Ayob #5


Dekat sini lembu Tok Jarjis selalu lepak.




"Tok. Ni saya serahkan lembu Tok," cakap Ayob sopan.

"Macam mana kerja Rahman? Sedak?" ujar Tok Jarjis caring.

"Arghhh... Ayob Tok Ayob. Nama saya Ayob. Anaknya Mok Piah. A.Y.O.B" bersungguh Ayob kasi Tok Jarjis ingat.

"Ye... Tok tahu la nama kau Ayob. Jangan kabor banyak kali. Tok ni bukan pesen pelupa,"

"Nah upah kau Din. Kau ni esok datang la lagi. Nak dekat nak raya ni, risau jugek kalau lembu Tok kena kebas,"

"Banyak jugek lembu Tok ni. 20 ekor semuanya," puji Ayob.

"Tengok tuan dia la Semeon. Power Power," bangga si Tok Jarjis.

Ayob menggeleng kepala. Bukan sebab sikap Tok Jarjis yang riak dan takabur. Tapi sikap pelupa Tok Jarjis makin menjadi-jadi. Orang tegur marah. Bior la dekat dia.

"Saya balik dulu la Tok,"

"Kau tu jalan elok-elok Roslan. Budak kampung ni bukan boleh harap sangat. Sebaya kau pun dah jadi pencuri," pesen Tok Jarjis.

"Ye Tok ye... Saya ada tendangan tanpa bayang Tok... Hehe," gurau ayob

***

Di suatu malam yang sepi sesudah azan Isyak. Tok Jarjis laju-laju melangkah menuju ke rumah Ayob. Marahnya berkobar. Dadanya berkocak kencang kawal amarah.

"Ayobbb...woo Ayoobb!!!" laung Tok Jarjis dari jauh. Dua Meter nak dekat rumah Ayob.

"Menda Tok datang rumah malam-malam?" tanya Mok Piah dari muka pintu tingkap.

"Haa Piah. Anak kau dah curi lembu aku ni. Dah jd 18 ekor dah. Semalam elok je 20 ekor!" teriak Tok Jarjis.

"Ada apa ni Tok?," Ayob membuka pintu rumah.

"Kau cakap, masa kau hantar berapa ekor?" marah Tok Jarjis sambil acu-acu tongkat dia. Kemain marah dia ni.

"20 Tok," jawab Ayob sambil menelan air liur.

"Kau bilang betei-betei!!!" jerkah Tok Jarjis.

"Ha betul Tok" berpelu Ayob kini.

"Tadi Tok bilang 18 ekor. Bini Tok bilang 21 ekor. Bini Tok tu mana reti mengira. Entoh sebab dia suka nombor 21 tu dia kabor 21 ekor gamaknya," jelas Tok Jarjis.

"Habis nak saya pergi kira ke Tok?"

"Boleh jugek," jawab Tok Jarjis ringkas tapi dadanya masih kencang bernafas.

***


Lagi-lagi bersambung...




7 ulasan:

Eyda Syahida berkata...

bhahahaha time marah camtu, bleh plak dye ingt name ayob ye? kihkih

Cikgu Jaja™ berkata...

hahahaha..lagi lagikk

cikpia berkata...

semoga cukup! tak suka roslan eh ayob dianiaya.....

hanaahmad berkata...

apekehei ler tok jarjis ni..nyanyuk gamaknye. hue hue hue

Bella Bell berkata...

mek nyer nyanyuk betei tok jarjis tu? hahaha..

Lea Isnawi berkata...

ntah2 dua dua tak reti kira

hahahaha

onie berkata...

sat-sat,aku baca by episode ni,hehehe.... curious nak tau lembu cukup ke dak, sapa salah tatau,heh