Ayob #4

Tok Jarjis bercadang nak beli lembu pesen ni seekor.



Tibanya di rumah Tok Jarjis. Dalam sinar petang, suara terketar-ketar alunan orang bagi salam. Maklumlah, tak biasa.


"Ye Halim, kau nak amik upah jaga lembu Tok ye?" tanya Tok Jarjis.

"A'ah Tok. Eh Tok nama saya Ayob Tok, Ayob..." balas Ayob sopan.

"Ya Atok tahu la. Tapi kan Saleh, kau ni bukan mat kutu ke. Macam mana kalu kau curi aku punya lembu?" duga Tok Jarjis.

"Tok yakin la dengan saya..." mata Ayob memancarkan sinar keyakinan.

"Ooo... anak muda macam ni la kebanggaan kampung kita. Bila kau nak setat keje ni Samad?"

"Lantak Tok la nak panggil saya apa pun. Dah Tok ni pelupa. Nak buek guane ye dak?"

"Kau ni... jangan kabor gitu. Kecik hati Tok. Macam ni lah, Tok boleh bagi RM20 je sehari ok tak Sam?"

"Boleh la gitu Tok," jawab Ayob ringkas.

"Esok pagi bawa la lembu-lembu ni pergi bukit sana ye Mat Lang. Dalam pukul 9 pagi gitu. Kasi air amik dari sungai dekat situ. Nak dekat Asar, bawa lembu-lembu masuk kandang balik," Tok Jarjis kasi arahan.

Selepas faham akan arahan Tok Jarjis, terus Ayob bergegas pulang. Risau Mok Piah risau pula.

"Tok ni ikut sedak mulut dia je nak panggil orang apa. Patut pun selama ni dia duk panggil Sayang Sayang kat bini dia. Keh syak dia dah lupa nama Bidan Bidoh sebenarnya... kikiki," cakap Ayob sorang-sorang sambil kaki deras melangkah.


Malamnya;


"Mok. Keh amik upah jaga lembu Tok Jarjis," bicara Ayob lepas makan malam.

"Haa... molek la tu. Tok Jarjis dengan atuk aok dulu memang sahabat baik. Datuk aok la kasi nama kampung kita ni. 'Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang'. Nama Piah entoh macam mana datuk aok kasi kat Mok jugek," terang Mok Piah.

"Ooo..patut orang kampung hormat keluarga kita ye Mok?"

"Yep... datuk aok la penghulu yang pertama kampung ni..." jawab Mok Piah tenang.

"Hehehe" senyum panjang Ayob tahu latar belakang salsiah keluarganya.


***


Bersambung lagi...





12 ulasan:

budak kacamata berkata...

cpt sambung bro..hhuhu

hiro berkata...

ada tujuh semuanya..kakaka

onie berkata...

agak-agak si ayob ni p ke idok jaga lemu tu,hehe

Eyda Syahida berkata...

bhahaha panjang gile name kampung! mesti besauuu signboard tu kann.. Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang. bhahahahaha

Lya Colours berkata...

mak aih xdo lagi panjang namo kampong eh

Eyka berkata...

alaaaaaaaaaaaaaaaa..asl smbung?:P cisssssssssss -.-

takde idea leteww kan?~ keh keh keh :P

Bella Bell berkata...

nyanyuk betei watak Tok Jarjis dalam ni ekk.. banyok betei nama panggilan si Ayob.. hahha~

Bella Bell berkata...

nyanyuk betei watak Tok Jarjis dalam ni ekk.. banyok betei nama panggilan si Ayob.. hahha~

Bella Bell berkata...

nyanyuk betei watak Tok Jarjis dalam ni ekk.. banyok betei nama panggilan si Ayob.. hahha~

ILA HonEyBuNNy berkata...

adehh...baca entry neh cakap dalam bahasa kelate eh? hehe

Bella Bell berkata...

damn! tenet macam siput.. dah gua terpost 3x.. nampak macam gua berminat betei nak tulis komen kat sini.. hahaha..

blog-tips-kurus berkata...

bukan slang Pahang ke?

panjangnye name kampung! tak muat ic!! ;)