Ayob #1

Pemandangan kampung Ayob dari Gunung Piah Tak Bercabang.



Di pagi yang indah. Angin dari ufuk timur mula menerjah uruk selatan. Selang seli dengan sinaran mentari yang mula memanaskan suasana. Orang Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang mula bertindak sibuk membuat kerja dan kehidupan seharian.

Nyayian dari dapur kedengaran. Burung turut bernyanyi sama. Bangau, ayam, itik puyuh, burung unta dan sebarang unggas di sekitar rumah Ayob keriangan.

"Sedak suara Mok. Dari bilik dengor Mok nyanyi lagu Dendang Perantau. Sedak sangat ke lagu tu Mok?," Ayob yang tiba dari bilik terus bertanya lalu duduk di meja makan.

Bihun goreng, keropok keping dan sedikit kuih hasil tangan Mak Piah terhidang kemas.

"Haa... Ayob... awal bangun. Lagu tu la arwah Abah menang suara emas tahu. Menang tempat keempat jelah," balas Mak Cik Piah sambil kacau-kacau kopi kasi sebati.

"Tak awal menda kalau dari tadi duk memanggil manggil nama keh," bisik Ayob sendiri.

"Ooo..." Ayob angguk ambil hati.

Dia tak berapa nak fokus seratus peratus mahupun 10 peratus dekat Mok dia. Lapor kemain perut dia.

"Ni bangun awal ni nak pergi mana ni Ayob?," soal Mok Piah caring.

"Ayob ingat nak pergi bandor dengan Leman Panjang dan Pok Long. Nak cari baju raya. Mok, nak duit sikit..." suara Ayob sedikit simpati.

Amboi, awak tu umur dah 25. Duit mitak dengan Mok lagi? Banyak Mok nak guna duit ni. Mok nak pergi bayar letrik lagi. Dari tadi tak ada letrik ni. Mok rasa Mok dah bayor dah," terang Mok Piah.

Ayob telan air liur sikit. Baru teringat pagi tadi lepas nonton bola komuniti England, dia dengan Amri Shaz pekena curi kabel. Habis satu kampung terputus elektrik. Entoh macam mana budak Amri Shaz potong tidak la dia tahu. Yang dia tahu. RM50 hasil daripada jualan kabel tu ada dalam dompet dia. Ada lagi kabel dalam bengkel Pak Mail Deraman hujung kampung tu. Buat stok. Karang pergi jual terus, timbul syak wasangka pula penduduk kampung budak Ayob jadi orang kaya.

Lamunannya terhenti bila Mak Cik Piah tuang air kopi.

"Glupp glupp glupp" bunyi teguk Ayob minum kopi.

"Puhhh puhhh puhhh!!!"

"Mok... masinnya kopi ni" Ayob sedikit marah.

"Gula dah habis..." jawab Mok Piah tenang.

"Habis Mok buh garam?"

"Garam sama gula tu adik beradik je. Putih sama putih. Halus sama halus. Mok minum sedak je," balas Mok Piah rilek.

"Mok ni. Nasib baik keh tak minum sekali teguk," rengek Ayob.

Terus hilang selera makan Ayob. Fikir-fikir balik, baik Ayob keluar cepat. Karang banyak tanya pula Mak Cik Piah padanya. Balik pukul berapa pagi tadi misalnya. Tak ke perlu guna kejuruteraan alasan untuk jawab.

"Kikiki...," Mok Piah gelak manja.

"Mok, keh nak keluor dah ni. Nanti keh pergi bayor bil letrik tu. Mok duk rumah je. Buat kuih makmur sama kek cokelat,"

"Aikkk? Tak nak pekena bihun dulu? Mengajuk ke apa ni? Yela-yela. Suka sangat kuih makmur tu"

"Keh nak pergi pekena Nasi lemak daun pisang dekat Warung Samad Kelantan tu dengan Pok Long dan Leman," jawab Ayob.


Selepas pekena kasut yang baru di beli dekat pasar malam, Ayob berjalan gagah menuju rumah Pok Long. Dari rumah Pok Long, Ayob akan pergi ke rumah Leman Panjang. Dari situ mereka akan tunggu bas menuju ke bandar.


Bersambung...

______________________________

SukaNeka:

Drama ini sempena hari raya bakal tiba. Ikuti Ayob dan ibunya, Mak Cik Piah dan orang Kampung Harimau Mati Tinggalkan Taring Rusa Masuk Desa Gunung Piah Tak Bercabang.

Gua akan update sejam demi sejam. Okay? Kakakaka. Tipu je. Mana boleh ikut perangai budak minat kumpulan 4U2C ye dak?

Kbai.




8 ulasan:

Abang Zam berkata...

kumpulan 4u2c tu defuq?

Miss Butterfly berkata...

Garam sama gula tu adik beradik je. Putih sama putih. Halus sama halus.

kalo camtu, takde masalahla bagi mok piah time orang duk berebut gula aritu ye dak? hahaha

Fazleyatul Aini berkata...

hiro, lama x singgah sini
selamat hari raya qurban ye

Amir Syahir berkata...

zam--kekeke..terasa lettewww..


eyada--hehehehee..mok piah ada kilang gula sendiri sebenarnya..cuma malas nak guna.


lya--hai..selamat hari raya ..makasih

cikpia berkata...

aku tunggu ayob balik dari bandor la baru nok komeng.......

qwert. berkata...

Oke kalau Hiro mai rumah nak bancuh air denan garam la ;)

Ceiler Mun berkata...

panjang betei nama kampungnya.. hahaha~~

Amir Syahir berkata...

hehehe..