Myra bangun pagi itu. Ada lima mesej dari jejaka itu.
Awak dah tidur? Selamat malam.
Bintang. Awak bintang saya.
Sebanyak bintang di langit. Ada satu bersinar indah. Itu adalah awak.
Pagi esok. Makan pagi.
Selamat belajar pagi nanti.
Myra kesat-kesat matanya sambil menguap.
"Memang orang gila. Main puitis-puitis lagi. Gila," monolog Myra sendiri.
***
Hari ini sudah dua hari 'Orang Gila' itu tak hantar mesej pada Myra. Ada secebis rindu berputik dihatinya. Myra sekarang pantang bunyi nada mesej. Terus berkejar mahu baca. Harap dari OG.
"Mana Orang Gila ni...," mengeluh Myra sakan.
Dia pandang siling. Baring dalam bilik sendiri. Baca balik mesej dari OG. Memang indah bahasanya. Berpuitis. Memberi semangat. Penuh motivasi. Harinya kini kian indah. Umpama ros sedang mekar di taman bunga.
Awak. Buat apa?
Myra secara sepontan hantar mesej pada OG. Sepi. Tiada respon.
***
Hehe. Awak kangen sama saya?
Sender:
OG
Yahuuuuu... Myra melompat sakan. Gembira tak terkata. Senyumnya Tuhan saja tahu. Suka betul bila dapat mesej dari OG.
Pelik, kenapa aku suka dia mesej aku? Bukan aku tak kenal dia? Dia ni perogol ke, jual dadah ke. Tapi kenapa aku rasa dekat saja dengan dia. Rasa kenal dia. Pelbagai soalan menjentik mindanya.
Awak sakit ke? Myra balas mesej pada OG.
Tak lah. Demam je. Tak daya mesej awak. Maaf ye? balas OG balik.
Tak ape. Awak makan la ubat. Sekarang dah ok? Pergi jumpa doktor tak? Lelaki. Sakit tapi tak jumpa doktor. Gagah la konon. Hehe.
Awak la doktor saya. Mahu awak rawat saya. Hehe.
Eh, macam mana awak tahu saya belajar medik?
Hehe. Kan saya kata saya kenal awak. Ok. Awak dah makan?
Dah.
Ok. Saya akan kol awak japg.
Mereka berbalas mesej. Gelak tawa Myra. Masih kedengaran walaupun hanya bermesej.
***
Myra mengimbau memori lama. Kenangan 13 tahun yang lalu dikuak kembali.
"Anuar... awak nak tinggal saya?" sedu tangis Myra kecil.
"Tak. Saya ikut Papa dan Mama saya ke Jepun," balas Anuar berhemah.
"Awak pasti akan lupa saya," keluh Myra.
"Awak kan bintang saya. Mana boleh lupa awak. Jangan la begini. Tak nak sedih" pujuk Anuar.
"I Promise U. Ingat tu," sambung Anuar lagi.
Myra senyum sendiri. Puas. Anuar. Jiran pada zaman kecilnya sudah kembali menunai janjji. Tak sangka dia pegang pada janjjinya. Lepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), mereka berpisah.
Anuar berjanjji akan kembali. Menunaikan janjji zaman kanak-kanak. Jadikan Myra sebagai isterinya.
Anuar. Lelaki yang dikenalnya semasa umur lima tahun lagi. Masa itu Myra di taman permainan. Sedang main buaian. Ada budak nakal curi gelang tangan Myra. Anuar lah yang dapatkan balik walaupun kena penumbuk sedas dua.
"Nanti besar, kita kawen ye"
Banyak kali Anuar membisik ucapan ini depannya. Indah. Sungguh bererti. Entah mengapa hati Myra tertutup kemas-kemas untuk jejaka lain. Dia begitu yakin Anuar akan kembali. Dia hanya berkahwin dengan Anuar sahaja. Tak kesah berapa lama dia akan tunggu.
"Nak tahu, saya letak nama kenalan Abang dekat hanset OG," Suara Myra di hujung talian. Selepas tahu perihal jejaka tersebut.
"Apa tu?" bicara Anuar melalu telefon.
"Orang Gila.. haha"
"Awak jahat"
"Abang lagi jahat... mainkan Myra. Hehe"
"Awak lah. Ada ke kata dah tunang. Esok Abang datang rumah ye?"
"Hmm. Esok tak ade kuliah"
"Tahu. Abang dah pergi rumah awak. Jumpa Mama awak. Dah bincang pun pasal pertunangan kita. Mama Abang ada sekali. Hehe"
"Yea? Betul ke?"
"Yelah. Mana leh main-main. Papa masih dekat Jepun. Hari minggu ne balik. Awak ada satu tahun lagi kan? "
"Yeaaaaa. Tak sabar nak habisssss..."
Hati Myra berbunga.
"Kenapa?"
