Ayob #7 (Akhir)

Beraya di Paris, New York, Hong Kong dan juga di Pavilion tidak menjamin kemeriahan di pagi raya tanpa beraya dengan ibu bapa sendiri dan keluarga sendiri.


***

Tok Jarjis ni bekas penghulu kampung. Dia sangat di hormati dengan sifatnya yang baik hati tapi pelupa. Itu sebab hanya setahun dia memikul tanggungjawab sebagai penghulu.

Pagi itu, Ayob macam biasa. Lepas kasi lembu minum, dia mahu lelap sekejak atas rumput di bawah pokok yang rendang dan redup. Ayob buat-buat tidur, ada kelibat manusia sedang perhati dari jauh.

Ayob, Pok Long dan Leman Panjang telah berpakat untuk menyiasat akan hal ini. Selepas guna otak, hanya satu kemungkinan saja lembu Tok Jarjis boleh hilang.

"Ni kerja aok Kemal? Ni lembu ayah aok ni," teriak Pok Long sambil libas-libas kepala Kemal.

Pok Long yang stedi tunggu belakang pokok dekat semak meluru menerjah dua orang yang cuba ikat tali dekat hidung lembu Tok Jarjis. Ada darah pahlawan Pahang apa Pok Long ni berani kemain. Oh lupa, level budak sekolah boleh pergi lagi.

Leman Panjang pula kemas pegang kawan Kemal. Tak tahu asal usul. Budak sama sekolah dengan Kemal mungkin.

"Tok Jarjis kedekut. Keh mintok RM 50 sehari dia tak kasi," Kemal bernada sedih.

"Kau ni... nak tak nak aku kena bawa jumpa Tok Jarjis," Ayob yang baru tiba dengan dada berkocak laju. Penat berlari ke arah lembu selepas dengar suara Pok Long.

"Tolong keh Ayob... Tolong... keh janji tak buat lagi," ujar Kemal meminta-minta.

"Bukan tak nak tolong Kemal... tapi ni soal maruah. Habis seluruh kampung kabor aku curi lembu ayah kau... alih-alih anak sendiri yang kebas,"

"Aku pun dah lama syak kau ni hisap dadah. Kau amik dadah kan?" laung Leman Panjang buat-buat garang.

"Ngaku la cepat," tegas Pok Long lalu dicubit perut Kemal.

Kemal menunduk lemah.

"Aku tolong kau dan kau tolong aku. Kau kena ngaku kau curi. Dan aku tak akan cakap dekat Tok Jarjis kau amik dadah. Kalau Tok tahu, lagi naya kau," ugut Ayob.

"Yee... jangan gitahu Yob... jangan... dicincang keh nanti," rayu Kemal.


**

Amri Shaz yang baru bangun tidur terus bergegas ke rumah Tok Jarjis selepas mendapat panggilan dari Ayob. Pesen kutu. Asar baru bangun. Malam berjaga. Tapi kawan dalam kesusahan dia korban kan waktu tidur dia kejak.

"Ni Tok... pencuri lembu Tok sebenarnya.. Anak Tok sendiri," bersungguh Pok Long kabor ke Tok Jarjis.

"Gila kau!!! Anak Tok pergi sekolah tambahan," Tok Jarjis tak percaya.

"Tak Tok kami ada bukti," bicara Leman Panjang macam gaya detektif.

"Apa bukti kau?"

Duit dalam kocek seluar Kemal dikeluarkan Ayob. Lalu dikasi dekat Tok Jarjis. Kira-kira dalam RM1000 jugeklah duit tu.

"Mana dia dapat kalau bukan dari hasil jual lembu kan Tok?" duga Ayob.

"Apa nak jadi dengan kau ni Kemal... Mok hantor pergi sekoloh untuk kau jadi pandai. Belajar elok-elok. Ayah kau pun sanggup jual lembu untuk bayar yuran kau Kemal," nangis Bidan Bidoh. Ibunya si Kemal.

Menitik jugeklah air mata Amri Shaz ni bila nonton scene sedih. Dia ni pesen cepat tocing sikit.

"Maafkan Tok, Omar. Eh Ayob. Tok tuduh kau dan sebar pada orang kampung yang kau ni curi lembu Tok. Maafkan Tok," sebak di dada Tok Jarjis.

"Takpe Tok. Saya sedar saya tak ada kerja.. tapi bukan semua penganggur tak ada kerja tu jahat Tok," bicara Ayob.

"Ye ye... Maafkan Tok. Nanti Tok bersihkan nama kau. Tok akan beritahu orang kampung. Tok akan buat korban lima ekor lembu sempena raya korban nanti. Buat makan-makan kampung kita," ujar Tok Jarjis.

"Makan? yeyy," bersorak Pok Long dan Leman Panjang.

"Hehehe... owsem Tok... owsem," sengih Amri Shaz.



TAMAT


SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

BERKORBANLAH APA SAJA KE ARAH KEBAIKAN, NESCAYA KITA TEMUI KEBAHAGIAN SEJATI.



Pengajaran:
1. Pikir la menda yang boleh di jadikan pengajaran. Kan dah belajor dekat sekolah masa kelas BM? Kakaka.





17 ulasan:

Ym.Bundle berkata...

hahaha..abihh daa..

Amir Syahir berkata...

kakaka..tercapai jugeklah impian nak buat drama dekat blog.

rajin jugek gua ni..kahkah!

Miss Butterfly berkata...

weewiitt!! alhamdulillah. 5 ekor wouh! hahaha

hanaahmad berkata...

sekian~ tamat sudah cerekarama. hue hue hue

cimöt berkata...

at last!!korban lombu laaa tok jawabnya..

oitttt..ghajin nye kamu nulih sampai 7siri hiro!!

cikpia berkata...

yeay!!! i love u ayob!!!!

nurkaloi berkata...

pengajaran byk blajar time kelas agama laaaaa heheh

Anak Wak Mail berkata...

erkk..tak faham..ni cerita bersiri samarinda ke ape??haha

Telor Power berkata...

ayob memang hero

monologmalamhari berkata...

citer raya korban ke .. hehe igtkan drma apa la tdi .

Ainul Hayat berkata...

kahkahkah....hiro nk abeskan drama cepat.

Mek Onie berkata...

5 ekoq tuh?pehhhhhhhh!hahahhaa..


aku dapat moral dari cerita ni :)

Cikgu Jaja™ berkata...

awsemm.. like2.

ohho..kemal punye angkara...dasar anak xsedar diuntung! :P

Ceiler Mun berkata...

weyhh.. "maruh" tu apa?


*ok.. aku setuju dengan ending ni.. hehe~

Amir Syahir berkata...

hehe..maruah sebenarnya..power la aok ni bella..harap je cikgu sains..kikiki

Ceiler Mun berkata...

hahaha.. aku memang pesen baca ayat orang satu-satu.. jangan harap aok dapat typo lepas ni.. kih3...

~NabiellaQue.~ナビラ。 berkata...

takcukup lantai gua gelak haaaaaaa kahkah