Teguran Cinta


Sempena mahu menyumbangkan cerpen kat Terfaktab Afterdak.com nanti... dan peneman hari puasa dan sahur lu orang...terima lah cerita tak seberapa;

Teguran Cinta.

_____________________________________


"Abang... Abang ni memang kejam..kejam!!!"

"Saya dah berubah banyak Abang. Abang banyak memberi teguran pada saya. Tapi kenapa Abang pergi begitu saja. Mengapa Abang..."

"Saya dah mula bertudung. Terasa jijik kalau pakai baju lengan pendek. Pakai seluar jeans ketat. Semuanya saya berubah setelah Abang ajar dan ajar saya. Nasihat demi nasihat. Tak jemu-jemu Abang bagi pandangan dan analogi merepek tapi masuk akal"

"Contohnya pasal rambut. Ada ke patut Abang suruh bayangkan rambut saya dengan mahkota puteri Nigeria. Mahkota itu sangat bernilai, kalau nak simpan kena taruk dalam peti besi apa semua. Hanya puteri Nigeria itu saja layak. Risau di dedah dan di tunjuk, maunya di cilok oleh masyarakat Sumantera Barat atau orang pedalaman Mongolia. Sama juga dengan rambut. Kena jaga dan lindungi rapi daripada pandangan liar lelaki lain. Hanya suami saja yang layak"

"Tapi setelah saya berubah... dan berusaha menjadi yang terbaik di mata Abang... Abang pergi jua tanpa kata. Saya tahu, Abang tak pernah berjanji mahu kawen dengan saya... memang hak Abang boleh memilih calon yang layak untuk jadi isteri lantas menjadi ibu kepada anak Abang..."

Rintih Suzana Damia.

Jejaka yang di sanjungnya selama ini menghilang khabar berita. Memang Suzana tidak tahu menahu mana asal usulnya. Hadirnya sepantas kilat dan menghilangnya sekencang ribut. Yang dia tahu, Ammar hanya menetap di rumah sewa dekat hujung sekolah tu. Ada projek syarikat dia dengan pembangunan infrastruktur tempatan.

Beberapa minggu lalu;

Maaf Su. Abang terpaksa pergi. Bukan niat Abang untuk meninggalkan Su. Setelah kita bersama, ada cinta di antara kita. Mungkin ia tak berpanjangan, tapi Abang bahagia sangat Su. Memang Abang sengaja membentuk nilai akhlak Su. Abang nak jadikan Su isteri Abang yang sah. Tapi apakan daya Su. Abang disahkan mengidap barah otak. Penyakit keturunan mungkin. Hampir semua keluarga Abang kena.

Harap Su sentiasa tabah dan meneruskan hidup dengan tenang. Mungkin Su baca surat ini, Abang sudah selamat dikebumikan. Abang tak mahu dilabel pengecut atau tak bertanggunjawab. Sebab itu Abang utus surat ini untuk menjelaskan hal sebenar.

Niat Abang hanya satu... Abang tak mahu Su merana. Biar kita tiada ikatan yang sah, nanti parah pula luka ditinggalkan Abang ditemani kenangan kita. Risau cinta kita berakhir dengan benci.

Menitik juga Suzana membaca surat diutuskan kepadanya itu.




***

"Begitulah kisah cinta pertama Mama dengan Pak Cik Ammar" bicara Suzana Damia yang kini bahagia dengan rumah tangganya.

"Sofea ingat cinta pertama Mama dengan Papa..." tanya anaknya yang sulung.

"Bukan la Sayang... Mama jumpa Papa tu di majlis nikah Uncle Khalid dengan Auntie Maisarah"

"Hooo... Mama Sayang lagi tak dengan Pak Cik Ammar?"

"Mama tak pernah berhenti mencintainya. Dia manusia yang merubah hidup Mama. Daripada jahil kepada baik sikit. Daripada tak mengenal apa itu aurat kepada imej Islamik ni. Mama tak pasti berdosa atau tidak perbuatan Mama yang masih terkenangkan Pak Cik Ammar sehingga kini. Manusia akan lebih hargai pada orang yang berjaya mengubah dirinya daripada tak elok kepada elok. Betul tak?"


