Surat Layang Untuk Ica II


Impak maksimum, baca ini dulu...Surat Layang Untuk Ica I

---------------------------------------------------------------------------------------------


Masa tu, gua sedang rilek-rilek menikmati suasana pagi. Indahnya susah nak kabor. Nyaman dan kacak suhu di kala itu. Bini gua yang sedang sidai kain baju gua perati. Tergoda la pulak di buatnya. Burung kakak tua jiran ada menegur gua sepam dua.

"Heyy. Makan apa?" burung tu bertanya.

"Makan sup burung"

"Kejam. Kejam. Kejam"

Oh..tahu pula dia spesis burung. Ahhh... daripada layan burung tu, baik gua pekena surat khabar. Lantas bini gua jerit.


Abang!!!

Daripada pagar rumah, dia berlari bini menerkam gua sambil memegang sepucuk surat. Awal betul abang posmen buat kerja. Bilang gua dalam hati.

Gua bukak surat itu rakus sedikit.


Amin Azimi Mat Rauf.

17 April 2025.
7.05 Pagi.


Merujuk kepada surat yang dihantar pada tarikh dan masa yang saya telah lupa, pak cik masih tidak menghantar lagi kata putus.

Masih ingatkah pada saya? Saya kini telah bekerja dan berniat untuk beli kereta Persona jika cukup duit lagi. Sokong barang Malaysia.

Saya juga pandai buat kopi, kalau pak cik datang rumah kami nanti, saya akan buat kopi kaw untuk pak cik dan pak cik jangan puji lebih-lebih. Nanti merah pula pipi saya.


Tujuan surat ini untuk saya berkenalan dengan Mak Ica pula.

Hai mak cik. Mak cik sihat? Lawa dada. Hehe... gurau je. Lawa pipi. Gebu tol! Aummm.

Mak cik ni pernah ke Mesir enn? saya dulu pernah juga tapi bukan Mesir, tapi Pasir Mas dekat Kelantan... ada sir sir tu kira sama ye dak?

Mak cik kerja doktor ape? kiranya kalau saya jatuh motor, mak cik boleh rawat saya dengan kos murah mahupun free terus? alaahh, bakal menantu pun jangan berkira sangat... hehe.

Okaylah. Saya nak masuk kerja kejap. I miss Ica. Lama dah tak tengok Ica. Rindu la fulokkk.

Bye!


***

Ini serius! Gua gelabah juga di buatnya. Kali terakhir gua gelabah macam tu ialah semasa gua lihat labah-labah nak beranak. Kesian dan gelabah. Risau juga kalau labah-labah tu anaknya songsang. Gua mana reti bidang bidan-bidan ni.

Jika dia ni culik Ica macam mana? Paksa Ica kawen dengan dia ke. Abah penyayang katakan. Hehe.



33 ulasan:

nuyuEna berkata...

bukan surat dari anak gua, haero...haha..

**tetibe je kan..

**jgn lupe link friendster ica..:P

Anisa Hang Tuah berkata...

ica comel
hihi

erysweetie berkata...

ica hot!

- elina - berkata...

kawenkan je .

awal dapat cucu nnt .

keh keh .

redballerina berkata...

next surat.
nak dekat ayah ica pulak.

zoul yazix berkata...

salam bakal ayah mertua.


kalau saya nak hantar surat juga, hendak ditujukan kemana?

Amir Syahir berkata...

hihihi..tahun 2017 gua kobor.

Tanpa Nama berkata...

hoho.ayah yang hebak! :D

athirahzaki berkata...

dak amin ni baik ni,
dahla pandai buat kopi
terime jelah jadi menantu
hoho

fatinizzati berkata...

pagi2 dah buat aku gelak :D
haha.hadoy la

bujal X berkata...

2025 proton da bengkrap da~~

*kawin la cepat~~asyik mimpi je~haha~~

akak eskrem berkata...

Wahh! Bakal menantu dah hantar reminder letter tu.. Nak kenen2 ngan ica,mestilah dah kenal2 ngan maknye dulu. Ye dakk?

Faiz Tapit berkata...

kalau nak ngorat abam hiro nak tulis surat ke sape yek?

airazulaikha berkata...

nak jadi mak tiri ica yg terbaik boleh tak abammm hiroo?? hehehe

Tanpa Nama berkata...

wow.

dah tu je.

AdilaKaman berkata...

HAHAHAHAHAHAHA...
tak senonoh punya 'bakal' menantu.
padan la jugak,
dapat 'bakal' bapak menrtua merapu. :P

Shahada Fauzi berkata...

berlari bini?ahaha..ye jugak ek..dah bini nye yg berlari..kalau ica yg lari baru berlari anak..

zarifahmr berkata...

bakal menantu saiko. baik berbesan dengan ai. kekeke

Unknown berkata...

die nak ngorat bini ko tu..

Unknown berkata...

die nak ngorat bini ko tu..

Dee berkata...

kerane crite ICA..bulat2 aku kne tipu~ sabo je la..eahh2..yg anto surat 2,mcm kenal jew~ mcm kwn ank aku la....hahahaa

Anies Anessa berkata...

aku rasa msti dia seorang yg kacak bergaya lagi da bomb..

hakhakhak

Schubert Serenade berkata...

erkk??haha..sumpah lawak..kisah benar ke??biar btul..jujur dan telusnye mamat ni...tp surat yg 1st lg best kot..hehe:)

Leplep berkata...

Makin hari makin rosak lu ni gua tengok...

hiro hiro..

.drakula. berkata...

aku cuba-cuba memahaminya tapi tak berapa memahami pula....hmmm...

!eNa PnG berkata...

macam-macam la ko nie....:))

dill berkata...

jauhkan ica dari die. bodigad satu!

Miss Dill^^

eqacashperlala berkata...

ehem!
siap cita pasal Aisyah gitteww... :p

Annisa berkata...

haha, ica speechless bila tengok surat tu, siap goda mak dia lagi.. bahaya bahaya.. haha..

Mashe berkata...

ica ada balas balik surat tak?

qwert. berkata...

breakfast sup burung ?

Amir Syahir berkata...

siti-- ica balas dalam bahasa Arab karang, dia tak faham lak..keh2.



unie--ye. baru.urban!

Iena Arshad berkata...

awt laki tu x mau berkenalan dgn apak ica? haha