Kerana Dia #2

Sambungan Kerana Dia #1



Aryan tolong bukakan pintu untuk gadis 'free hair' tu.


"Terima kasih," sopan gadis itu. Pandai senyum melirik manja juga.

Terus Aryan duduk belakang gadis itu. Entah mengapa Aryan datang kelas tuisyen awal hari ini. Mungkin sebab minat subjek Matematik atau ada rancangannya tersendiri. Kalau siapa kenal Aryan, mungkin terkejut dengan dirinya hari ini.

Bangun pagi, terus menyanyi lagu berunsur cinta dan rindu. Makan mee goreng sampai dua pinggan. Biasanya, waktu makan pagi dipenuhi dengan main 'game' bola. Hatinya mungkin berbunga.

Pagi ini, kelas Matematik. Aryan sangat menyukai subjek Matematik. Kacang katanya. Dari tadi Aryan tersenyum sorang-sorang. Suka sangat melihat gadis free hair itu main-main kalkulator sambil garu-garu kepala. Mahu juga Aryan nak bagi tunjuk ajar.

"Ye Aryan? Kenapa duk sengih-sengih dari tadi? Ada masalah?," Cikgu Rosma menegur Aryan.

Gulpp. Aryan telan air liur. Gula-gula perisa stawberi masih terasa. Cikgu Matematik dia perasan. Kantoi.

"Erkk... tak ada apa cikgu," balas Aryan. Malu betul dia.

Sejam selepas itu, cikgu bertukar. Kelas Matematik Tambahan pula. Kepada yang tak minat subjek Matematik. Memang pening. Dua jam sekali gus.

"Ok. Cikgu mahu buat ulangkaji tentang sub topik perbezaan. Masih ingat semua? Tanya Cikgu Haliza.

Ada yang kata tak ingat. Ada kata tak pernah belajar. Ada yang memandang sesama sendiri sambil mengumpat pakaian Cikgu Heliza. Seksi sangat.

"Dah-dah. Cikgu buat soalan dekat depan. Kamu jawab bawah soalan ya. Okay, Mula dari yang tudung hitam tu. Lepas jawab, bagi je dekat sesiapa maker tu," jelas Cikgu Heliza.

Aryan senyum puas. Ligat otaknya mencari peluang.

"Weii... kalau ko kena jawab, bagi aku," bisik Aryan pada kawan sebelah kanan dan kirinya.

Aryan buat begitu sebab mahu tahu nama gadis 'free hair' itu. Lepas dia kena buat depan, dia mahu bagi maker itu dekat gadis itu. Nanti Cikgu Heliza sebut nama gadis itu.

"Oh yeahhhhh...," Aryan kena buat dekat depan.

"Ok. Aryan. Sila buat soalan nombor enam," kata Cikgu Heliza.

Aryan jawab dengan selamba. Senang sangat. Terus dia bagi maker kepada gadis 'free hair' di depannya.

"Ok. Iz, buat nombor tujuh," Cikgu Heliza menyuruh gadis itu.

"Hah? Iz je. Cessss... kenapa cikgu panggil Iz je. Panggil la penuh. Boleh la aku 'search' dekat fesbuk ka," getus Aryan dalam hati.



Bersambung...

27 ulasan:

adrinaqamarina berkata...

hari ne hari sabtu ke? jup nak cek kalendar. haha

Corazon berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Corazon berkata...

bro.. org mkn mee goreng due kali tambah = due pinggan = badan naik due PINGGANG kah?? adoiiyaii!!

redballerina berkata...

bila nak habis ni

Vanilla Popsicle berkata...

cikgu heliza? haha. dan dan heliza..

echah mashuri berkata...

ahaha..smp lg nk search dlm fb..kui3

Cik Akma berkata...

name dye izyan. hahaha :P
pegi cari kat fb~

hellioz berkata...

lu sajek nak tiru alephent buat post sambung2 an?

hamsap.

gyahahahahah~

MOFASAD berkata...

Catatan ini telah dibuang oleh pengarang.

Ann berkata...

ala pe susah2...pi je tnye..baru lah gentleman..kan kan kan hehe

ana berkata...

bila part 3? tak sabar nih...

GaDis CoMeL berkata...

ni konpem drama yusop haslam nih

eiffel berkata...

hoho...suda tau nama...

chaiyok2

Cidak berkata...

dia cun tak?

@ien_R@z berkata...

uit!! belajar ke ngorat nie?? hahaha

sofia berkata...

Gila stalker sampai nak cari dekat facebook.

¶A.K.I¶ berkata...

sejak ak buat huraian lagu lady gagap berpart2~ ramai btl yg bercerita nak men part2 gak!
wes cpt smbung!

ijat berkata...

cpt la next entry..
tah2 'awek' 2 bapuk..
izlan ke, izat ke..hahahaha

K2r~90 berkata...

ooo minat y free hair type upenye dak aryan tu..

Alangkah indahnye jika gadis pilihan aryan i2 yang solehah kan hehe

Miss ... berkata...

kalo aku jd iz tu mmg aku rejek mamat aryan tu hehe sbb ngok math kah4

elmo blurb berkata...

free hair je... huh

J. Love berkata...

cakap dengan aryan jangan dok fesbuk sangat. tak baik untuk kanak-kanak bawah umur macam dia yang tak lepas SPM lagi

amira berkata...

iz mahu seratus ribu kalau cari dalam fb.. kuang2

ApekxHensem™ berkata...

izz....kuikuikui

Hamzah Ian berkata...

wa~~

fiezah91 berkata...

sambung lagi..aisyooo..suka potong aku nak membaca

fiezah91 berkata...

sambung lagi..aisyooo..suka potong aku nak membaca