Kes SuperHiro 1 (Catatan Siti Nur Baizura)





Dari: Siti Nur Baizura.

Hari Sabtu. Mood--Suam-suam Langit, Cuaca-Malam daaa.. Waktu--Kat Londan ke kat Malaysia? Kalu kat Malaysia pukul 2 pagi. London saya tak tahu.

Malam itu sejuk semacam, saya rasa mahu buat unggun api dalam bilik ni. Baju kawan saya yang dah seminggu tak basuh boleh dijadikan bahan bakar. Saya senyum sorang. Terdetik juga dihati mahu kacau kawan saya yang dah lama tidur. Pakaikan lipstik kt dahi dia seronok juge. Buat bentuk love ke, pentagon ke. Desus saya dalam hati.

Rasa sejuk makin ketara. Mahu juge beli termometer esok untuk tahu suhu sebenarnya. Dah puas selimut guna kain selimut, saya cuba selimutkan badan dengan baju sejuk yang boipren kawan saya bagi pula. Ternyata kehangatan baju dia tak mampu menghilangkan sejuk saya. Kenapa sangat sejuk malam ne.

Kipas dah lama tak berkejar sesama sendiri. Rasa mahu pergi tandas pula. Tiba-tiba saya ternampak satu lembaga yang tak seberapa nak nampak muka dia. Berhampiran dengan tandas. Saya masuk bilik balik. Kunci siap-siap. Takut teramat. Riak muka dia macam mahu pekene roti canai saja. Saya diam. Apakah lembaga itu? Kenapa saya nampak? Biasa ada ke? Tolong....

Itu lah surat Siti Nur Baizura. Gua terjumpa dalam beg gua.. Hampeh. Ingat surat cinta tadi. Kenapa dia bersusah tulis surat, tak mahu taip. Tapi kenapa dia bagi kepada gua? Pening juga memikirkan. Gua kena adakan meting secepat mungkin. Mungkin ada rambut di sebalik tepung. Tunggu Siti Nur Baizuraaaa...gua akan selesaikan masalah kamu.

Bersambung...

16 ulasan:

Keyyah berkata...

klasiknya siti norbaizura...siap tulis surat lg..kan sng send email...FB ke..xyah la Hiro nk kena taip n ada next episod lak 2..adesss

Amir Syahir berkata...

aah..wane pink la tue..igt ajak dating kt pantai..ehee..ada2..tngguuuuu..heehe.

|| NaFiRaa || berkata...

salah hantar surat kot~ muahahahaha

Amir Syahir berkata...

salah masuk isi kn...hii

nich berkata...

siti nurbaizura tu mcm nama member wa kat tmpt wa blaja je.. huhuhu

Amir Syahir berkata...

hehe..mesti cantik kaaannnnn..nk nomborrrrr. haha

Athirah Ibrahim berkata...

siti nurbaizura notty siap ada baju sejuk boyfren kwan bagi. pffttssh. :P

Amir Syahir berkata...

hehe..cantik kn..tp gua nk try ejas.

Berd berkata...

si baizuraa tu cun tak. kalau cun memang tak berapa elok la nak bagi surat cinta kat kau.

wakaka!

Amir Syahir berkata...

celake...rndu lempang saiz M gua eh..

Tanpa Nama berkata...

haihh seram lak anen..heee mintak2 laa lembaga tu lembaga air perak ke syabas ke.hehehe

Berd berkata...

kau punya sambungan ni bila nak post

aku dah tak sabar nak tahu cerita baizuraa ni.

wakaka!!

Tanpa Nama berkata...

hyep! thats my real name..hiks

Amir Syahir berkata...

berd---hehe..nk kutuk la tue..


siti---ye? nak panggil ape?

~LaDaYaNa~ berkata...

best2 entry kamoo ye~~

Amir Syahir berkata...

HEE..yana jugeee...