Zoo Negara

Burung ini gua pernah lastik ketika dalam pantang bersunat. Percaya tak?




Masa gua umur tujuh tahun, abah gua kata kalau gua dapat nombor 1, 2 atau 3 dalam pekse pertengahan tahun. Dia akan bawa gua ke Zoo Negara. Sangat girang lah hati gua di kala itu. Bersemangat lah gua belajar ilmu hisab dan ilmu duniawi yang lain. Nama haiwan gua cuba hafal dan tulis. Gua mula pandai eja T.U.P.A.I. Budak-budak lain sebaya gua masih terumbang-ambing di buai main robot bagi lelaki, dan patung bagi perempuan.

Siri Ultraman yang menjadi 'favourite' gua ketika itu terpaksa gua korbankan. Dua minggu gua tak layan. Sibuk belajar punya pasal. Buku Matematik yang gua sorok dalam almari gua amik balik. Buku Bahasa Melayu yang berhabuk gua kebas-kebas guna penyapu. Buku Bahasa Inggeris buat lapik akuarium gua jemur balik bawah mentari. Buku Agama Islam yang gua selitkan sekali dengan Buku Iqra adik gua. Gua rasa nak lempang je adik gua. Dia dah siap conteng-conteng buku gua.

Semua buku gua dah berkumpul semua. Bersatu menuju kejayaan. Mat Nor yang tak pandai zip seluar ketika itu ajak gua melastik burung. Memang menjadi hobi gua ketika itu. Menangkap belalang dengan pepatung jatuh ke tangga kedua dan ketiga. Dekat tangga Mak Cik Bedah Bidan pun gua selalu lepak untuk berteduh jika hari hujan. Tapi gua ada misi. Gua tak bagitahu Mat Nor. Nanti dia gelakkan gua. Apabila gua dengar bunyi selipar Mat Nor dari jauh, terus gua tutup pintu dan tingkap.

Berkali-kali Mat Nor panggil nama gua. Gua buat diam. Dua minggu saja gua berkorban. Kalau abah gua bagi, gua mahu ajak Mat Nor pergi zoo dengan gua. Dalam kelas gua fokus saja. Susah nak lihat gua fokus ketika itu. Petang lepas sekolah terus gua buat latihan Matematik. Banyak juga kerja sekolah yang dulu-dulu cikgu gua bagi gua tak siapkan.

Loceng berdering...

Keputusan pekse diumumkan. Hati gua berdebar. Ketika itu gua tak pernah pandai berdebar jika bab dengan pelajaran. Dengan Milah je gua selalu berdebar. Nak ngorat pun jeling-jeling sekeliling. Nombor satu dapat pada budak pompuan. Nombor dua pun pompuan. Nombor tiga pun pompuan lagi. Laki dapat nombor lima. Itupun bukan gua. Gua dapat nombor
sembilan.

Hancur luruh hati gua. Gua tak sabar nak tanya abah gua. Dia bagi jugak ke gua pergi zoo. Gua akan buat muka kensian ketika cakap keputusan gua. Sebelum itu gua dah rasuk mak gua siap-siap. Suruh 'back-up' gua. Mak gua selalu sayang gua.

Hari Minggu...

Gua sedang bersiap nak ke zoo. Abah gua setuju nak bawa gua tengok haiwan. Gua bangun pagi sendiri. Adik gua pun ikut. Mat Nor gua tak sempat ajak. Seronok punya pasal. Abah bawak motor saja. Jalan sibuk katanya kalau bawa kereta. Gua dah tanya Norhisyam Fadli. Dia dah pergi zoo negara. Dia cakap mahu 2 jam perjalananan baru sampai zoo. Jauh jugak tu. Muka gua tak lekang senyum sorang.

Tapi gua rasa sekejap ja duk atas motor. Kira-kira setengah jam. Gua agak saja ketika itu. Abah gua cakap dah sampai. Gua pelik. Adik gua duk tunjuk-tunjuk pada burung merpati. Gua cuba baca papan tanda atas zink.


"Kedai Burung Pak Uda"

"Hah... apalagi jom la tengok haiwan. Banyak lagi dalam tuh. Mari-mari masuk," abah gua bersuara sambil dukung adik gua.

