Ceritera 13: Ica dan Pensel Warna

pelukis cilik [sumber google]




Hari ini gua kerja separuh hari,entah jin mana merasuk bos gua hari ini, baik hati sangat bagi gua balik awal. Mungkin sebab gua pekerja harapan beliau. Sudah lah kacak,pekerja harapan pula. kui kui

Selesai mandi,solat,gua melepak di sofa baru bini gua sementara tunggu makan malam. Baru beli,untuk raya nanti katanya sebab sofa lama dah kena conteng dek Ica.

Mata gua melilau juga mencari anak perempuan gua yang comel seorang tu,senyap je,tak nampak bayang.

"Mana pulak dia main,takkan dia pergi kacau mama dia memasak dekat dapur pulak ??" getus gua dalam hati sambil baring,baca akhbar Metro Harian semalam.

Membazir betul beli surat khabar ni,baca sekali je dah kena buang. Lepas ni gua ingat nak baca berita online je. urban sikit ye dak..keh keh keh

"Ica...." laung gua dari ruang tamu,malas betei rasanya nak bangun.

Haish,tak bersahut pulak..

"Ica.. ooo Ica.. ! mari dekat abah ni,Ica main apa tu...."

Gua panggil lagi sekali. Ini last warning gua bagi pada Ica. Pantang betul gua bila panggil tak bersahut ni.

"Bah...." terkedek-kedek dia datang ke arah gua sambil peluk teddy bear hadiah daripada gua dengan bini gua sempena dia berhenti minum susu dada. keh keh keh. Umur tiga tahun molek la tu berhenti kan.

"Ica buat apa, tadi bah panggil,ca tak jawab ?...." tanya gua sambil angkat dia duduk di riba gua.

"Ca pergi main lukis-lukis dekat dinding tu....." sambil muncung-muncung mulut tunjuk tempat dia main tadi.

Dari jauh gua dapat tengok hasil seni dia dekat dinding rumah gua. habis lah kalau mama dia dapat tahu nanti.

"Ica... Ica....."

Nak taknak, esok gua kena juga daftar dia masuk kelas melukis bawah 4 tahun.

30 ulasan:

Siti Mashitah Saidin berkata...

hahaha! ica turun sapa nih? abah dia ka mak dia? :P

zombie berkata...

Seronok lah bapak ica. Dah tak payah kongsi susu dada dah.

Anis izyan Abd Rahman berkata...

tak payah hantar kelas melukis , nnt lagi suke die lukis , tampalkan je mahjung paper dekat dindikng umah tuh , biar die lukis ~ nnt buang je bile dah penuh ~ gnting kertas majung lain ~ haha

Fiq Vertigo berkata...

mak dia pon sama ja.. conteng merata..

MIA berkata...

dasar ikut perangai mak sungguh ica nih haha

Lucifer berkata...

Ica dah besar

aQi + GenGkey berkata...

ajar die grafiti...
hehe..:D

NuR 'aQiLaH berkata...

susu dada? emm...

blog-tips-kurus berkata...

abahnya kena bagi moral & material support kepada anak yang berbakat seni tu. macam idea Anis-tampal mahjung paper je.. :-)

*jgn mls komen abah oitt!! hoho!

miss nina berkata...

ica kreatif, abahnya pun kena kreatif jugak

Sab Buenoo berkata...

=.="

!eNa PnG berkata...

biar la ica lukis 1 rumah.. :D

Emira Darmia berkata...

cumel ica ni...kawen ngan ank sepupu i nk x?? kehkehkeh..padahal ica pown x wujud lagih..haih

Hasnita Hassan berkata...

'Seronok lah bapak ica. Dah tak payah kongsi susu dada dah.'

hahahahahahahahahahaha

Belbel berkata...

ica.. ica... ica... lalalala.

hanaahmad berkata...

ajar ica main fb. nnt die conteng dinding abah die je hari2. ekekekek.

Myra Arshad (: berkata...

kalau besar nanti ica tengok nanti, mesti dia terharu bapak dia sweet macam ni. hehehe

cikpia berkata...

ko cuba teliti lukisan2 dia..... kekadang lukisan kanak2 menggambarkan perasaan dia..... =)

*aku rasa sungguh hipokrit memberi komen seolah2 ica itu wujud. ha ha.....

Artoone berkata...

Auw... so comel~ (^_^)

dill berkata...

ica, pandai die :)

dill.

wannurfazrini berkata...

waduh waduh icaaaaa nakai diaaa!

Rara Farah berkata...

kehkehkeh..tak sangka la..berhenti minum susu dada pun leh hadiah gak ke

Puteri Iqa Izyan berkata...

ngaaaa.... dulu gua selalu buat. haha

cik adie berkata...

citer pasal ica nih comel sgttt . teruskannn :)

Tasha berkata...

membayangkan ica yg comel & sedang melukis..hehe,x jadi marah kalau gua!

bact. berkata...

Ica neh ikot abah ke mak dia neh?

Ibnu isa berkata...

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/07/gegar-blog-julai-2011.html

belog amiyo berkata...

ica ni nak kena tarik telinga. :D

syaz@rozelt berkata...

hehe..kelakar la..kena beli cat mahal nie yg senang cuci tuh..hihi

p/s: ade org review blog kamoo la~

suha berkata...

baru je smpai sini tp dh terjatuh hati ngan ica (^_^)


ica,come to aunty *tetibe jd aunty* ~ngee