Terfikir


Hari tu gua pergi berkayak. Kena libas dek ombak. Kayak terbalik. Tenggelam. Kayak naik atas kepala. Gua rasa macam dah mati. Berapa ratus isi padu air laut di telan oleh gua. Syukur selamat. Bila dah balik kolej, dan gua terfikir;

Gua risau kalau ada pembaca Akal Tunjang tertipu dengan Ceritera Ica tu.

Risau tak sempat beritahu hal sebenar. Kot dah meninggal. Tapi gua bilang awal-awal. Gua tak suka taruk hal peribadi dekat sini. (.) eh silap. 90 peratus tipu je entri ni.

Jelas di situ?

Sebenarnya cerita Ica tu rekaan je. Cerita masa depan orang kabor. Nanti Ica dah wujud dengan kehendak-Nya dan persetujuan isteri halal gua. Gua tunjuk gambar la ye.

Dan lagi satu, gua juga terfikir...

Mengapa harus ada blog jika kehadiran blog kita bakal;

Mengundang dengki orang.
Mengundang amarah orang.
Mengundang riak sendiri.
Mengundang tak kepuasan hati orang.
Mengundang dosa orang.

Lu orang tak fikir hal sama?

Akhir sekali...

Kita kena letak bloglist, komen entri orang dulu baru orang tu komen kita balik?

Hah. Itu bukan nama kawan. Itu ialah PENGIKUT atau FOLLOWER.

Tolong, gua tak suka lu orang jadi pengikut. Umpama lembu ditarik hidungnya. Gua mahu sesiapa boleh jadi kawan. Errr. Kawan? Layak ke gua jadi kawan lu orang sebenarnya kan? Okay. Maaf di situ. Gua bukan sesiapa pun. Tak leh bangga pun kalau mengaku Hiro ni kawan lu orang.

Itu sebab gua tak letak Facebook dekat blog. Gua bukan la terer sangat. Kehidupan tak seberapa nak mewah. Bintang pun tak terang. Nak bangga ada pengikut ramai dekat FB bagai. Tapi gua rasa blog ni medium yang bodoh.

Sebab?
Kita jadi Hamba Blog.

Mengapa?
Jika isu panas contohnya hal Pornolitik,
Bersepah orang buat pasal hal itu walau selama ini mereka kaki jiwang.

Jika isu hangat contohnya hal Pasha Sendra nak kawen.
Berjuta orang buat pasal hal itu walau selama ini mereka kaki taruk gambar sendiri.

Jika isu sensasi contohnya hal budak bunuh diri,
Berkeliaran orang buat pasal hal itu walau selama ini mereka kaki puisi.


Kalau gua rasa lama tak baca blog sering bermain di fikiran, gua lawat la. Kepada yang lama gua tak lawat tu, gua memang sengaja tak lawat. Sebab kalian kaki trafik, pengejar pengikut, jual coli ataupun promosi entri segmen.

Sebab blog kita boleh;
Bergaduh.
Dengki.
Nak tunjuk sapa ada pengikut banyak.
Buang masa.

Lagi satu, sudah-sudah la jadi ahli segmen berjaya. Macam lu orang ni tak ada identiti sendiri, perlukan bantuan untuk up entri. Buat je entri mengarut ikut akal sendiri. Ayuh, majulah ke hadapan. Serius rasa bodoh dan hina duk memuji orang yang tak layak. Wadepak!


Ok. Ini entri sampah. Tulus ikhlas dari hati.

Hue Hue Hue!


35 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

i loikke point yg pasal update entry ikut current issues sekarang. Kalo hot pasal miera liyana semua nak ckp pasal miera liyana. haih. bg blog artis sudah leerr.

emirhasnan berkata...

awak lama tak tanya khabar saya.

sentap la ceni!

muahaha

emirhasnan berkata...

nih update blog ikut waktu mesir ke bang?

kah kah

AAINA berkata...

Macam lu orang ni tak ada identiti sendiri, perlukan bantuan untuk up entri. Buat je entri mengarut ikut akal sendiri

wiu~ sangat suka statement ini :)

Unknown berkata...

gua sahabt lu...gua paham perasaan lu..lu gersang ke

Melle Abadi berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Melle Abadi berkata...

ala kalau ica tu wujud apa salahnya, gua takde hal, gua tetap lawat blog ni.

Shahada Fauzi berkata...

aku pun tak wat fanpage belog kat FB..rase macam tak perlu je..sebab aku tulis belog ikut mood aku..pastu aku suka membebel..


kalau ade org baca tu mmg bertuah la badan..kalau takde aku pun tak kesah..huehuehue..


lgpun aku letak yg FB personal aku kat belog pun takde orang berduyun2 pun datang add aku..biasalah hidup tak glemer..;p


tapi betul la..ramai org suka update entri pasal isu panas, sensasi dan hangat tu..sebab bile update menda alah tu otomatik trafik mencanak kan?ahh..lantak lah dorang..janji aku tak buat..bhahaha..


menulis la kerana minat menulis..bukan sebab gile trafik dan follower beribu riban yg kebanyakannya kaki kipas je pastu bagi komen-kat-entri-tak-kena-dgn isi-entri-nampak-sangat-tak-baca-langsung..sekian terima kaseh.

