
Dari tajuk mesti lu orang dia ni mat rempit kan. Betul la sangkaan lu orang. Gua malas lagi nak cerita kenapa dia jatuh motor. Nanti-nanti la gua cerita. Tapi dia bukan mat rempit yang tegar. Merempit time bangun lewat untuk kerja dan merempit time hantar ayam proses ke pelanggan. Muka di yang kucar kacir ada parut tu tanda dia memang 'power' merempit.
Ada banyak tawaran syarikat permotoran nak dia berlumba kat litar. Tapi dia tolak mentah-mentah. Tak berapa suka makwe litar ngorat dia. Lagipun dia tak pandai sangat nak cakap English. Gila lu nak ngorat makwe litar main senyum-senyum ja.
Fizikal dia memang mengalahkan fizikal Pak Ku Baharom time muda-muda. Ala-ala body Megan Fox tapi versi lelaki. Kui Kui Kui. Macam Christian Bale dalam cerita Batman tu, senang cerita. Makwe selisih dengan dia memang akan toleh sekali lagi. Perkara biasa. Gua jalan tepi dia pun rasa selamat dari ancaman Mat Ngepaw dan Mat Rambut Kerinting Warna Coklat.
Sejak muka dia ada parut, memang bertambah nilai keganasan di mukanya. Ada sekali Pendekar Pedang Lapan nak jadikan dia anak didik. Gua rasa pendekar ini mahukan pewaris untuk mewarisi jurus bermain pedang menggunakan lapan pedang. Gua dengar dia cakap time pekene teh tarik kat Warung Pak Mail Perak. Lepak kat situ lebih bagus dari bermain poker kat bangsal Tok Mudim Mahmud Misai. Boleh layan makwe balik kerja kilang.
Gua kenal dia dari kecik lagi time dia tak pandai sikat rambut lagi. Gua dah pandai dulu dari dia. Kui Kui Kui. Pergi tadika sama-sama, mengorat makwe comel ada lesung pipit kat tadika time rehat. Tunggu makwe main buaian dan main gelongsor. Tubuh kelab tak pakai baju selak dalam. Banyak lagi gua nak cerita pengalaman gua dengan brader ne. Membe rapat dari kecik katakan. Kui Kui Kui.