Malam sudah lama menerjah. Sinar mentari kian tak kelihatan. Rumah usang yang di diami Tok Chacha dengan Amirul Amir hanya bercahayakan lilin dan lampu minyak tanah.
Daripada lilin itu, Tok Chacha dapat meneka sekarang sudah pukul 9.47 malam.
Tok Chacha: Tok baru nak tido nih... kalau Tok bangun lambat karang, kamu tolong bagi makan Tok punya polong 2 ekor tu yer... makanan deme Tok dah siapkan. Kepala beruk dengan darah belut... ada dalam kereta sorong kat belakang nun.
"Untuk hantu kopek Tok?" tanya Amirul.
"Hantu kopek tu, kamu bagi daging badak air campur minyak sensaoil dengan darah lintah, kadang kala kena taruk sos sikit. Kalau muka dia toye semacam tu, kamu taruk cuka. Semua ada dalam peti tu"
"Makanan tuk toyol Tok?" tanya Amirul lagi.
"Petang tadi Tok ada pergi pasar malam. Tok ada beli patung barbie. Ralit tengok dia duk main. Tak bagi takpe. Kalau dia merengek lapar, bagi friskies yang si Tommy punya tu"
"Jembalang Siam Tok?"
"Puasa" jawab Tok Chacha ringkas.
"Siap tok!!"
"Tok aku ni, suka sangat bela benda pelik ni. Urban katanya. Senang nak itu la, nak ini lah. Aishhh, dah la makan susah nak cari. Ada ke jembalang siam ni nak dating dengan Rapunzel?" getus Amirul dalam hati.
"Bapak mengarut! Keh Keh Keh," gelak Amirul Amir sendiri lalu sambung kerja sekolah yang di beri oleh Cikgu Nadia.
_______________________________
Aishhh, banyak pantang-larang nak jaga deme tu. Bahaya kan? kan? kan?
Lu orang berani nak main dengan dorang ni? Dah la susah nak cari makanan dia, nak jaga hati mereka pula. Baik berdoa pada Illahi je kan? kan? kan?
Baik kita berusaha dengan daya upaya sendiri kan? kan? kan?
Tak yah la main bela-bela ni kan? kan? kan?
31 ulasan:
er... daging badak air macam mane ek ?
eh, first aa =p kah kah kah.
selera hantu-hantu ni tinggi jugak eh . payah benar ~ baik berdoa pada Allah .
setakat ni toyol je aku bela. keh3x
hoh, bela toyol. hebat. hahaha
wat gapo la hantu kopek tu tok...haha..
betul!berdoalah jelah...
dasar hantu...wat susah mase nak mati je
bela je sume,hohoho
arghhh memalam entry cengini... arghhhhh amik wuduk dulu....
baik simpan duit daripada beli patung barbie kasi toyol main kan?kan?kan?
ye ye ye
setuju sgt..kan..kan..kan..nice entry en hiro
nak bela Hiro pun boleh tahan payah. ye dak?
true ! sokong 500 peratus ..
ak suke bela "toyol" tym nak jawab test jer!!
tu xpe kot..x makanan die pon senang nk dapat...bg je sume lecture note..
kenyang la toyol ak...
=P
nadia--aok sanggup ke nak bela gua?
RM2340.34 seminggu taw...tunai!!
aku nak hantu kopek... saiz f ke atas
hebat jugak ilmu tok chacha ni. hantu kopek pun dia dapat bela.
zaman moden ni tok, takyah la nak bela-bela bnda gtu..ish ish ish
gua ada bela gak
betul betul betul. :)
ayat faiz x boleh blah ~
nmpk unsur peminat maria apa ntah tu =="
beLa hamster Lagi bahagia
ada lagi ke orang bela menatang2 tu semua?
hahahaha.... hantu ko bg makan friskies ja... hahahaha!
betuah sungguh!~
aku bela hantu hiro...
rare tak? =p
cik sha--ade je.
amboi..hantu pon makan mewah tuh
khurafat.. jgn terpengaruh suh mak ayah beli toyol jadi geng main dengan patung
ta boleh blah betol toyolmain barbie. hiro mengom~ hahaha
mengada gila toyol nak barbie...toyol gugurl..hehe
Catat Ulasan