Ayob #6

Rumah Tok Jarjis.


"Yelah Tok... 18 ekor..." kata Ayob dengan nada bermuram durja.

"Kan aku dah kata!!!" teriak Tok Jarjis.

"Kau ni kau ni!!!" jerkah Tok Jarjis lagi.

Tok cuba pukul Ayob guna tongkat dia. Marahnya boleh tahan. Sangat sayang akan lembu-lembunya. Kandang yang penuh lembu itu kini cerah benderang.

"Mana saya perasan Tok. Baru je ni," Ayob cuba elak dari dipukul.

"Pagi esok la kita kira macam mana... kau Salleh pergi balik dulu. Pagi esok datang sini,"

Tok Jarjis fikir tak ada gunanya salahkan budak Ayob ni. Mungkin sebab lembu terlalu banyak sampai dia tak perasan ada lembu tak cukup. Reda sikit marahnya bila nampak Kiah Gelang balik dari balai raya kampung. Ada mesyurat mungkin.

"Nasib baik Kiah Gelang lalu, kalau tak... lumat jugek kau ni Rahim," bisik Tok Jarjis dalam hati.

Ayob bergegas lari ke rumahnya dengan membuka langkah dua ribu. Satu ribu kaki kanan. Satu ribu kaki kiri. Power betei dia.

"Cilake. Macam mana boleh hilang ni," dibenaknya berfikir-fikir macam pakar kaji permukaan tanah Pahang.

"Tadi time hangin betei pulak dia sebut nama aku. kahkah," Ayob cuba hiburkan hati. Lalu badannya dihempas kuat atas katil.

***

Bunyi ayam berkokok. Bunyi burung dari belakang rumah buat dia sebak. Jam menunjukkan pukul 11 pagi. Mok Piah ke pasar pula beli barang dapur. Tak ada orang kejut dia.

"Mampos aku! Mesti Tok Jarjis syak aku punya," terus dia berlalu deras menuju bilik air.

Tibanya dia rumah Tok Jarjis. Terus Ayob bercerita.

"Masa tu saya kat bukit.. pukul satu petang, saya kasi air dekat lembu... tengah sedap tengok lembu minum air, angin sejuk datang. Kemain sedak. Mendung pulak tu. Akhirnya saya tertipu dengan tipu daya cuaca. Lalu saya tidur la kejak. Bangun-bangun dah Asar. Terus saya halau lembu balik. Tanpa kira berapa lembu ada," terang Ayob panjang.

"Jadi kau tak kira la John?"

"Amboi kemain dia ber-John John...kikiki," Ayob cuba menceriakan keadaan.

Tok Jarjis mengecilkan bebola matanya tanda dia sedang serius.

"Errr... tak. Maaf Tok...," Ayob cuba yakinkan Tok Jarjis

"Kau la curi kan kau buat cerita nak cakap lembu hilang. Nasib baik aku kira malam tadi,"

"Tak tok... tak," Ayob terkilan dengan sikap Tok Jarjis menuduh bukan-bukan.

"Beginilah Tok. Bagi saya peluang siasat," suara Ayob jelas bersemangat.


***


Lagi Lagi Sambung Sambung...hikhik.



9 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

kena tunggu Laporan Siasatan Awal le pulak.. ;)

nurkaloi berkata...

JOhn John heheh

Cikgu Jaja™ berkata...

john guna csi pat! hekhek

budak kacamata berkata...

mane ko cilok umah tok jarjis tue..?hahaha

cikpia berkata...

takpa john... eh ayob! aku sokong ko.....

Eyda Syahida berkata...

lembu tak cukop dua tu mesti pergi detim kan? mengawan. nanti balik dapat anak sekor. sebab bini dye kire aritu ade 21 kan? bhahahahahaha

Bella Bell berkata...

lemoh betei keh.. baru excited tetiba dah sambung pulok... hahahha..


errr.. hai john.. omputeh betei.. kahkahkah~

Ainul Hayat berkata...

baguih gak mu buat sambung sambung...xdelah juling biji mata nak baca pjg2...tp mendera jiwa nak tunggu mu sambung...kahkahkah

onie berkata...

hilir gilo panggey john,hahahaha