Ayob #3

Nasi lemak paling sedak di kampung Ayob.



"Lama bebenor gua tunggu ni. Penat tahu," keluh Leman Panjang sebaik melihat mereka berdua tiba di rumahnya.

"Ni hah, Ayob datang rumah keh lambat," seloroh Pok Long.

"Eh, keh pulek kena?" mencebik si Ayob.

"Hehehe..." gelak Pok Long sedang.

"Dah tu. Nak sarapan dulu ke idak?" tanya Pok Long.

"Sarapan la dulu. Baru sedak jalan-jalan," jawab Ayob.


***

Sebaik tiba di Warung Samad Kelantan, mereka bertiga pesan nasi lemak daun pisang. Nasi lemak paling sedak dan terkenal di kampung mereka.

"Dengar cerito... Tok Jarjis nok cari ore jaga lembu dia tu. Sebab dio tok larat dok nok jago. Mu tok se ke Ayob? Mu doh la tak ado kejo. Ke guano?" Pak Samad mulakan perbualan. Pekat betul loghat dia.

"Berapa sehari?" soal Ayob ringkas.

"Tok tahu la kawe tu. Tok oyak pulok. Dio pese jah kawe suroh oyat ko anok mudo tak dok kijo. Mu gi la rumoh dio kecek kiro guano," bicara Pak Samad lagi.

"Hoo... nanti keh gi la," balas Ayob.

"Kalau dapat RM 20 sehari orait jugek. Boleh belanja Rozana makan kentaki lepas raya nanti," fikir Ayob.

Pok Long sama Leman Panjang ralit menikmati nasi lemak.

Ayob. Lepasan diploma pertanian dan peternakan dekat ibu kota. Bukan Ayob tak nak cari kerja. Cuma dia nekad nak jaga ibunya dulu, Mak Cik Piah. Biar lah kerja kampung biasa-biasa je dulu. Mok dia bukannya sihat sangat. Tidur lewat mula pening-pening.

Ada je tawaran kerja dari ternakan ikan wilayah pantai barat tu. Dia tolak. Dan ada juga tawaran daripada pasukan kelapa sawit nak dia main bola sepak. Ayob ni power main bahagian tengah. Walaupun dia tak sekacak Fabregas, tapi orang kampung gelarnya Fabregas jika dia di atas padang sebab corak permainannya mantap sebijik Fabregas.

"Amboi... termenung panjang nampak?" tegur Pok Long.

"Hehe. Dah. Jom makan. Kol 11 setengah nanti ada satu bas pergi bondor. Jangan terlepas pulek,"

"Okay-Okay," jawab Leman Panjang serentak dengan Pok Long.


***


"Cilake punya lawa makwe kerja dekat Myding Ding tadi ye? Mengalahkan Yuna," bicara Ayob semangat.

"Aok kena ke Yuna tu sapa?" tanya Pok Long.

"Yuna, bekas ratu boling negara ye dak?" duga Leman Panjang.

"Aok ni... perkembangan artis tak peduli dah. Keh bukan nak peduli sangat... tapi sebab Yuna ni lawa. Keh buat-buat peduli. Yuna ni budak bintang kecil menang baru-baru ni. Tengok la dekat tibi," borak Ayob panjang.

"Hooo..." Leman Panjang sama Pok Long mengangguk faham.

"Keh Keh... senang betei tipu dorang ni," bisik Ayob sendiri.

"Penat betei la. Ayob, tak beli baju raya baru? beli kain tuk mok lu je?,".soal Leman Panjang caring.

"Baju raya keh tahun lepas molek lagi," jawab Ayob.

"Ooo..." Leman Panjang angguk sedang.


Mereka berbual sambil gelak-gelak balik rumah masing-masing. Lepas semua pecah laluan ke rumah masing-masing, Ayob tukar haluan lalu menuju ke rumah Tok Jarjis.


Bersambung...



12 ulasan:

fatinizzati berkata...

cepat sambung lagi yob

budak kacamata berkata...

bersambung lagi..hahahaha

Eyda Syahida berkata...

Yuna bekas ratu boling negara? Yuna budak bintang kecil? bhahahaha

cepat sambungggg... ^^

hanaahmad berkata...

keh3. setahu aku, Yuna tu memang pun dulu pernah main boling b4 popular jadi retis. hihi.

cikpia berkata...

semoga ayob dapat kerja.... amin~~~

*keh, jange lupo blanjo kawe pahni.

unieMARKS :) berkata...

Yuna tu aku la.

- elina - berkata...

ohooiii

EZAN IDMA berkata...

amboi ayob!

Bella Bell berkata...

ye.. saya yuna.. kenapa panggil saya ya? hahahaha!!~

Lea Isnawi berkata...

lorr...potong stim betul

Cikgu Jaja™ berkata...

hahahhaa..owh..dh ade rozana dia...

onie berkata...

kiro nok belanjo rozana kentaki,bukae nok sipey ayob ni...yuna ratu boling negara,angguk sungguh sep yoo..haha


cerita ni ada tiga bahasa ke?