Ceritera 8: Ica dan Anak Arnab


Hari ini hari minggu. Adalah molek jika gua rilek-rilek bersama keluarga dengan tidur sampai pukul dua petang. Malam karang baru keluar jalan-jalan.

Malangnya...

Pukul 10 pagi dah ada suara kecil bersorak sakan. Gembira bukan kepalang dia.

"Arnab Ica beranak Tok Ma. Empat ekor"

"Arnab Ica dah beranak nenek. Datang la tengok"

"Arnab Ica dah beranak la Auntie Fiq"

Suara daripada ruang tamu. Tengah bertelefon la tu.

Tapi gua sedikit musykil;

Gua bagi makan.
Gua bersih kandang.
Gua bagi minum.
Gua bagi kangkung.
Gua bagi lobak merah.

Tapi Ica buat apa?


Itu satu hal. Tapi ada ke patut;

"Abah-abah... bangun la. Tengok baby arnab ne. Tak ada bulu lagi" Ica menerjah masuk bilik gua.

"Aishhh. Kesian anak arnab tu. Mana boleh main-main lagi. Pergi simpan balik"

"Kejap la abah. Ica nak gosok-gosok mata dia. Suruh cepat buka"

"Abah kata pergi bagi kat mak dia balik!"

Budak-budak kadang kala kena bertegas juga.

"Yela yela. Ica nak namakan dia ni Na. Sorang lagi Dee. Adik dia Ra. Pastu yang akak dia nama Ica. Jadi Ica Nadeera"

Lalu Ica berlari keluar. Harap dia tak cekik badan anak arnab tu kuat sangat.

Jadah bagi nama arnab sama dengan nama orang?

Terus gua sambung tidur!



37 ulasan:

Ain Abia berkata...

haha comell!! ica bg nama ica nadeera ye.. dulu saya penah bg nama salwa kat ank kucen saya... :) haha..

zarifahmr berkata...

ica ni memang ciri ciri calon menantu pilihan

Askrie Hishamuddin berkata...

haha. papa ni garang lah! hakhak

RIAN berkata...

bukan ke anak arnab baru lahir tak leyh sentuh ? lupa dah sebab apa. hahah.

Puan Kutu berkata...

hahaha lawak2..comey la ica

faradeeba berkata...

lu mne phm jiwa knk knk.
hahaha

A.s.t.i.n.a berkata...

kah kah kah Hiro!!


si ica ni mmg boleh jadi bestfren saya.. sini main dengan 'akak' ica.. heh.. kununn

Anisa Hang Tuah berkata...

macam nak cubit je si ica tu

kata kila berkata...

nyaris tak letak nama akal tunjang

ieka darlink berkata...

alolo comel ica nadeera.
kau buat pembaca kau terbayang macam mane la muka si ica ni. hikhik.

Akulah Aqilah Itu berkata...

nama kucing aku kajol. nama hamster aku Jenab. Nama kucing liar yang selalu datang rumah atok aku ialah Dollah Tongkol. Ada masalah?

Haha. cutenyewww ica.

acikpurple berkata...

dulu igt ica tu betol2 wujud..tp khayalan je kan? keh3

yunovelis zarai. berkata...

ni mesti kes Hiro blogwalking jumpa orang buat entri pasal pet dorang. pastu tak puas hati bila letak nama orang...


amacam? terer tak keh?

ghost writer berkata...

jangan kan nama arnab nama anjing pon bagi nama orang..cis!

Cidak berkata...

hai hiro!

alexa yussida berkata...

heee watak ica sgt cute...terbyg muka mia tuh:p

dak eina berkata...

hik hik kesian ica kena marah sbb kaco abah dia tido :P

Sophie Al-yahya berkata...

Giler comel nak namakan anak arnab macam tu.

tgh bayangkan kalau aku buat jugak makanya nama arnab2 tuh:
So-Phie-Al-Yah-Ya... erkkk.. *pengsan*

Dark Half berkata...

lu buat apa dgn arnab tu sampai terberanak?

Faezah Hannah Al Baj berkata...

hahaha..ade plak ica nadeera..hahaharunsalimbachik~

.cik ieyna. berkata...

haha. zaman sekarang ni nama pets lagi mantap and sedap dari nama org. btw, ica lu memang pandai kasi nama apa. gua kagum, lu ka yang ajar? hekhekhek

Inspirationalefeks berkata...

haha, smart nama nama yang digabungkan... ^^

NuSaNa NoSa 91 berkata...

hahahaha~ excited sgt smpai bg nama arnab2 tu ngan nama sndiri.. adesss.. =.="

Amiey White berkata...

selamat nama melayu , kalau dia bg angelina juling hahaha

Miss Dill berkata...

comel :)


Miss Dill^^

eszol raar berkata...

nasib baik bukan nama hi dan ro

takpun nama kote dan bulu

dah jadi ica kote bulu

kahkahkah

Tuan Din berkata...

huhu!!
hampir2 aku terperangkap...
Imijinasi jer rupanya...
sejukk..(read : cool) lah Hiro.

dyba gula-gula berkata...

hehe...comel yew....

Mohd Nor Quiyyum berkata...

nadeera tu awek yg gua tgh usha weh
tuka2!

Bila Cik Daisy Dee Bersuara berkata...

weh.... name wa "dee" la..awat jadik name arnab nuh?? tekezutttt teman...haha

airazulaikha berkata...

well ica anak abah... haha

airazulaikha berkata...

well ica anak abah... haha

Farhana Sahri berkata...

comel je..tp risua kalau budak kecik pegang binatang..kang pegang telinga nye jela..kaki jela..ekor jela..hukhuk..ngeri tengok

Putri_Aizat berkata...

haha...cute lah ica...n de plak idea dia nak name kan arnab camtuh...ehehehe tersenyum aku baca entry ko..

Linglung berkata...

tinggi akal ica..arnab tu nanti berjiwa manusia bila besar.

Fitrah Adnan berkata...

hahaha...comel je gaya ica tu..

NOOR FATIN berkata...

nadeera? haahah sedap2