Ica berlari-lari dari ruang tamu ke dapur lalu di bukanya pintu sejuk laju-laju. Di capainya coklat yang cantik tersusun di ruangan atas.
Gua yang sedap pekena kopi lalu menegur Ica.
"Ica, dah berapa banyak makan coklat?"
"Enam dah!" jawab Ica lincah.
"Ica, tadi dah makan banyak coklat tu. Nanti makan banyak-banyak rosak pula gigi"
"Tengok gigi sikit..." bicara gua.
Ica nganga.
"Haaa... putih lagi gigi tu... tak sayang ke kalau rosak?"
"Ica nak makan tiga je" jawab Ica.
"Haa.. kejap" lantas gua berlari ke bilik.
Gua pergi ambil baju putih doktor yang bini gua punya lalu berlagak jadi doktor gigi.
"Ica tahu gigi kita ada rongga-rongga di antara gigi ni?"
Lalu gua capai dua biji epal di atas meja makan.
"Rongga ini sama juga macam ruang kosong antara buah epal ini. Kalau banyak makan coklat, jadi gigi mudah rosak kerana coklat terlekat di celah gigi"
"Tapi Ica gosok gigi Bah" jawab Ica.
"Gosok gigi juga tak memadai, kita mesti kena jaga pemakanan kita. Ica tak pernah jumpa doktor gigi kan? Dia punya alat, memang menakutkan tahu? Sakit kalau kena cabut sebab gigi kita rosak"
"Cuba Ica bayangkan. Gigi rosak. Dah tak boleh makan kentaki. Haa.." sambung gua lagi.
"Tapi Ica nak makan satu ja. Nah Abah simpan dua lagi" jawab Ica.
Lalu Ica berlari ke ruang tamu balik.
*Arghhhhhhhhhhhhh.
Ica tak faham gua tak bagi makan dah coklat walaupun satu pun!
38 ulasan:
like father like daughter. tak faham tak faham tak faham. sabor jela~ kahak kahak kahak~ :D
oke.penipuan xberjaya!lol~
ica tak bole geng dgn itteewww...
itteeeww tak suka coklat...
biasalah, budak-budak
sabo jeleeee :)
hahaha...ank n bapak 2,2 pandai auta..hehehe...ica come to untie.....kite g kilang coklat meh...hahaha
ekek..pehal ica jadi cenggitu ek
huhuhuhu... ica anak zaman skang okey... cakap direct. Lu cakap simpang2... otak dorangkan suci... weeeeeeeeeeee... cayalah ica... up sikit... janji dapat makankan...?
erkkk der... nak tanya nie... ica dah makan 6kan coklat tu...? rasanya dia gosok gigi 6 kali ke? heeeeeeeee. sapa ajar?
HAHAHAHA..
degilnya,
ikot sapa lah agaknya ya?
pandai plak nasihat anak eh..hahaa
apa nak buat ,
coklat sedapp .
saya pun kecundang .
heh.
ahh. budak2 tak makan saman weh :p
baru gua tahu arini bahawa ceklat tu lg best dari kentaki buat ica
guano demo ajar anok ni abe wehh ? haaha
saya suka Ica !!!
eyh.sentap.
baru je kehilangan dua gigi geraham. sob sob sob
Ica anak pintar.
xD
HAHAHA ok la tu. dari tiga, jadi satu.
=)
nak jadi anak hiro nak makan cekelat enam
kah kah kah...susah cuba cra baik ni....susuk je coklat tu. xyoh beli lain kali.
amir shahir :)
budak budak zaman sekarang kena cakap terus terang. tak payah nak guna epal bagai. nak lagi best, google gamba gigi rongak tunjuk kat dia.
ikot pangai abah yedok?
budak budak kan ;p hahahaa . hiro pun dulu cmtuh kan . eleleeleh ~
ica tak pandai protes lagi..bagos2
dari 3 jadi 1. kalau aku, baham kesemua skali coklat temasuk epal2 yg kau jadikan contoh
ica tuh mmg cap engko la hiro...
hahaha...
same je pangai...
ingin berkenalan ngan ica..haha
pesen degil hahaha
xbg mkn cOklat~ knp letak coklat dlm peti ais.. :p
penerangan tak berkesan..ica tetap tak faham,hehe..
anak sapooo la 2..haha
biar lah dia mkn satu pun...nnt gosok gigi ye ica.hihi
oke gak ica ni..dia bg kat abah dia 2, dia mkn 1..nt sm2 sakit gigi..
bagi 'akak' la ica coklat kamu tuh..haha..nti anak hiro pnggil saya kakak ye..
Kata pun budak budak
abes la..ica mesti tiru perangai lu mase kecik2..keh2..
nak wat cm ne. ica lagi suka cokelat dr kentaki. hekhekhek
degil gilerr ank ko..bg pelempang se das 2 ley?? hahahahhah
Catat Ulasan