Cupkek Cinta



Sejak kebelakangan ini, kerap jugalah kek cawan dalam laci meja Intan Umie Syafiqah. Entah daripada siapa tidak ketahuinya. Ada juga satu nota ringkas yang terselit setiap kek cawan itu.

"Hey, for U. Makan ye. Ikhlas ni"

"Hari Rabu hari ni ye? Hehe. Special for U"

"Untuk awak daripada seseorang bakal membahagiakan awak"

"Awak makan tak cupkek tu? Jangan risau...selamat dan halal. Tak ada racun ye. Khas untuk Intan Sayang..." tulisan sayang tu kecik. Tapi boleh baca.

Kehadiran kek cawan berserta nota ringkas buat hidup Intan kecelaruan. Entah mengapa dia mahu kenal saja dengan orang memberi kek cawan kepadanya itu. Dia rasakan sesuatu yang istimewa tentang orang itu.


***


Hari ini hari jadinya ke 17 tahun. Dia nekad dia mahu datang awal ke sekolah hari ni. Sebab kek cawan itu selalu dah ada bila dia sampai ke sekolah.

"Allah... ni sapa letak 'Permanent' kat sini. Celake betul. Susah nak tanggal ni. Nak tak nak kena padam balik ni. Karang bising pulak cikgu! Arghhhh!!"

Tulisan "Selamat Hari Jadi Intan Umie Afiqah" terpapar dekat papan putih. Terkial-kial jugalah lelaki itu nak padam balik. Dalam hati nak mencarut pun ada. Habis rancangan dia tak menjadi.

"Iqbal... awak buat apa tu?" Nak saya tolong?" tegur suara makwe daripada belakang.

"Pehhh. Intan. Cilakak!" spontan dari Iqbal.

"Erkk... maaf Intan. Tak ada, saya datang awal tadi. Tengok papan ni tak padam. Tolong padamkan. Hehe" alasan Iqbal.

Nasib baik tinggal sikit lagi. Lega tu ada dalam kelam kabut nak padam balik.

"Ooo... tak apa lah. Saya duduk dulu ye?"

"Yeye..." balas Iqbal.

Itulah Intan. Dia punya muka lembut. Sopan santun. Memang cair la sapa cakap dengan dia. Dia bukan jenis suka sangat layan lelaki. Tapi ramah jugalah dengan kawan kelas. Member rapat yang dia kenal.

"Erkk... nak tanya? Awak ada nampak sesiapa tak masuk kelas kita?" tanya Intan.

Bergetar jugalah jantung si Iqbal ni nak jawab.

"Tak pasti la Intan. Saya baru sampai lima minit yang lalu"

"Ohh... tak sempat jumpa dia. Baru nak ucapkan terima kasih. Nak cakap cupkek dia sedap"

"Dapat cupkek? Nak!!"

"Wekkk... saya punya. Dia kasi saya. Hehe. Kita kongsi ye?"

Aduhhh... Meruntun jiwa Iqbal. Memang gila sekejap sistem pernafasan dia. Jarang dia berpeluang cakap dengan Intan walaupun dah dua tahun sekelas. Intan selalu lepak dengan kawan-kawannya yang perempuan ja. Ada cakap pun soal pelajaran sahaja.


***

"Selamat Hari Jadi Intan. Semoga Bahagia Selalu. Dah 17 tahun awak ye? Tak nak ada teman lelaki ke? Kalau nak ada orang sudi di sini"

Gila hapa Iqbal tulis ucapan begitu. Tak romantik langsung. Tapi ucapan ringkas itu buat Intan menguntum senyuman. Manis dan ikhlas.

"Bersama 16 cupkek yang sebelum ini dan ini yang ke 17 melambangkan hari jadi awak ke 17. Terimalah cupkek ini. Ikhlas daripada saya"

"Dia senyum!!" gembira tak terhingga Iqbal. Dia melihat Intan dari tempat duduknya. Masa tu dah ramai yang datang ke kelas.

Bersambung...


Esok sambung ye? Dengan gua jangan berkira sangat. Keh Keh Keh.


SukaNeka:
Asalnya nak buat tajuk 'Kek Cawan Cinta'...tapi tak lejen pulak bunyinya. Hehe.



29 ulasan:

Johan 'Champ' Radzi berkata...

tak lejen, nama ni dah cukup molek.

AAINA berkata...

kalau pukul 12 malam kira esok jugak kan? cepat cketttt!

budak kacamata berkata...

dgn gua jgn berkira sgt eaa..disebabkan ak pembace setia, jadik, ak lyn jela..tggu kesinambungannyer..hukhuk

eqacashperlala berkata...

potong lah kau ni hiro!

hiro berkata...

sabar..pergi perabih juadah berbuka tadi dlu..hehe

sugar2 kapas strawberry berkata...

punyelah mata dah dekatkan kat screen,bibir dah senyum ..sekali tgk ayat..esok kita sambung..grrr..haha

TAJUDDINDAUGHTER berkata...

- keh jgn nk brsmnbung sgt eh, entry lpas pun x hbs brsmbung lg taw.. ggrrrr

wannurfazrini berkata...

auww so sweet :') nak kapkek dr abg hori boleh ?

hiro berkata...

sugar--hehe..sabau..ni gua tengah sedak makan murtabak ni.

mekni--keh tu untuk saya la..aok tuk awak..yela..banyak betei sambungan gua tak langsai lagi..hehe..


rini--saya cuba kak..saya cuba.

Amna.Qadeeja berkata...

kemain ternganga mulut gua bce tetiber smbung plk xlegend betol. eh? akkaka ;D

.sweet-ants. berkata...

kek cawan cinta tu lagi best dr cupkek heheh..tp citer dah best dah..sambung2

Tasha berkata...

amboi2 budak sekolah skrg...ingt ica td...haha

intan.maisarah berkata...

yela sambung esok

dill berkata...

ok. saye tunggu :)

dill.

- elina - berkata...

hok aloh.

main smbung2 pulak

Puteri Iqa Izyan berkata...

ish. aku dah nak balik nilah ade cite best. grr

Mat berkata...

Peh. Stalker comel.. Suka. Hahaha

catherine- berkata...

alamak comelnye!


hihi

Yeyn Mae Ri berkata...

alolo comelnya ..ni mesti citer hiro zaman sekolah ni :Dhehe

JIJI YU berkata...

setelah lama lu bertapa..lu makin comel

Liyana Aziz berkata...

auchhh, ini ala2 sweet tahu??? nokss #2 kebanyakan jiwang compared to isu #1... bhahahahhah...

yana prefer kek cawan cinta! bluwekssss!

DuniakuAbstrak berkata...

JIJI YU - Hiro daru dulu mmg comel

bersambung...

Bro, agak terpotong stim di situ

M.D berkata...

ni stail samarinda ke apa ni main sambung2?

lavender harum wangi berkata...

kemain comel. rasa cam nak lempang.

lordzarx berkata...

muke lembut mcm sape der? hehehe

Siti Mashitah Saidin berkata...

ala! sambung pulak! gua tengah feeling abes nih! damn! damn!

Ziro berkata...

peh. cepat la sambung

iamSH berkata...

perh takbole bla gila tinggi tahap imaginasi ko.
tapi bestttt. :)

cimOt berkata...

asbestos la hiro!!sambung lagi damn!

mencabut tangkai jantung aku bace citer sambung2 ni..