Esok gua ada perlawanan bola. Biasa dia akan datang bagi sokongan. Tapi gua tak pasti dia datang atau tidak.
Akhirnya selepas berjuang habis-habisan, pasukan gua menang. Menang bergaya. 3-0. Gua dapat jaringkan satu gol. Dan gol yang lain teman sepasukan. Gua tercari-cari isteri gua.
"Ah. Mengapa selalu aku fikir pasal dia. Biasa dia ada depan mata aku tak peduli pun. Dia balik rumah mama mungkin," gua bermonolog kecil.
Memang sah dia tak datang. Biasanya dia akan menerpa memeluk gua walaupun asyik larang. Gua berpeluh. Tapi dia tak kesah langsung. Terus gua meraba-raba kunci kereta dalam beg galas Adidas hadiah daripada Hani.
Sambil leka gua mencari anak kunci dan lintas jalan, ada lori menuju laju ke arah gua. Gua tak sempat buat apa-apa.
Bummmm... dentuman kuat kedengaran.
***
"Syukurlah Abang dah sedar"
Suara itu seakan gua kenal. Itu suara adik perempuan gua. Tapi bukan suara itu gua cari.
"Ada nampak Kak Hani?" Gua cuba bersuara.
"Ada. Tuuu..." jari telunjuk Aryani lurus pada hati gua.
Gila berdebar gua ketika itu. Jangan kata Hani korbankan hidup dia semata-mata mahu gua hidup. Gua tak senang duduk. Gua rasa mahu melaung sekuat hati gua.
"HANI!!!!!!"
Suara lelaki gua terjah juga.
"HANIIIIIIII... maafkan Abang" gua menangis tak ingat dunia. Gua peluk dada gua erat-erat.
"Hani. Hani... " menyesal tak sudah gua. Banyak dosa gua pada dia.
"Abang..."
Suara kecil dari arah pintu. Seorang perempuan berbaju kurung kuning senyum pada gua. Matanya seakan bengkak tanda menangis malam.
"Sayang..." gua bingkas bangun. Mahu peluk dia sepuas-puasnya.
Hani terlebih dahulu memeluk gua. Wayar entah apa yang membantut pergerakan lincah gua seperti di padang.
"Jangan tinggal Abang..." bisik gua kecil ke arah telinga kanannya.
Dalam hati Tuhan saja tahu. Bersyukur. Terharu. Gembira. Berdebar. Sakit. Geram pada adik gua bercampur aduk.
Gua dibenarkan pulang setelah dua minggu dibawah jagaan rapi doktor. Rupanya begini, Hani telah siap terlantar di katil bedah. Mahu bagi hati dia pada gua. Walaupun dia tahu tindakan dia ini boleh membawa maut. Doktor tidak benarkan. Tapi dia tetap berkeras.
Apa gunanya dia hidup jika 'cahaya' dia sudah tiada. 10 minit sebelum pembedahan pertukaran hati, ada Pak Cik Polis yang telah meninggal dunia. Mati ketika bertugas. Mangsa peluru sesat perompak bank. Terkena kepala Pak Cik Polis itu. Lantas doktor membuat keputusan untuk guna hati Pak Cik Polis bukannya hati Hani.
Hani yang baru sedar daripada bius juga tak sabar-sabar mahu melihat keadaan gua.
***
Abang mencari tempat berteduh di kala hujan walaupun Abang sudah punya payung.
Abang mencari duit berjuta walaupun Abang sudah punya emas.
Abang mencari 'Honey' walaupun Abang sudah punya Hani.
Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke II.
Salam Sayang,
Suamimu.
Arsyad Aziz.
2112. 1 pagi.
Gua tinggalkan kad sempena ulangtahun kami yang ke-dua di atas meja makan. Beserta cincin berlian dengan bunga ros 21 kuntum. Hari jadinya dan hari perkahwinan kami serentak. Gua harap bila dia bangun pagi esok dia suka.
TAMAT.