Tanpa Nama berkata...

hiro, lipat lu ad ec bernas..tu y buat pmbce berpk...so xberkarat sgt hotak diorang...

zarifahmr berkata...

akal tunjang kawan seng ragel en? :')

- elina - berkata...

aku layak ke jadi kawan hiro ?

zahidah dihaz berkata...

rasanya blogging dulu dengan sekarang dah tak sama....nikmat berblog itu sudah hilang...huhuhuhu



New Entry: Pemandu Wanita: Berhemah VS Berbahaya

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. berkata...

hiro..btol la tu lu ckp blog mengundang dengki org..
sbb ak pon dengki gak tgk owg berblogging dpt earning riban2..riban2!!!
sape nk bg woi...x yah gune wet pt dah nk belanje sume...


ok..ak sedar ak x femes!hahahaha

Yuyu berkata...

woah..aku dah agak dh ica tu x wujud..haha..sbb ko sbaya aku kot hiro..haha..


pasal segmen tu rase mcm rmai yg hipokrit duk dlm tuh..keja memuji je lebih..padahal kat luar kutuk habisan..sbb memuji?nak ada platform utk naik..sob sob sob..

Patu berkata...

bravo bravo! abang hiro hebat haha

Lydia Miza berkata...

ummi pun x letak facebook kat blog.naper?sbb yg dtg komen adalah sahabat.bukan dr facebook tu pun.ummi nak blk m'sia........jom jmp ummi.

Duniakuabstrak berkata...

rilek jangan marah mereka, yang jual coli pun kau hangin gak..hahaha

Biela Sapine berkata...

Betul ikhlas ni. Haha

- koroe - berkata...

kau ni dah kenapa hiro. nak kena tampo ke ?



kau ape kes tetibe entri macam ni.


nak tulis blog, tulis aje lah.



ape kesah orang lain.




heh



*garang tak komen aku**

hihihik

Tanpa Nama berkata...

hue hue hue.


aku tunggu Ica ada.

Anies Anessa berkata...

mgkin dulu aku mcm tue la kot...skang tatau mcm tue ke tak lg...

athirahzaki berkata...

hahaha
terbaekkk
*kot
heheh

De' Nurul berkata...

aku memang dah lama tau ica tu angan angan masa depan. hahaha ada yang percaya ica tu wujud ke? lagi satu, aku memang tak letak fb kat blog, blog kat fb. rasa tak berkenan pulak bila ramai kawan kawan dekat fb baca blog. kenapa entah. hahahhaha. lagi satu bila family sibuk sibuk belek blog..rimas ok. balik kampung mesti jadi isu. dah rasa.

cikpia berkata...

a'ah la, baru pasan ko lama tak datang blog aku. SENTAP!!!!

ahli segmen berjaya tu apa.......??

qwert. berkata...

waaa . best best ! heee , awak ikhlas ka kawan ngan saya ? HAHAHHA ! ;P


unie pun dah jrg update . chop betoi ka pasal kayak tuh ?

Amir Syahir berkata...

unie--ye ye..hari minggu lepas.

Amir Syahir berkata...

cikpia--tak pernah terlepas sertai segmen.

aljambz berkata...

hai kenal caye lagi takkk awak?

eqacashperlala berkata...

sentap sikit2 aku baca
haha!

Cikgu Jaja™ berkata...

slm n hye hiro~

mcm nie lah. biarkan lah mereka yg mengejar tarfik mencanak2@follower beriban2..

yg penting kita sbg bloger ni tahu ape niat berblog. kalo u berniat utk berkongsi cerita dr akal u yg tunjang, u're very welcome~

sy mmg suka dtg jenguk n3 hiro.. sbb suka, suka dan suka. berblog lillahi Ta'ala..maka hasilnya mesti sesuatu yg baik (i mean ad purpose yg baik)jadi teruskan berblog utk tatapan si di n 'kawan2' u..

pssstt..kalo n3 u boleh mhilangkan stress dan buat org rase happy n best, ape salahnyer. ye dak? :)

ukhwah,
c.faezah hannah

Amir Syahir berkata...

makasih faezah..


makasih yang kawan lain..keh2

NAJ HEBAT berkata...

Amir Syahir Yaakob.

Jujur aku cakap, ni bukan sampah.

Dan, point2 berkenaan betul.

Kau ni mcm dah
hati-suci-sanglelaki-sensitif-sangat.

sekian.

hue hue :)

no more colisss ke?

geeds berkata...

out of the rest, this is the one entry i like most. written from the heart.

Pa'tam berkata...

╭∩╮(︶ε︶メ)╭∩╮...kehkeh

Iena Arshad berkata...

nak wat cm ne. skrg trend orang buat blog sbb nak femes. tu yg masing2 wat cm gitu. ape jad?