Menduga



1. "Amboiii, kemain besaqnya gambar... sampai habis satu page muka dia saja. gila 'glemor' ke apa?"

2. "Gila hape buat entri lucah je. Mesti suka tengok porno HD ni"

3. "Asyik-asyik cerita pasal pakwe dia je. Ingat dia je ada pakwe?? Puihhh!"

Itu dalam hati... tapi bila komen dekat ruangan komen tu;

1."Chantek bangat! Like sejuta kali darab 2.34 Joule"

2. "You Awesome!!! Lawak gila babi. Babi panggang madu pun tak selawak ko weh!! Betei-betei Awesome!"

3. "Pakwe kita haruslah menghormati kita dan mampu menjana ekonomi rumah tangga dan sosial kekeluargaan"

Plastik bukan? Pernahkah lu orang?

Kita tak patut menduga seseorang berdasarkan entri dia tu. Mungkin dunia realiti dia lain... suka tolong mak siram pokok bunga pada pukul lima petang misalnya.

Tak kemana berkawan dengan orang yang plastik ni. Mak gua pesan satu je;

"Kalau kita mudah dengan orang, orang akan mudah dengan kita"

Maksudnya, kalau member nak mintak tolong... kita tolong sedaya mungkin. Kalau tak dapat nak buat camna kan? Lain masa, bila kita susah... ada la orang tolong kita nanti. Ye dak?

Lagi satu, ramai pertikaikan tentang identiti masa tulis blog. Wadehel. Nak 'straight' sangat buat apa. Benda ni percuma kot. Ye, kita wajar ada identiti sendiri... tapi tak perlu la sampai nak pertikaikan dia tu tak ada identiti... dua identiti bagai. Bakal menuju kejahilan hakiki sebab tak ada identiti sendiri?

Mungkin sekadar tulis blog untuk hilang kebosanan, bazirkan elektrik, mahupun nak habiskan duit PTPTN dengan bayar bil internet. Keh Keh Keh.

Alangkah indahnya jika kita berbaik-baik. Jangan nak kutuk saja, bagi cadangan mahupun teguran kan molek. Dari tok nenek sampai sekarang pun...perangai kutuk masih ada?

Orang tak respek kita sebab kita pandai kutuk... tapi orang akan respek kita jika kita pandai bagi cadangan ke arah kebaikan. Tak gitu?

Aaaa... asal gua up entri ni? Lapar nasik gamaknya.


SukaNeka:
Banyak betei persoalan. Kah Kah Kah!!!




25 ulasan:

♥CIK SHA♥ berkata...

"Orang tak respek kita sebab kita pandai kutuk... tapi orang akan respek kita jika kita pandai bagi cadangan ke arah kebaikan."

SETUJU sejuta kali boleh?

Abang Zam berkata...

wah..ini entri yg paling terbaik sekali! sungguh! sangat hebat bahan bacaan ni!

*heh

hiro berkata...

shukewnyerrrrrrr

*heh

azurin ramli berkata...

lu lapa eh? jom makan meggi ^^

hiro berkata...

azurin--kalau megi kari boleh juga.

azurin ramli berkata...

yela meggi kari ada telo mata kerbau.fulamakkk.jom ahhh!

M.D berkata...

seriusnya abam hiro. kekeke...

2 identiti, 2 alam mungkin.

JIJI YU berkata...

nak berbaek dgn hiro bolehh

dill berkata...

telah mewujudkan persoalan dengan jayanya!

dill.

Amna.Qadeeja berkata...

gua suke betei plastik2 nih leh wt recycle kahkahkah

Tasha berkata...

kaki kutuk pun rmi org puji tahu...haha

Khry Hnry berkata...

dalam hati : macam gampang

dalam komen : betul tu..aku sokong kau

eqacashperlala berkata...

standard aa hiro
manusia memang plastik
aku pun kadang2 plastik
hehehehe!
tapi kalau plastik sangat pun tak boleh juga kann

wannurfazrini berkata...

ape pandangan abam hori terhadap saya ? =P

Ziro berkata...

seronok juga jadi plastik dan banyak identiti ni sebenarnya. keh keh keh

Anies Anessa berkata...

*clap clap clap*

hebat entry hang!

Yuyu Musa berkata...

best gila vavi entry abam hiro

*plastik*

hanaahmad berkata...

Apabila mereka-mereka di sekeliling kamu bercakapkan perihal yang baik-baik mengenai kamu, maka balaslah ia dengan seribu kali lebih baik mengenainya. Tapi jika sebaliknya, berikan senyuman manismu dan ucapkan terima kasih setinggi langit berserta doa agar mereka-mereka itu dirahmati Tuhan sepanjang usia. - copy paste dari blog gua je bleh? ekekekeke

Aujinz berkata...

plastik plastik.. hahahha..

ctpayong berkata...

Bismillah.

Kan macam satu bidalan kata dulu2. Kurang lebih macam gini.

"Buat apa yang cikgu suruh tapi jangan ikut apa yg cikgu buat." Tetapi kalau cikgu buat baik, kenalah ikut.

ENCIK TIKUS berkata...

rindu dengan abam hiro.. sehat ?

unieMARKS :) berkata...

kitew tak kutuk diew pun!

Siti Mashitah Saidin berkata...

aku suka! aku suka!. betei tuh...

Qaseh dalia adelia berkata...

setuju

saljihitam berkata...

Lain masa, bila kita susah... ada la orang tolong kita nanti. bukan ye dak tapi Ye keeee ?

jarang boleh jumpa kawan menangis ni.




ha betul lah tu.