mahu makan Nasi Goreng Daging. Dalam perjalanan gua janji nak makan nasi lemak. Janji pengakap gua buat untuk makan nasi lemak berharga RM2 tak tercapai. Sebab makwe tak ada dekat situ untuk bagi inspirasi untuk gua order nasi lemak.
Gua makan ikut sunnah Nabi. Kunyah makanan 40 kali. Member gua marah-marah. Apa taknya, gua duk bilang 40 kali, lupa. Gua kira dari satu balik. Dia kata gua makan lambat. Gua hanya senyum melirik saja. Dia tak tahu gua ini beriman dalam diam. Orang selalu tengok luaran. Bisik gua sorang-sorang.
Hampir habis gua mencekik, gua nampak macam tokey restoran itu. Baru sampai. Mungkin mahu tengok keadaan pekerjanya. Bagus juga tokey gitu. Ada sinar keusahawan dalam mata dia. Memang berbakat dia jadi tokey. Gua ingat satu hari nanti mahu buka restoran makan juga.
Restoran Akal Tunjang.
Pehh. Memang mantap. Nanti musim bola boleh gua layan dekat restoran gua. Free kalau nak minum sirap. Kui Kui Kui. Orang kata, orang Kelantan pandai masak. Masak apa pun sedap. Jadi gua akan amik tukang masak dari Kelantan. Kalu tak ada, ambil dari Thailand. Mungkin orang Thailand belajar masak dari orang Kelantan.
Dengan member gua tak bagi muka. Nanti rugi. Harga sama. Tak ada harga kawan. Kejam ek? Gua ingat lagi pesan Haji Bakril kepada gua.
Duit dan kawan bukan segalanya. Tapi rezeki halal punca keluarga bahagia.
Gua cuba mencungkil apa maksud tersirat beliau. Cikgu BM gua pun tak dapat huraikan. Tapi gua yakin, beliau nasihatkan 'Jangan gopoh dalam mencari cinta. Apabila dapat kekasih halal untuk buat keluarga, jangan sampai bercerai. Jika bercerai juga jadikan bekas isteri sebagai kawan dan jangan bagi duit kepada encik bernama Tapi'. Itu hanya bingkisan awal kajian gua.
"Demo tuuu... cepat la make...lewat doh ne," member gua menghapus lamunan gua. Wajah Haji Bakril menghilang dek suara mengjantannya. Cilakak. Nasib baik gua tak tersedak. Buruk benar apabila orang Perak cakap Kelantan.
Restoran Akal Tunjang. Sampai kolej nanti, terus gua mahu baca laman berkait dengan bidang perniagaan. Gua yakin restoran itu bakal wujud. Tunggu lah nanti. Tetiba gua semangat waja. Cuba buat mata penuh keushawanan.