Slot Cengkerama Siri 5: Rock n Roll Anak Seni Jalanan (Akhir)


Maaf lewat update. Dengan gua jangan la berkira sangat. Cayang korunk!! Hik Hik. Sila muntah.
Edisi Ahad.


Kalau mahu lebih faham dan kesan terbaik. Lebih molek baca yang ni dulu.




___________________________________________________________


Pakar motivasi ni memang pakar orang nya. Di katakan beliau ini adalah guru kepada Dr. Fadzilah Kamsah. Cuma dia ini 'low profile' sikit. Malas nak masuk TV.

Setelah jalani beberapa petemuan dengan Ismail Harun. Beliau dapat temui beberapa cara paling berkesan.

Beberapa saranan pakar motivasi ini ialah, Ismail Harun terpaksa menukar nama kepada Wardikar Superjo Suparman.

Beliau berpendapat, roh Kurt Cobain amat takut pada Wardikar Superjo Suparman kerana semasa mengadakan konsert di Indonesia, Wardikar ini telah memarahi Kurt kerana Kurt memijak katak yang ada saka. Lantas saka terbaiknya mati. Mati katak.

Saka itu minat Kurt Cobain. Merayu-rayu mahu menonton konsert Kurt. Nak tak nak, Wardikar ini terpaksa bomohkan saka menjadi kata lalu dihantar di atas pentas di mana Kurt sedang adakan konsert.

Secara tak sengaja, Kurt terpijak katak itu.

Lantas selepas kena marah dengan Wardikar Superjo, Kurt demam seminggu.

Maka, hebohlah satu Malaya mengatakan Ismail Harun ini sebenarnya pendatang asing tanpa izin. Buruh binaan la. Ariel Peterpan la, Anak presiden Indonesia la.

Yang paling gampang tajuk sensasi ialah. Fasha Berbikini, Wadikar Superjo Berspender'

Macam biasa, Metvo Harian masih membekalkan berita lucahnya bertajuk; "Wadikar Lemas Dalam Dakapan Luna Maya"

Selepas menggunakan nama itu selama setahun. Wadikar Superjo masih merasakan ada yang tak kena. Masih terngiang-ngiang suara Kurt itu.

Langkah pertama tak menjadi. Maka pakar motivasi menggunakan segala ilmu dan pengalamannya. Segala tenaga otak dan sel DHA dikerah. Di gabungkan segala virus bijak dan virus pintar.

"Saya syak roh Kurt ni gay. Apa kata awak bedah jantina. Jadi ponnndaa..."

Belum sempat pakar motivasi habiskan kata-katanya, beliau dilempang. Ismail Harun guna kaki. Itu teknik terbaru dipelajari Ismail Harun selepas bosan bermain gitar menggunakan tangan. Adakalanya dia bermain gitar guna kaki. Itu sebab kawalan kakinya sangat padu.

Tersungkur pakar motivasi itu. Tag nama tertulis "Dr. Suffian" terpelanting masuk dalam akuarium ikan emas.

"Nah. RM30. Kita dah habis. Selamat tinggal" kata Ismail selepas membaling duit berwarna merah tiga helai.

Doktor Suffian ni pakar motivasi. Tapi murah. Itu sebab segala nasihatnya macam gampang.

Fikir-fikir punya fikir. Suara itu hanya mahukan sesuatu yang bernilai daripada Ismail.


"Kah kah kah..Gua kemari bukan nak berkawan atau bersilat dengan lu..Gua cuma mahu menyampaikan pesan..Lu akan berjaya Ismail..Akan berjaya..Jadi artis terkenal..Banyak wang..Lu boleh main judi, tengok wayang..Boleh tengok joget..Ramai gadis akan tergila-gilakan lu..Tapi..Lu perlu melalui satu perjalanan yang perit dan payah..Lu juga perlu korbankan sesuatu yang paling lu sayang", kata lembaga tersebut


Masih lumat di ingatan Ismail.

***

Ismail Harun Di Jumpai Mati Bunuh Diri -Berita Harimu.