63 ulasan:
hebat. hak hak hak.
best3~~~
jap, ada ke pemindahan hati, petukaran hati? tak de la.
hati tu kasi sket je dah boley tumbuh balik. hehe.
tapi cerita ni chumil je, even tipikal cerita tapi tetap ada umph nye!
go job beti
gua bantai aja.
wow! bunga rose 21 kuntum?
hiro,cepat hadiahkan gua rose 21 kuntum skang! =p
rose--lu besday apa. patut lu adiahkan gua 21 raket badminton..gua 21 juge..haha
karangan romantik terbaik!
yeah2! bukan sad ending. haha
Apesal tiba-tiba ada pemindahan hati ni ? Haha :D
Oh , sweet ending . Saya suka =]
huhuhu lu nak buat apa reket badminton byk2 bukn reti main pon.lu kan tangan bangku....... =p
romantiknya
sampai nangis nis bace
whoaaa~
best2.. ^_^
**blur**
maafkan saya huhuu
okayyy this is ridiculously touching.
meme neleh la air idong ore.
heeee :D
tangkap cintan, der.
naseb baek ending hepi..
kalo tidak gua sekeh lu hiro.. haha
ler dua je. buat pjg sikit.huhu
suka!! best3!!
waaaaahhh~!!!! suweet! cerita betul ke nih?
rina potong mood.LOL.
nseb bek gua xnges.kalau x,hilang macho gua oke.
menitis air mata aku ! hahaha
meremang oke.
best hiro.
hiro wa mao wat satoo permintaan...boley x terbit kan cerita setiap jam satu entry???boley x?? boley x???? boley lar!! crite lu gempakk sioott
nak tisuuuu!!
perghh~
cite mmg nmpk klise..tp lu pandai olah der.
smart~
>_<
wahahah.. citer style habis lah! hehehehe :) nice one!
gua tak tahu apa itu klise.klise. arghh.
len kali makan nasik dulu
cerita macam shilake...haha
ada apa dengan 2112?? dan 21 ros...
haih...ni gua nak perasan ni... gua la hani kan...kan...
kehkehkeh..
ai hanipah. keh2.
kau boleh jadi penulis novel hebat lah. berdebo debo aku baca. haha
bedeba2 mcm bace novel pulak! hee:)
gua berdebar kot lu orang tak paham.hee..tengs.
touching siiiiiot!
waaa.sweetnye..
aku nak jugak mcm nih.. hee :P
huhuu..walaupun pndek, tpi best! =)
romantis demo.
keh keh keh
chatbox delete.
byk spam.
hue hue hue
oke. ai lap yu.
terer abam bercerita....
best3....
perghhhhh..ade bakat jadi penulis novel cinta tu..bile ko nak novel ni hiro??
alolo . shweet nye die . haha .
*suke ati je amek ati pak cik polis .
yeay. happy ending :)
yeay!
bravo! bravo!
cerita ni kalau buat filem meletop weyhhh!
ohh my..so sweet..seriusly..ok jap, ini serius (gaya wonderpets)..ni karya sape?tulisan en hiro ke??
Hiro menulis pasal cinta? itu kelakar :P
fuh. naseb baek lu raba raba carik kunci.
erk. belog hiro ke ni -_-"
perghh. awak ni kuat imaginasi betul laaah~
hehehe.
seb baek happy ending . i loike :)
good job!
tulis banyak2 lagi ye. walaupon simple. tapi menarik. and got the message!
patutnya ditujukan utk gentleman2 di luar sana biar insap cket. hahaha.
kemain lagi lu bermonolog...nice derr!
good story hiro
clap2
lagi lagi? buat lah sambungan lagi
sweet.. =)
lu baca novel alaf 21 gua syak
hiro...bufday gwa bwu jerk lps...yg ker 22
cpt adiahkn gwa 22juta!!!!!!muahahahahahaahahaa
sib baik eppy ending
hebat!!!! kalau gini gaya cerpen dalam buku 99bla bla tu, tobat aku beli!!!! =)
haishh, ramai aweks kumen kumen woo !
lagi lah spirit mamat ni nak buat BOVEL.
ehh bovel ?
eh eh , ni cerita ke, kisah benar ni?
tiada kena mengena..rekaan semata2..hik hik hik.
menarik hati ni :)
agak bangga jugak kerana guna nama gua. hakhakhak HANI! :))
Catat Ulasan