Ceritera 14: Ica Dan Teman Tidur



Puasa tiba lagi. Hari pertama puasa gua dah berkira-kira. Balik raya rumah mak gua tahun ni. Senyum melirik tak terhingga. Terus mesej adik-beradik gua yang lain sapa balik raya dekat kampung. Hehe.

Langit tak selalu membiru, awan tak selalu memutih. Itulah perumpamaan boleh gua ibaratkan. Bini gua kena kursus pula dekat Peneng tu. Doktor pesen apa kena kursus kursus ni woii?? Puasa kedua nanti dia berangkat. Lalu gua menadah tangan lalu berdoa;

"Ya Allah...Ramadhan tanpa isteri tersayang memang berat dugaannya. Semoga diberi kekuatan dan keredhaan"

Tak kan hari-hari nak sahur makan kurma cicah air masak? Sahur dengan murtabak baki berbuka nanti? Kan tak pasal-pasal makan pagi bersama Ica nanti. Doa dalam resah gua.

Biasanya kerja yang paling berat ialah tidurkan Ica. Tangunggjawab ni biasa bini gua buat. Alih-alih gua kena ambil alih. Gua mana biasa. Nak bacakan cerita Nabi lagi. Nak nyanyikan lagi. Aishhh. Termenung panjang gua.

"Ica, tidur Sayang... dah pukul 10 malam ni"

"Rindu kat Mama. Ca nak Mama..." Ica mengomel comel.

"Ye Sayang. Lagi tiga hari Mama balik ye?" pujuk gua.

"Nak Abah bacakan cerita"

Dalam tak nak... gua terpaksa buat. Gua pasrah. Gua redha.


Tiga hari selepasnya.


"Yang, awak kata... Ica susah nak tidur. Kena nyanyikan banyak lagu. Mintak lagu itu ini. Tapi senang je. Dia mintak satu je lagu dari Abang ni" muka gua sedikit bangga.

"Hehehehe..." bini gua gelak.

"Kenapa?" tanya gua.

"Ica kata, suara Abang tak sedap" ringkas tapi menusuk.

"Aaaahhhhh!!!" terus gua rasa merusuh. Nak berbuka terus rasanya. Gua tengok Ica dah lari menuju ruang tamu. Nak kena budak ni!! Sejak pandai tengok akademi, mentor bagai ni... pandai pulak dia komen. Keh Keh Keh.


23 ulasan:

K I E R A berkata...

Ica comel :)

kembatolo™ berkata...

ahahaha. mengaji woi mengaji. ica mesti lagi suka.. hahaha

eqacashperlala berkata...

hahahaha!
kemain lagi si ica ni

afiqah berkata...

Alalalala. bagusnye Ica berterus terang kan. haha

intan.maisarah berkata...

jujur itu bagus
hha

Yuyu berkata...

hahahha..aku harap bile mu kawin,dpt bini doktor dgn anak perempuan name ica.amin.

hiro berkata...

amin...tq yuyu..ehee

erysweetie berkata...

kuat berangan kau nih! haha

bact. berkata...

Ica neh leh tahan jugak laser dia kan?

May Maisarah berkata...

Ica, give me five!!!


aaa...larikkk!!!!

una berkata...

kejujuran kanak-kanak mmg kadang-kadang bole wat down..

hanaahmad berkata...

beria-ia kau cerita kan. terawang2an gak la aku baca. kah3.

dill berkata...

comel je kan!

dill.

Tanpa Nama berkata...

ica yg sungguh chomel...

(the naked writer) berkata...

hahaha...terima sajalah kenyataan tu bro...kelemahan kita, faedah pd org laen...

koyuki hanama berkata...

HAHA.hampeh punye anak.HAHA

wannurfazrini berkata...

pndai jugak ica mgkritik !

Akulah Aqilah Itu berkata...

aku dapat rasa kepedihan hati ica tu. hehh. =P

Cikgu Jaja™ berkata...

keh keh..kn bagus kalo abahnyer seorang imam muda..pasti cool :P

ishiko berkata...

puasa jgn tak puasa ^^

Siti Mashitah Saidin berkata...

ica ikot mama dia!

Tanpa Nama berkata...

dalam banyak2 post kat blog ni, saya baca pasal Ica je..hehe

Ziro berkata...

ica hebak