Siang Malam



Ada pasangan pakwe makwe dalam rumah sewa dekat pavilion.

***

Pakwe tenung kipas. "Berkejaran dikau wahai kipas tiga bersaudara. Sampai rosak pun belum tentu dapat tangkap satu sama lain. Ibarat matlamat yang jelas tapi tak mampu terlaksana," getus pakwe dalam hati.

Pakwe bingkas jeling jam tangannya. Lalu;

"Cayang... bangun masak sahur... dah nak habis sahur ni... hehe."

"Aaa... nantok aa B... nanti Sayang jadi bini B, Sayang macak laa... " jawab makwe manja.

Lalu pakwe hanya bersahur dengan seteguk air masak yang masih berbaki dalam botol.

"B, malam ni Mama ajak berbuka sama. Datang ye. Pakai 'smart-smart' sikit bawa la buah tangan sket ye."

"Yea... Abang tahu la... manti Abang beli murtabak. "

"Bestnya bukak puasa sama-sama..."

"Dah nak pagi ni, jom Abang hantar Sayang balik. Mandi jom."

"Cejukkkk... Abang mandi la dulu..."

"Nak Abang dukung ke?"

"Tamooooo... nak tidur 5 minit lagi."

"..."

Pakwe berjalan menuju kamar mandi.

***

Dunia kini; Siang jadi hamba Tuhan... Malam jadi hamba Iblis/Nafsu...

Semoga kita di beri kekuatan untuk menjalani kehidupan di dunia.



20 ulasan:

dill berkata...

dunia kucar kacir kala ni. semoga diselamatkan manusia2 semua.

dill.

budak kacamata berkata...

1 teguran yg baek..keep it up..!i like the way u blogging

kembatolo™ berkata...

na'uzubillah~

cik hanum berkata...

nice entry beb. sinis, bermaksud.

hiro berkata...

pesan pada diri sendiri gua juga.. lalai.

~Cahaya Hati~ berkata...

makin keliru...
lalu tunggang langgang jadinya~

moga dijauhkan...

saljihitam berkata...

masih punya dua minggu lagi bersisa. teruskan penjelajahan.

Yuyu Musa berkata...

ya,pesan pd diri sendri juga.

alang2 beribadah,biar lengkap dan diterima.InsyaAllah...hihihik

hanaahmad berkata...

baru siang tadi ada berita pasangan kekasih dicekup berkhalwat malam hari di sebuah hotel di kedah. siang ikut agama, malam ikut nafsu.

erysweetie berkata...

err...ade manusia jenis camni ke? T_T

JIJI YU berkata...

tok guru gua kata.malam elok tidor je la

Dale berkata...

hipokrit

misz molecule berkata...

malam milik mereka yg bertemankan iblis..

semua iblis , syaitan dah diikat bulan puasa ni..

tentu yg wujud adalah diri mereka yg sbnar..

yg slame ni mmbela sehingga perkara trsebut mnjadi kebiasaan..

~SaL IjOu~ berkata...

Kuatkan hati kita utk terus teguh di jalan-Nya~

Salam kenal..~

cikpia berkata...

mintak dijauhkan.....

Cikgu Jaja™ berkata...

dh banyak berlaku >.<" makan kang

dylli berkata...

pun boleh! -,-

wannurfazrini berkata...

pakwe makwe sudah ada rumah sendirikah ? heheh

lavender harum wangi berkata...

aminnn~

unieMARKS :) berkata...

yaa.mcm tu. haisyh