"Nak kawen dengan Abang"
"Gelojoh"
"Biarlah. Abang ajak kahwin dari kecik tu, tak gelojoh?"
"Hehe"
Mereka berbual panjang sampai dua-dua tertidur.
"Terima Kasih Tuhan"
Myra sampai terngigau-ngigau. Hatinya tak sabar menanti esok.
TAMAT.
60 ulasan:
good ending, hiro.
andai cintaku kembali.. adakah seindah itu perasaan ini...
panjang karang brader..
jawapan: semakin panjang gua taip..semakin bosan gua dikala itu..keh2.
waaaa.. suka3!!!
woOhu ! cantek punya ending .
cinta sudah datang
wowowowowowww
terbitkan jela novel mcam ni
hiro wat novel...org first bli adlh aku...siyes la...mmg best kalo btoy ak mcm ni...supah la bhgie
kenapa suka epy ending..gua baru nak buat myra dah ade pakwe lain..kui2..
hidup selalu tak indah.
puas hati dgn ending.hehe.
buat lah cinta tiga segi ditambahkan lagi dengan segi tiga yang lain. T_T
best hiro!
i promote cerita neh kat blog,haha
naseb happy ending..^^
wahhh..sweetnyeer..
sampai mata aku pom turut tersenyum..kah3
tp,pelik la..
asal entry nie xde COLI...
kah3..
nice happy ending. waaa.
shuweeettt punye ending...hakhakhak
gilo molek palo otok mu
best...
bile la aku leh wat entry cam ni....
perghhhh..ni mesti pengaruh emosi dalaman..hahahahaah.dalam hati ade taman yea?:))
1st tym gua rse krangan lu pnjg..huh!!
diolog pnjg.
oh em ji. okey gua nanges.
akhirnya ! HAHA ur story , 5 star ak kasi *tepuk tangan*
hepi ending.....bagus2..
ini drama ya hiro...dialog yg ringkas.good.cinta lagi kan...
terer jiwang2. nice :)
wahh...berbunga2 ayat lu
wat gua jatuh hati jerk
erk,abg hiro.....
sy suka kamulah =p
hahahhahahaha giler......... =p
hiro jiwang! hiro jiwang! hiro jiwang!
hiro , bio lah ending nye begini. hehe. sy suka hepy ending. btw, nma dlm character tu buat saya makan dalam. huhu :)
nice one
kenapa mesti sweet ending? aku baru nak menetes ayak mato ni xD
tapikan story ni memang menarik lah...nanti buat lagi ya(^^)hihi..
hoho akhirnya :)
sume cite nak hepi ending. abes yang x hepi ending tu nak campak kat sape? hahahaha
Alaaaa comelnya, cerpen kau buat aku merindu rindu .
ngeh2
mane nak cari org duk jepon lak ne
haha
wowowo...nape time aku bc cite ni bulu roma aku naik?huish.terkesan beb.congratz.
wahhh...sweet gile.
agak2 aku boleh tak cmnih?
hahaha
hoiii...!!!
wahaa aku tacing! cinta upsr tuu...demmit!
;p~
i termalu2 membacanya..
mana cinta tadika aku tak datang punn..haih
suka ini :)
aku pon belajar medik.
nnt kita besar kita tawen yep.
jgn gelojoh.
pelat ke?
janjji..
uuurgh, happy ending! giler tak adventure!
senang sgt la citer ni...mcm jawab soalan objektif je...
manis pengakhirannye.. suka-suka.
one word..BEST!!!!!!
terer la kau hiro..tacing aku baca..
ending yg tipikal...
ley x gwa komen cm tuh?
bajet cm gwa ni terror sgt ler plak kan..huhuhu
lu xkesah kan..hopfuly
Pehh meleleh.
Nice one.
Lu lah hero hatiku.
wowowo. sweeettttttt :)
auwwwwwww..so sweett..terbaeklah en hiro..seyeslyy..hehehee...sy tgu next karya oke..hee
dlm hati ade taman bunga la weh. :)
hepy ending even tak tau citer dr mula,hihuhaheho
sweet nyer story nie..gud ending..like it!
sedih pulak!! nak ajak faiq kwin cepat2 laaa
haha..sweet ending!
sweetnyer! :)
eh eh. reply kat sini boleh dok? heh.
amek kos engnrg komunikasi wayarles. anda?
btw, thanks for the advice. baru perasan. heh. patut la lambat. kehkeh.
owhh suweeeeeet~
=)
owhh suweeeeeet~
=)
hiro!!mantapla!!
thank u hiro!!!len kli nk request lg!hehehe..
agak2 cinta kanak kanak ade ke time daku kecik?
urmm...
pikir2~~~
ala suwit nye.. aku nak gak lelaki yg suwit cmtu.. pyh benor nk jmpa kt zmn skrg ni :(
Catat Ulasan