"Dah la Sayang... mari kita borak pasal pakwe Sofea pula. Dah pandai bermain cinta ek sekarang" gurau Damia.


Dua beranak yang ralit bercerita disusuli gelak tawa.

_____________________________________


Cinta itu umpama ombak... yang mampu mengubah pantai tapi kasih dan sayangnya sentiasa membelai pantai..selalu.

Jadi kepada lelaki tu, jangan selalu mengeji makwe macam dia kurang daripada semua segi, tak sempurna daripada aspek. Tegur la, jangan asyik nak membebel dan mengeji aja. Faking you! Kbai.





31 ulasan:

Faiz Tapit berkata...

perghhh! semat lah abam hiro

zombie berkata...

"boleh mama tahu siapa nama pakwe Sofea?"

"erm, nama pakwe sofea Amir Syahir Bin Ammar"

iNi IzwaH berkata...

waaaaaaaaa. best la cite ni.
terkesan sampai lubuk hati, kerak jantung.

thumbs up!

eqacashperlala berkata...

tacing kowttt

blog-tips-kurus berkata...

uuuu.. berbakat ni. keep it up! :-)

HasNah Kawaii berkata...

Best !
Nama nak glamer je.
Ehemm

hiro berkata...

biasa je rasa... tak sedak!!!

piu piu!

hiro berkata...

biasa je rasa... tak sedak!!!

piu piu!

Tasha berkata...

ok,mcm nak nangis sikit...teringat arwah bf.

mmg bnyk dia ubah aku.

nice 1 hiro.

hanaahmad berkata...

cinta boleh mengubah 2 benda; baik atau buruk. aku pilh baik. dan jika ubah kepada jahat, say gudbye cepat2. ekeke

Amna.Qadeeja berkata...

chewaah abam hiro kemain entri keh3

2la kena terima seadanya kan?hee

Anies Anessa berkata...

suka sesuka sukanya!!

dill berkata...

sayu lak

dill.

Siti Mashitah Saidin berkata...

gua baca tak kelip2 mata! damn! damn!

lu wat gua terpikir, gua la watak suzana.. hahaha!

unieMARKS :) berkata...

wow.cinta waktu sahurlaa.

JIJI YU berkata...

abam hirooo..nak saimm

namaakulynn berkata...

coolcoolcool. ;)

:: cekodod :: berkata...

powerrr kott..ayat yang belakang tu sape makan cili dye ah gi cari air..tau mengutuk je..bukan nak btl kan..this is the best bro..hikhikhik

M.D berkata...

berbaloi lah terfaktab afterdark gaji lu nanti.

Lucifer berkata...

lulz. semoga terfaktab afterdark terharu.

wannurfazrini berkata...

wahh cerpen mariiiiii!

fairuz berkata...

nak sainn. eh dah ade makwe? kbai

erysweetie berkata...

menangis aku baca cerpen ni. haha.

Dyna Yvonne berkata...

fiuuu.berpeluh jugak gua maca ni.hee

Si Gendut Yang Comel berkata...

suka. kemtut sikit. puit.

Ziro berkata...

Pergh ! entri tetap terbaik !

hai

kembatolo™ berkata...

abam abam abam.. tolong nasihatkan saya sekali eh? hik3

cikpia berkata...

nice one..... tetiba teringat zaman2 berskirt pendek dedolu.....

aku setuju bab "jangan selalu mengeji makwe macam dia kurang daripada semua segi, tak sempurna daripada aspek."

- elina - berkata...

gua vote abam hiro.





*tetiba*

~Cahaya Hati~ berkata...

harus bijak memilih...
jangan tersalah pilih jalan~

lavender harum wangi berkata...

romantik nya abam hiro. mencikk~!! kbai.