Beraya Bersama-sama

Budak sedang lepak tunggu mak gua bagi duit raya.


Hari Raya Pertama. Hari yang mantap untuk budak-budak mengumpul duit. Hasil kutipan duit raya yang mampu menjeleskan Mak Cik Markonah yang jual maruku. Gua dulu pun begitu juga. Taksub kumpul duit raya. Siap ada 'team' sendiri taw.

Team gua terdiri daripada saudara, sepupu dan adik yang umur hampir dengan gua juga. Objektif penubuhan team ini senang saja. Mahu beraya bersama. Pergi rumah orang kampung sekitar untuk beraya. Untung-untung dapat duit raya. Hehe.

Seingat gua, masa tu umur gua dalam lapan tahun. Gua paling tua. Jadi gua kena la jaga saudara gua yang kecik-kecik. Masa tu, tak malu lagi. Tak segan nak pergi raya rumah orang tak kenal. Budak-budak katakan. Sedara gua yang pompuan pun belum pakai coli lagi time tu. Haha.

Ada sebuah rumah gua pergi beraya bagi RM1 pada gua. Time tu kira bersyukur dapat RM1. Gua mahu buat sujud syukur dah dekat sofa raya tuan rumah, takpun dekat kapet yang bayar ansuran dengan brader hidung mancung. Tengok-tengok suruh kongsi lima orang antara kami.

Ok. Gua tahu lu orang boring baca. Kenapa gua tulis ini semua, sebab gua tengok budak-budak zaman sekarang dah tak rasa raya macam gua dulu. Pagi raya dah layan PSP. Tak pergi beraya sehingga mak ayah bawak pergi beraya. Langsung tak ada suasana raya.

"Abang... kami nak beraya..." suara kecil menghembus lamunan gua.

"Makkkk... terkejut aku... Makkk... ada budak datang beraya," gua laung sekuat hati. Gua cuba kaver gua terkejut.

Pehh. Nasib baik budak-budak tak bawak kakak dia beraya sekali. Kalau tak memang gua dilabel suka mengelamun di dalam kereta. Tak kuasa gua nak layan budak-budak. Baik pergi beraya rumah makwe yang ke-166.

"Masih ada budak-budak datang beraya rupanya," hati kecil gua bicara.



23 ulasan:

Hellioz berkata...

1st!

Hellioz berkata...

ade je budak2 yg beraya.
walaupun gwa xske layan.
lagi2 kalau gwa dok sorang kt umah~

gyahahahahah~

hiro berkata...

keh2..sama la kita...salam raya dari gua untuk adik lu yg perempuan..
hehe.

ur luv berkata...

uiit..rmai nye mkwe lu..hahah..
ble plak giliran lu nk bg duit raya..

Hellioz berkata...

hamsap.
bile mase gwa ade adek pompuan
gyahahahahah~

armouris berkata...

info tentang coli di SIHAT SELALU - Coli Rosakkan Payu Dara

amira berkata...

bai~~ haha,,, misteri gle awek 166..har3..sapekah??

Cik Akma berkata...

duit raya? so sad utk dikongsi. c'monn, remaja pon masih mahu duit rayaa haha~

::cdot the dot:: berkata...

ah..lu ckp budak..lu pun sama kutip duit raya gak..

Dyna Yvonne berkata...

huhu..thn ni xde budak dtg rye uma aku...
hehehe

GaDis CoMeL berkata...

budak2 tempat gua sebok main game plants vs zombies masa raya. ntah hapa punya raya der

raina berkata...

wey hiro, hang x beraya dengan aku personally lagi neh! hang banyak wat dosa ngan aku..nak duit raya ka dak neh? sampul raya hang punya siap dah, tunggu hang mai cium lutut aku ja neh!!!!

Aujinz berkata...

lepas sembahyang raya, gua ngan adik adik dan set up laptop kat meja depan..

bebudak datang beraya gua tak layan..

muahahhahaha..

sofia berkata...

nak duit raya!

J. Love berkata...

gua lagi suka tidur 1st day raya.

adrinaqamarina berkata...

assalamualaikum! saya nak datang raya jugak la abang. haha

Lya Colours berkata...

pakcik horiiii nakk wet raya !!!!!!

aleen adela akoo ^_* berkata...

mestila pegi beraye dgn team..barula kompiden beraye umah jiran sampai ujung kampung.hu3

ana berkata...

memang ada lagi tp bdk2 skrg suka ckp direct 'kami tak nak mkn, nak duit raya jer...' berani betul bdk2 skrg ni...dulu masa zaman ana, dh habis mkn nak minta balik pun takut...masing2 suruh org lain ckp. hahahaha

Hazirah berkata...

yeah~sblm raya abis~selamat hari raya aidilfitri~~nk sy nk wet raye~~~ahaks..=p

K2r~90 berkata...

bdk dtg aye gue buat2 tydo harhar

~qiFFara~ berkata...

sy juge mahu duit raye la pakcik hiro~~

PinQib berkata...

duit raye ak x smpai seratus
T-T


Latest entry di:

Jenis mamat dibenci perempuan ><
Mainan genius dari Japan