Si Micheal, ayam kesayangan Tok Haji.
Perusahaan Ayam Tok Haji Hussin. Papan tanda menjadi mercu kat kampung datuk gua. Berdiri megah. Menjadi mercu kebanggaan sedekad lamanya. Memang ayam Tok Haji memang menjadi tarikan seluruh penduduk kampung dan kampung sebelah.
Terkenal juga sampai empat kampung depan, belakang, kiri dan kanan. Ketika Raya Aidilfiri, Raya Korban, apabila kaum kerabat Ah Meng berkumpul dan keluarga Kamala mahu menjamu keluarga Gunalan Sigh. Maka, berduyun-duyun lah masyarakat berbilang kaum mencari ayam di jadikan lauk. Maka, sudah sampai masanya Tok Haji Hussin menambahkan pekerjanya. 20 orang tak memadai.
Sameon Sengeh. Pemuda kat kampung menjadi bualan ramai, tak macam pemuda lain, sangat aktif berpersatuan. Dengar saja Tok Haji Hussin mahu tambah pekerja, dia dengan sukarela mahu untuk membuat iklan. Tok Haji tak berapa setuju. Biar lah orang yang berminat datang sendiri minta. Tapi Sameon Sengeh berkeras. Mahu juga nak berjasa. Tok Haji angkat ibu jari tanda setuju.
Dua hari kemudian.
"Abang Haji, betul ke dengan iklan kamu nak cari orang?", Soal Pak Mail Perak di warungnya. Tok Haji hanya mengangguk.
"Tapi tak kan syarat sangat....eh..macam nak masuk AF pun ada, kerja pejabat pun ada", sambung Pak Mail Perak. Sambil menghulur sekeping kertas kat Tok Haji.
Lama juga ditatap kertas itu. Akhirnya, Sameoooooooooooooooonnnnnnnnnnnnnn...gegar seluruh kampung.
Kertas iklan seperti dibawah. Kui Kui Kui.
Iklaneka..bukan mahu ajak bersukaneka. Budak-budak jangan baca.
Anda bosan? Anda sunyi? Tak tahu nak buat? Mahu kerja tetap bersama tokoh usahawan berjaya? Hensem lagi bergaya? Muka kacak dari muda tak pernah pudar. Ya. Tok Haji Hussin sedang mencari kamu yang berkelayakan seperti di bawah:-
-Berpendidikan. Ada ijazah dapat masuk terus.
-Fasih Bahasa Melayu dan English. Dapat menguasai Mandarin diutamakan.
-Ada sijil juara catur diutamakan.
-Bujang diutamakan.
-Islam dan warganegara.
Berminat?
Sila datang ke...anda tahu kan kat mana.
Lelaki-Baju kemeja lengan panjang siap pakai tali leher.
Perempuan-Baju kurung lengkap bershawl.
Habuan
Gaji- RM300 sebulan hujung tahun ada family day, makan-makan kat KFC, dan cabutan bertuah.
Yang menjalankan tugas,
Sameon Sengeh.
Setiausaha Perusahaan Ayam, Pemilik Tok Haji Hussin.
Suci Berdebu Debasss
9 tahun yang lalu
43 ulasan:
adeh..ni kalau btol memang sameon sungguh la mamat 2 hak4
sya---ye..sameon senget,,kui3..
oohh taw dah..hiro si sameon senget...tepat skali haha
u lagi sesuai..4S..
sya si semeon senget..huhu
eh xbley2...sameon x sesuai la ngn sasya
sy kt dy nk ngn hiro gk hahaha
hahaha..terbaeklah. senget!
der.. wa tak reti pakai shawl cane?
kire tak layak la ek?
fina--trimas3..entru ble nk kuar?
nic--kene belajar la tuee..
gua tak berpendidikan lah. tak layak ni.
ekekek
ada2 aje citer die..bgus2...xbosan! =)
LOL!
hahaha....klakar2...best!!!
elang tension tgh2 final nie...huhuhu...
hang ke sameon tu??
HAHAHAHA
hahahaha sameon hahahahahahaha
berd--samala kite..uhukk..gua xlepas nk pakai tie..xleh kot.
mijah--tenkiu2..
eyra--bgus la..hehe
ika--sakit tu soklan..
eza--kui3..haahhaahha..gua gelak sama.
hahahahahahahah sengal
er,bape hb tarikh tutup interview tuh?
nak apply ar kot2 dapat...
huhuhu...
ALA..KENAPA NURUL TAK FAHAM NI. ADOI. :(
jane--biasa2...hehe
cik--nk lg 4 orang..reti pakai shawl x? ahha
nurul--eh? cmne tak paham tue. cmne.. ada atok pemilik ayam proses, nk pakai pekerja. pastu ada sameon nak buat iklan kt sume penduduk kg. Jadi syarat dia tulis tu cm melampau sgt. Cam nak jd kerani kt KlCC. dh?
haha..lawak la hiro.hilang stress.=)
dila--itu i harapkan. harapan bangsa. bersama-sama mendukung wawasan negara..ahhaa..mengarut sbb lapooo.
hehe tak dapat lah keje ngan tok haji hussin
kui3
TTT--jd bini dia xmo?
huhuhu.. saye layak!!! sekarang jgk nak apply!!! ~peace~
ain--dialukn..hii
tq semua.
hahahahahaha
pompuan siap bershawl
tau ker org kampung tue nanti shawl tu aper
kihkihkih
hehe--kui2..bleh buke niaga ne.
nak apply..
kena interview kat mne??
p3--kt perusahaan tu laa.kui2
hiro ape khabar kamala kui3~
auntie ttt---ngeh2..gua dah tak mitak maruku cam dlu dah sejak kenal ngn auntie ttt..kui2
qualification die taley blah. HAHAHA.
fza ke ithu ke zazha ke..arghh..naik gler gua pikir nk tulis nama apa. buat titik jela.
.--aah..betul2..sameon nk jaga kualiti ayam proses kot.
malas gua nak bc lu tulis,,
tulisan lu cakar ayam... sori 2 say
ayam israel ke ayam katik????
macam2 la citer hiro..adeh.........
nak,pi interview cenggitu pon nk formal bagai..hakhak...
terbaikk!!!
abg nk panggil apa kat enko ne hah, gentleman x gne abg2 ne...kui3
gua gne me jela.tulisan gua ckar ayam sebab duk asyik tukar tulis kanan n kiri. hehe
erie--ayam golek...jom makan..haha
jaa naa raa--biasa la..mutu ayam proses perlu dijaga. Shawl tu penting. Memajukan industri Shawl ke negeri Afrika.
mmg ensem la pgil abg,, i rasa mude giler haha
tape... nex tyme cuba perbaiki lg k
me--kene baiki mutu pembelog abg?hii.
kimsalam kat pak haji..
nnt da kaya raya wa nk booking anak die ye..:)
keymah--beres2..kui3.
Catat Ulasan