Tengok, ada dua gunung kan yang besar?
Puteri Gunung Buah sungguh cantik menawan. Seluruh pelusuk Tanah Melayu berbicara tentangnya. Masakan tidak, ada pedagang dari negeri China sanggup berdagang dekat istana untuk tahu di mana Puteri itu tinggal.
Sultan Hamzah. Sultan yang berhati rakyat. Seluruh rakyat di bawah naungannya hidup aman sentosa. Baginda begitu ingin berkawen dengan Tuan Puteri itu. Hasrat baginda tidak dapat dibendung lagi. Cukup bulan mengambang, baginda menghantar rombongan pinang dari pihak istana.
Pihak istana yang diutuskan meminang ialah Laksamana Hang Hiro, Tun Parid dan pengikut yang lain. Mereka berdua ini sangat setia pada baginda. Kawan karib baginda semasa belajar di Engelang.
Semasa kecil lagi, Hang Hiro sudah pandai berkata-kata manis. Mungkin rundingan bakal berjaya. Hang Hiro juga selalu mencari ulam-ulaman dalam hutan Gunung Buah. Jadi, selok belok hutan itu beliau sudah biasa.
Akan tetapi, Hang Hiro tak dapat ikut pada hari mereka mahu berangkat. Di katakan Hang Hiro terpaksa di hantar ke negeri Kedah. Ada Sukan di-Raja. Kali ini, negeri Kedah menjadi tuan rumah. Hang Hiro menjadi ayam tambatan dalam pasukan sepak takraw.
Oleh sebab itu, Tun Parid diutuskan ke puncak Gunung Buah itu. Selama berminggu-minggu Tun Parid mendaki Gunung Buah. Biasanya beberapa hari saja, akan tetapi saiz badan Tun Parid agak cemerlang itu sebab mengambil masa berminggu-minggu.
Di pertengahan gunung, beliau menemui seorang nenek tua yang sebenarnya, samaran kepada Puteri Gunung Buah.
Tun Parid menjadi teruja seketika. Walaupun wajah dimamah usia, bahagian exotic nenek itu masih padu. Selepas memperkenalkan diri, nenek itu dikatakan utusan Puteri Gunung Buah. Nenek itu bilang bahawa Tuan Puteri menolak pinangan Sultan Hamzah dengan mengenakan tujuh syarat yang tak mampu ditunaikan, ialah:
* 1 eskelator berteknologi Jerman dari istana ke Gunung Buah.
* 1 Asimo berkaler pink.
* 7 dulang hati Pok Ke
* 7 dulang hempedu Pok Ke.
* 7 tempayan air mata perawan gadis dangdut.
* 7 tempayan air pinang dekat Kampung Sungai Pinang.
* 1 mangkuk darah Sultan Berd. Anak kepada baginda. Yang belajar sedang belajar tadika dekat negara sebelah Arab.
Riak muka baginda begitu pilu. Baginda sangat mahukan Puteri itu. Tapi nyawa anaknya bakal menjadi taruhan. Semua syarat itu sanggup ditunaikan oleh Sultan.
Seraya Baginda menghantar utusan supaya putera tunggalnya balik ke istana.
"Buat anak baru dengan Tuan Puteri Buah ye dak?"
Baginda ketawa senang diikuti Bendahara yang berkaca mata putih.
"Begitulah cu. Dulu atuk la Hang Hiro itu, kalau atuk tak ke negeri Kedah. Memang atuk dapat buat Sultan fikir dua kali. Putera Sultan sudah tiada. Masih kecil lagi ketika itu."
Gua bercerita pada cucu gua yang berumur empat tahun.
Gua nampak mata cucu gua menjeling semacam. Memang sah. Budak zaman kini sukar ditipu. Baru gua nak cerita gua dapat jadi Perdana Menteri Mongolia. Cess.
Huk Huk Huk... batuk kecil gua tak hilang lagi.
Haji Hiro
Akal Tunjang,
2061
46 ulasan:
jangan ingat budak zaman sekarang tak belajar sejarah. haha.
ahah...watak2 hot blogger abad ini..kui9
salam haji hiro a.k.a penglipur lara hehe ~
keh
gua takleh terima part sultan berd.
ayat tunggang terbalik.
kelakar laaaaaaaaaa
ko patut tulis balik la buku teks sejarah...
hebat sgt sejarah ko nih !
Boleh tahan babi juga cerita ni.
nape name aku xde pon???
kecewenye di jiwe~~
mula² paham pastu dah tak paham pastu paham balik.
haha...aku suka cerita ni...
nice story..haaha...
cucu kau pon pandai. yang atuk nye mengelentong pon pandai
hahahaha
gyahahahaha...tabole blah...
eiffel LIKE THIS ENTRY (thumbs up)
hahaha..cita gini pun ada ke dlm sejarah? apsal aku tataw pun ha? keh3
hahahaha...apa la, bersungguh baca tau...
asimo pink ade ke??hahaha lawak2
ni citer zaman bile nie...?
perghh detailss betul sejarah ni
naseb bek kat sekolah cikgu dia da ajor sejarah..kalo x memang ditipu hidop2 dah ni huk3
bwahahaha..lain kali gua pun nak pegang watak jugak..
macam nak terajang orang guna siku
Haha~ cam klakar j~ erk~ XD
gila bosan! tak lucah langsung..tajuk dah turn on, bila baca pelan2 turn off..wadepak sungguh!
u allz--haha....tq2..
tun parid--haha.gurau bro..
rai--keh2..nnt mjlah playboy xlaku pula..
sedih gwa tak masuk sejarah
sejarah arkib mana ni hang hero? hang ni hangtu ka??? haha.. apa aku komen ni..
sejarah bab berapa ni?
bendahara??
hahaha
haha. hebat crite ni. boleh dibukukan.. hehe
aku nak tanya soalan yang tadak kaitan ngan 'filem MAGIKA' ko nie.......
ko orang terengganu ek????
sian hang hiro,tak berkesempatan nak jadi hero..haha..
eh..eh..knp bny sgt link nih???
sejarah zaman batu kan..
keh2..baru perasan panjang gler...
sian korang kene baca panjang2..yang tak baca tu...p baca entri org lain..suh2..ahhaa
cik jari--autolink...ahhaa
bro al--keh2..gamatnye gtu..jap g dtg gajah bertanduk.
gua sultan????????
gile2.. har har ahr
ade jgk puteri bunge .. dem2..
wahai hang hiro, kebapa persoalan hamba diabai tanpa jawapan........???? cepuk kang!!!
mcm gampang gak cerita ni..
sapa director dia??? nak je wa libas dgn lidah!!
tuan puteri sofia--gua kelantan..seke org ganu eh? melepasss..haha.
tak.............. suka jer semua...... tapi u mentioned POK KE kat dalam skrip citer nie...... orang klantan panggil natang tu POK KO...... he he.......
ok, jom bercinta balik!!!! ha ha.....
Hang Hiro punya hantaran nanti, apa pula ya?
hahaha apaaaaaakah ?
wakaka suka2 je tuko kan? tp kretip ekeke
Catat Ulasan