Ayob #2

Gaya rambut Ayob macam gini lah. Tapi kaler hitam lah.



"Pok Long... woi Pok Long. Bangun ke idok lagi? Woiii!!! Pok Long. Dia kabor pukul 10 pukul 10... entoh dia bangun ke idok ni? Woii!!!," laung Ayob sebaik tiba depan rumah Pok Long. Lantang suaranya mengalahkan askar berlevel sarjan.

Dia berani laung sebab semua keluarga Pok Long pergi makan laksa dekat rumah sedara belah ayah Pok Long dekat Terengganu. Cuma Pok Long sorang saja tak ikut sama.

Pok Long ini salah sorang daripada member dia sejak kecil lagi. Lagi sorang Leman Panjang. Mereka tu kalau keluar mesti bertiga. Kadang-kala Amri Shaz ikut. Tapi Amri Shaz itu kutu malam. Pagi-pagi mana boleh ajak dia keluar sama. Amri Shaz ni pula tak seberapa rapat dengan Pok Long dan Leman Panjang. Ayob kenal Amri Shaz masa belaja di U. Baru pindah dekat kampung Ayob. Ayah Amri Shaz baru bukak restoren nasi kukus.


"Amboi, tak reti nak bagi salam? Keh solat Dhuha la tadi," Pok Long menerjah dari pintu tingkap.


*wajah bersih dan suci masih kelihatan*


"Astaga. Cilake. Boleh kena testis berlubang keh ni woi Pok Long. Aok ni solat betei-betei ke?" Ayob seakan tak percaya.

"Kakakaka... baru nak. Baru. Tapi setan berlevel 2,000 sampai... terus tak jadi... KahKah," Pok Long gelak sorang.

"Cilake. Padahal baru mandi. Mesti dah guna pencuci muka rembat dekat tandas awam makwe semalam kan?"

"Mana aok tahu? Setan betei! Aok ni king of setan lah. Gerak geri keh mesti aok tahu,"

"Udoh tu berseri semacam tu," balas Ayob ringkas.

"Hehehehe..." gelak Pok Long.

"Aok curik jugek ke mask makwe tu?"

"Hehehehehe..." gelak Pok Long lagi.


Satu beg tertinggal dalam tandas awam dekat pantai Lagenda Pendekar Keris Emas Bersalut Perak. Di kebasnya Pok Long benda berguna yang boleh dia guna mentah-mentah malam tadi.

"Leman amik tak gincu makwe tu?"

"Hehehehe..." gelak Pok Long sambil tarik zip seluar.

"Gilaaaaaaaa!!!... Ochhh!!! Sakit!!!" laung Pok Long deras.

"Tersepit?" tanya Ayob.

"Aa'ah..tolong..." Pok Long meraih simpati.

Pesen tak suka pakai bokser atau seluar dalam memang susah sikit nak ajar. Biar je lah ye dak?

"Cilake. Benda asas ni kalau nak keh handel memang cilake. Tu la, guna lagi barang haram. Kan dah kena," Ayob berceramah.

"Hehehe..." slow-slow Pok Long ejas.

"Dah! Jom pergi!!!" bersemangat Pok Long.


Lepas kunci semua rumah dan pekena spek hitam, Pok Long melulu laju mengejar Ayob yang sudah di atas jalan bertanah dekat cabang nak masuk rumah Pok long.


Bersambung...



9 ulasan:

delarocha berkata...

anu tersepit zip? sadis tu..ngilu... ahakss

fatinizzati berkata...

tersepit ke? sakit kot kan. hehe

dill berkata...

pergh. sepit2

perit.

dill.

Abang Zam berkata...

mohon share

Cikgu Jaja™ berkata...

hahahaha...

mcm biasa dtg sini sbb nk gelak bc ceghite aok

hanaahmad berkata...

teringat masa gua 8tahun, tengah-tengah malam rumah gua gegak gempita pabila abang sulung gua terjerit-jerit sebab anu dia tersepit zip pas kencing. habis jiran tetangga datang. ingatkan kes besar. keh3. ntah hape-hape.


cepat sket sambung, pesen drama bersiri ni gua malas nak layan sangat. hue hue hue

bact. berkata...

dalam beg tu xda coli ke hiro?

Eyda Syahida berkata...

poklong memang suke gelak ke? kejap2 hehehe kejap2 hehehe.. hiks!

hiro, pantai Lagenda Pendekar Keris Emas Bersalut Perak tu kat mane??? :D

onie berkata...

aok tu kau lah kan? tersepit apakah?lalalalala