"Tapi nak pergi zoo," gua sedikit merintih.

"Dapat nombor sembilan kan. Kat sini pun okay dah. Banyak haiwan. Ayam, itik, serati dan pelbagai spesis burung," abah gua buat penjelasan.

Gua terus buat muka masam.




SukaNeka:
Amacam penyokong Brazil? Best tak tengok Brazil dapat pergi akhir? Haha... Gua buat-buat muka simpati ne.


21 ulasan:

tweety suwitt berkata...

lagi suka p kedai ikan. akuarium byk lg best. :P

aLy berkata...

ahh nak pegi kedai kura-kura tapi tak jumpe lagi

-,-"

heit
besar 1sen pun tak caye burung tu lu yg lastik
mana mungkinnnn
:p

hiro berkata...

twetty--ahaa..leh nyelam kot dalam aquarium..


aly--pehh..caya laa...ne nk ngs ne..ahhaa.

bukan penggoda berkata...

gua benci lu. ehh. gua benci bola. salu mengecewakan.

ohh kaka ku! kau tetap di hati. sobsssss~ T___T

mahu tdo utk pulihkan hati yg luka!

bai!

J. Love berkata...

gua tak nak komen entri lu. gua nak komen Sukaneka lu.

the dutch's dumb luck je tuh. takdenye diorang akan julung WC punye!

reen_sofee berkata...

hahahaha
ok laa tuh weh!
lebih kurang ape!
cume ko tak dapat laa tgk rimau!
hahahaha
free lak tuh!

adrinaqamarina berkata...

adeh...lawak3...seronok tak pegi zoo? de tupai tak?

brazil dah kalah...tak sabar nak tunggu argentina dengan germany la...

hiro berkata...

ika--kaka buka sorang saja hensem. Muller ensem per..ahaha

j--belanda ada ciri juara tue..
tapi messi menang w.c beb..caya lah cakap gua..lu sokong argentina kan..


reen--waaaa..memori cinta zoo..aahaa

hiro berkata...

ad--sedih2..abah gua pekene gua..nasib baik tak ajak Matnor.nanti kena gelak..ahaha..

clash of the titans tu..tp argen kot menang.

hellioz berkata...

hamsap
gyaahahahahhaah~
kedai binatang je
bpk lu mmg style
gyahahahahahahahahaha~

MissXYZ a.k.a Abaikan berkata...

bgs btol idea bapak hiro hahaha...
mesti keciwa hiro kakaka

p/s: best3

ain fathihah berkata...

hahaha tergelak saya baca. adoi. tapi padanlah jugak kot dengan keputusan periksanya tu. hehe.

Miss ... berkata...

ok la tu ayah ko bwk gak ko tgk haiwan keh3..

hehe ok tu barazil kalah kasi can la team lain plak menang kui3

hiro berkata...

hellioz--gua ingat nk buat zoo belakang uma..ahha

missxyz--sedih2..tp sejak dari tu ske lastik burung..hahaha



ain--mana leh dpt no 1. dak pompuan terlebih pandai..susah nak beat.ngeh2.

hiro berkata...

miss--btul2..bg kt belanda..depa tak dpt lg cup.ehehe

hellioz berkata...

buat zoo negeri la
nanti gwa datang
okayh?

gyahahahah~

Linglung berkata...

ibubapak suka meperkotakkatikkan anak2..keh keh keh..

xpe la derr..dpt jugak lu tgk haiwan..xsangka lu masa kecik2 pencinta binatang..keh keh keh

hiro berkata...

hellioz--sob3..terharu2.ahahaa..gua cas murah kt lu nanti..



ling--haha..gua akan pekotakatikn anak gua pulak nanti..wakaka.

haha..time kecik katakan..

ApekxHensem™ berkata...

hahaha....ni pun ok jugak....isi yg bgus

~suNshiNe~ berkata...

kuang3...kelakar la cerita neh..lain kali belajar lagi rajin..jgn time nak g zoo je rajin..

wandisini berkata...

itu cerita dulu kan. sekarang ko lah pulak bawak famili ke zoo.