skip to main |
skip to sidebar
Lagi sebulan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) akan bermula. Semua pelajar di sekolah Aryan tekun menelaah pelajaran. Aryan dan Izyan selalu belajar bersama. Aryan pakar dalam mata pelajaran jenis pengiraan. Izyan pula suka subjek Biologi. Tapi Izyan juga pandai dalam subjek pengiraan. Tak mustahil Izyan dapat keputusan cemerlang nanti. Memang Izyan bercita-cita mahu menyambung pelajaran di luar negara dalam bidang perubatan."Kata lepas SPM mahu ambil 'course' Engineering? Jadi?" tanya Izyan kepada Aryan.Aryan mengelamun seketika."Lepas SPM, Papa mahu Aryan belajar ekonomi dan bisnes management. Boleh tolong papa dalam menguruskan syarikat," Papa Aryan seakan memberi arahan."Papa rasa, tak payah teruskan niat Aryan nak belajar Engineering tu. Ok? Nanti kita bincang lagi, Papa kena pergi Kanada hari ini. Jaga diri. Ada apa-apa call Mama," kata Papa Aryan sebelum bertolak ke KLIA."Heii. Yan, Yan, Mengelamun pulak dia," Izyan cubit-cubit paha Aryan."Oh. Hehe. Tak lah. Teringat kata-kata Papa, Ya. Nak sambung Engineering," balas Aryan.***"Aku tengok, rapat sungguh ko dengan Aryan," tanya Syamimi kepada Izyan."Hehe..." Izyan tersimpul malu."Dia okay saja. Baik. Kaya juga, tapi tak pernah sombong aku tengok," membebel pula Syamimi."Kawan ja laa.." Izyan cuba menyembunyikan sesuatu.***Demam SPM bermula. Semua pelajar tidak lagi main-main dalam kelas. Pelajar yang suka ponteng kelas dulu pun sudah berubah. Yang suka tidur dalam kelas pun kini bertenaga semacam. Ada pasangan yang hot bercinta pun ada yang putus. Mahu bagi komitmen pada peperiksaan.Begitu juga dengan Aryan. Sedang sibuk membuat nota ringkas dan jawab contoh soalan SPM tahun yang lepas-lepas. Dia juga rajin buat peta minda. Izyan mencadangkan tips ini."Saya tak yakin saya boleh score subjek Bio," Aryan seakan merengek."Heiii... come on la Yan. Jangan la begini. Sebelum berjuang dah menyerah kalah? You can do it," Izyan cuba membakar semangat Aryan."Ok... awak juga mesti belajar bersungguh taw. Saya doakan awak. Nanti bila dah jadi doktor, jangan lupakan saya," muka Aryan mencuka."Saya akan jaga awak seumur hidup saya... hehe," Izyan berkias.Bersambung...
23 ulasan:
:)
arghhhhhhhhhhhhhhhhh! tak sexy! tak lucah! tak orgasme!
akak rai--hujung minggu..ari bebas lusyah..hehee,.maap ye..ari lain xpe.
izyan dah mula suka ehhhhhhhh...alalala..
uik,, ade novel bersiri lak ke kat sni? hehe
hoiiyoo
a samad said wannabe lahh..^_^
dah habis nanti bukukan dan jual :)
sebelum spm = kuat tido.
semasa spm = kuat tido.
selepas spm = kuat tido.
~.~
ur luv :
:)
nice story..membuatkan cik tom teringat kisah lalu..huhu..kisah benar ke x ni??
haip maCy..
aik, sudah ade kopi!
bersambung...
argghhh!!!!!!
apakah ia bersambung lg di mgu depan???
atau minggu lg satu????
atau bulan depan?????
bersambung tiap hati sabtu dan ahad...hee..
buat jadual boleh.. yang khusus.. haha.. tak mo miss dahh
hiik..kalu miss..amik kt buku rujukan..
berapa lama nak sambung ni weh?
sopan pula entri hiro kali ni.. hek3
"Saya akan jaga awak seumur hidup saya"
shweettt! :)
apesal baru nk spm aryan neh! baru nak ngorat2!
gadis--keh2..xyah bc yg ari sbtu n ahad..dunia novel..ehe
ain--hee..biasee...
tia--aippp...
ingat ayat dye jugak dulu, kalo awak dah jadi doc nanti jangan lupe saya jugak. hurm.
haha. standard budak skolah, kalo nak exam putus jup. aduh
haha,name saya plak glamer :)
Catat Ulasan