Ismail Harun Terjun Bangunan 32.1 Tingkat -Utus Utus.

Penerjun Tak Bertauliah- Malaysia Hari Ini.

Artis Popular Ceburi Bidang Terjun- Bi*Pop

Artis Popular Cemburui Daniel Bego- Berita Sarawak Kini.

Bangunan 32.1 Mungkin Akan Berhantu Di sebabkan Wardikar Bunuh Diri- Kosmoz

The King of Voice Suicide- New Left Times.

Tak dapat kawen dengan Risa Rusihani. Ismail bunuh diri- Manggis

Merogol Ifa Fauziah Lalu Bunuh Diri- Metvo Harian.


Ismail Harun bunuh diri. Kerana tak sanggup hadapi tekanan. Suara lembaga itu makin kuat mengacaunya. Dia di jumpai mati. Mati akibat terjun bangunan 32.1 tingkat. Bangunan terbengkalai.

"Haiyaa..ini orang ma..nak mati punya. Mati tempat lain ya...ini kasino bikin maaaa..." pemilik bangunan membuat ulasan tentang kematian Ismail Harun.


"Jiwanya kosong. Tiada pengisian Islamik. Tak pernah solat. Jauh lagi nak solat Jumaat. Fikirannya mungkin bercelaru. Terlalu fikir bukan-bukan. Tidak mendekati para ulama dan ustaz. Tak ada buku "Jangan Bersedih" dan juga tak menonton filem 2 Alam"


Begitulah kesimpulan dapat dibuat oleh Dr. Suffian Haikal. Pakar motivasi. Dan juga pewaris harta Ismail Harun secara tak sengaja.



SukaNeka: Kalau ada slot yang terlepas, boleh baca sini : Slot Cengkerama




23 ulasan:

AAINA berkata...

hurmm hurrmmmmm hurrrmmmmmm
hurmmmmmmmmmmmmm

hiro berkata...

napa aina? tak best?

AAINA berkata...

ada pengajaran, tapi.. errrr.
saye suka yang kasus pembunuhan itu lagi. :)

hiro berkata...

kos bikin cerita ni kurang sket..itu sebab tak sedap..tunggu minggu depan.

anies anessa berkata...

haha...agak bole tahan walaupon ending mcm kureng sikit...stuju dgn aaina,suka kasus pembunuhan lg...

Brader Chacha berkata...

erm

hiro berkata...

k

greenshark berkata...

Risa Rusihani. HAHA.lawak doe!

~qiFFara~ berkata...

alamak hero cite mane bleh mati!!!


alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

AAINA berkata...

hiro rilek laaa. minggu depan kasi gempak yeah! go hiro go! :D

Brader Chacha berkata...

sila hantar surat tunjuk sebab kerana lewat kepada lembaga disiplin dgn kadar segera

hiro berkata...

aina--wokeh!!! tervaek vntuk vemua.


brader chacha--cukuplah gua katakan,

"gua berduka akan kekalahan Menyu"

A.s.t.i.n.a berkata...

aduh Hiro.. gue ingat mu bikin skrip tapi malangnya gue masih di takuk bawah.. agak susah jalan cerita ini..

JIJI YU berkata...

muehehe..aku tk tau nak kate ape sbb aku bace mase aku letih..

pdotellwhy berkata...

errkk..tu je mampu gua cakap..

Patu berkata...

aku dah buat keputusan, ket koben idol aku pasni wahaha. time kasih

Pa'tam berkata...

dokter suffian ftw!!

echah mashuri berkata...

keh.keh.keh.cengkerama minggu dpn cite ape lak?

Amiey White berkata...

hiro , adakah amiey makin blur sebab baca 2 kali cerita ni @ sekarang da pg hihihihi

Biela Sapine berkata...

haaaaa !

Alyn Jae berkata...

emmmm.........

Dark Half berkata...

pakar motivasi dikatakan sorang wanita berumur 40-an dlm episod ke-2 tapi tetiba jadi dokter suffian? dia 2 alam ke apa? lol. ko memang pandai buat lawak homo

hiro berkata...

keh2..salah pandang..hhee