Layan filem berlevel tinggi ni memang gua gemar.
Gua ni bukan pandai sangat nak kabor kat lu orang, setakat nak duk asrama penuh ni gua tak minat sangat. Tapi ketika gua tingkatan tiga dapat pula asrama. Asrama biasa-biasa saja.
Rumet gua ada tingkatan lima dan tingkatan enam. Nak jadikan cerita, rumet gua yang tingkatan enam ni di lantik jadi penghulu asrama. Dan rumet gua yang tingkatan lima ni pengawas perpustakaan. Sorang lagi rumet balik kampung.
Maka pada satu malam yang permai, rumet gua yang penghulu ni ada satu idea. Mahu menonton filem Scary Movie 2. Entah dari mana dia cilok DVD tu. Kaki DVD katakan. Ada saja stok barang baik dia.
Masalah sekarang; tak ada medium untuk menonton. Ada DVD je tak guna ye dak? Mana boleh pakai tilam penuh tompok-tompok putih nak 'play' DVD tu. Kan? Kan?
Selepas bincang-bincang, maka satu solusi di capai. Pergi curi komputer dekat pustaka sekolah. Lebih ikhlas dan bersahsiah, adalah lebih elok jika gua kabor kami nak pinjam kejap. Anak kunci pustaka ada dengan rumet gua tingkatan lima tu.
"Woi Erfan. Erfan woiiii. Cepat la gila. Woiii!!!" gua panggil macam nak ajak berkelahi.
Yang pengawas pustaka itu nama Erfan. Dia berada dalam pustaka dengan Joe. Si penghulu asrama.
Dekat 10 minit juga gua di luar pustaka. Angin malam tu amatlah kuat. Dia punya kuat memang kuat betul. Boleh sangat kalau setakat nak hantar masuk tanding angkat berat peringkat Angin-Angin Olimpik.
Gua risau satu ja, risau hantu yang menginap dalam perpustakaan tengah peluk-peluk dia. Gua dekat luar ni cemas gila.
Macam mana jika pak guard datang nanti? Mana boleh gua tinggalkan rumet gua dalam tu. Itu perangai budak asrama Kampung Nian Sebatang.
Seperti di rancang, gua jadi 'kaver' line. Jaga kot pak guard buat rondaan.
"Weih babi. Kau duk memekak ni, aku tak boleh fokus taw tak? Aku nak mencuri atau lebih tepat lagi meminjam PC sekolah ni ada spirit" laung Erfan dari dalam pustaka.
"Nah. Kau bawak keybord. Mouse sekali" Joe lambung benda tu pada gua. Nasib baik gua juara sambut buah manggis pada masa dahulu.
Selepas selamat sampai dekat bilik, maka segala lampu bilik di tutup. Langsir di tarik kasi rapat.
Sampai bilik dalam pukul 1 pagi lebih-lebih.
"Jom pasang PC!!" bilang Erfan.
***
Bunyi orang ketuk monitor komputer berlarutan sampai pukul tiga pagi. Macam celake. Komputer kami pinjam tu rosak pulak.
"Kenapa kau tak cek dulu?" tanya Joe.
"Mana aku tahu PC ni rosak. Arghhh" Erfan balas sambil hentak-hentak papan kekunci.
Hajat di hati mahu layan Scary Movie 2 memang terbantut. Nak pergi hantar balik PC ni rasa macam malas dah. Tahap keyakinan mahupun motivasi sudah merudum orang kabor. Celake gile!!!
Tak pasal-pasal kena tidur lewat malam tu.
Pengajaran: Jangan cari penyakit la. Cari awek tak pe. Kui Kui Kui.
32 ulasan:
owhh...hehehe...:p~
itu pengalaman yang scary
haha.... songal beb...
berigak...sekolah mane eh dulu ni, nok g ngadu ko PK hem!
shuuuu..ini top secret ni orang kabor.
barang curi memang tak berkat. kehkehkeh
wahh..sonok betul hiro main alih2 pc. tu la. pinjam tak tulis name kat pustaka tu. kan kat pustaka kena tulis nama kalau nak pinjam pape. baru la tak rosak benda tu. hee
arghhh..ingat ingat balik memang nak tendang je pintu pustaka tu!!
hahah..padan ah tu xleh tengok..org kabor balasan..ye dok...kuang3
haha.. citer ada unsur2 tettt sikit an?XD
muahaha..aku jgk yang salu je pecah masok bilik tayangan..leh tgk screen lcd
Penghulu dah camtu, anak buah apatah lagi. Nasib baik sekolah zaman dulu tak guna cctv eh. haha
cam bongek jep cite uh!!
penghulu sempoi dan steady.
toyol jadian mmg bijak
baka alam sedar .. kah3x
Hahaha nakalnya!
hahahha... barang tak berkat kalo curik... tapi sempi la.. mencuri pc yang besar tuh... bole bayang cam mn...
minitor stye yg besar tuh kan? hahahaha
itu org panggil ,
karma .
hihi
kami P.I.N.J.A.M..
cuba baca tu!!!
haha.. camne bagi balik komputer tu? ^_^ kelakar je.. tapi best time sekolah.. macam macam kawan ada..
PINJAM tak bagitaw tu yg rosak tu.
x berkat. hahaha.
cuba sebut betul-betul perpustakaan!
hiro.. sanggup tu...
Ini betul betul scaryyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy hahahahaha
Eh bro , kamu orang tumpat ke ? Ngehngehngeh
haa..iye kot. Tumpat, Manchester.
part paling scary tang komputer takleh on..kah3
celake itu tersangat indahhh
000000....hiro jaat...
ahahahaha..scary sungguh..sape suh pinjam tak mintak izin kat 'penunggu' pustaka tu..tu yg dpt komputer rosak..kui3..
tu lahhh, niat jahat kan dah kena byr cash. kahkahkah. skang da puas da tgk scary movie 2?
bbaso bengong.....
hahaa , buta penat jaaaaaaaaaa ! putus smgt trus jdiknya !
hahaha!
tulah, mencuri lagi
kan tak berkattttt ;p
Catat Ulasan