Menerima Kisah Lalu



Akmal Haikal: Saya cintakan awak. Saya janji akan bahagiakan awak. Percayalah.

Siti Nur Baizura: Saya tahu... tapi saya ada sesuatu nak beritahu pada awak. Penting ni. Saya dah tak dara. Saya terlanjur. Saya harap awak dapat menerima saya.

Akmal Haikal: Hah? Baizura... sebenarnya saya sudah ada awek. Tak patut saya curang dengan dia. Ok bye.

***

Fakrul Amin Yazid: Walau apa pun berlaku, saya tetap akan cinta awak. Selagi nyawa di kandung badan.

Siti Nur Baizura: Ea? Tapi saya ada rahsia. Selama ini saya pendam. Saya dah tak ada dara lagi, Amin...

Fakrul Amin Yazid: Erkkk. Saya ada seminar kejap lagi. Awak balik dengan teksi ea? Malam nanti saya mesej. Bye.

***

Patam Alif Patam Hakim: Jika awak menerima saya sebagai teman hidup, sayalah orang paling bertuah sekali di dunia ini.

Siti Nur Baizura: Kita sudah sampai tahap serius ni. Baik saya berterus terang. Saya dah tak dara Alif...

Patam Alif Patam Hakim: Huh?? Pakai tudung, sopan santun, percakapan jaga. Memang aku tak sangka! Memang manusia bertopengkan syaitan la kau betina!

***

Nordin Ahmad: Cinta ku umpama ombak memukul pasir pantai. Pukulan mesra
dan bertalu. Siang malam mencintaimu. Sampai kapan pun!

Siti Nur Baizura: Sebenarnya saya tak mahu jujur. Tapi cinta memerlukan kejujuran kan?

Nordin Ahmad: Semestinya!

Siti Nur Baizura: Saya dah tak dara.

Nordin Ahmad: Alamak. Betul ke? Saya rasa kita tak patut teruskan hubungan ini. Awak jaga diri taw Siti.

***

Mohd Farid Sabri: Walau apa pun berlaku. Saya akan tetap setia dengan awak.

Siti Nur Baizura: Sudah la Farid. Saya sudah letih dengan ayat-ayat manis lelaki. Semua lelaki mahukan dara. Tapi saya sudah tiada itu semua! Pergilah awak macam lelaki lain!!!

Mohd Farid Sabri: Entah mengapa awak anggap saya macam lelaki lain. Saya ada cinta yang sempurna.

Siti Nur Baizura: Maksud awak?

Mohd Farid Sabri: Masa lalu awak biarkan berlalu. Sekarang awak ada saya. Ia masa kini. Saya terima awak di kala masa lalu, masa kini dan sepanjang masa.

Siti Nur Baizura: Farid...

Lantas air mata Siti Nur Baizura menitik dengan lajunya.


Yang berlalu biarkan berlalu. Jika kita cintakan dia, kita juga kena cintakan kisah hitam si dia juga.

Amacam? Deep tak? Keh Keh Keh.


SukaNeka: Dialog dan watak hanyalah rekaan semata-mata.



54 ulasan:

piNky LuCiA berkata...

hmm.. betul ke lelaki kebanyaknny macam tu?

Amir Syahir berkata...

yes!

amiramukri berkata...

keh keh keh :P
baik hati betul Farid tuh .

mentega^^terbang berkata...

gadis : saya cintakan awak sepenuh hati.

jejaka : betul? saya nak bagitau sesuatu sebenarnya saya dah tade teruna, tapi tak luak pun kan.

gadis : erk??? sekarang hati saya dah tade kat awak. bye!

*persoalan, lelaki selalu pertikai kevirginan seorang perempuan seperti mereka jugak virgin (teruna) padahal dorang pun dah tade teruna. adilkah?? ce cite..tapi klu dah cinta ikhlas akan terima seadanya. susah nk jumpa tu...

Tanpa Nama berkata...

selalu je nampak situasi camtu.. hahaha..

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. berkata...

1st nk tanye.. wujudke owg mcm Mohd Farid Sabri tu??

2nd..ak setuju ngn komen kt atas nih..klo pompuan xde dare laki x leh terime..klo laki plak mmg dah dr awal dah rosak..dh xde terune tu..cmne plak??

ghost berkata...

bukan ker kebanyakkan lelaki sudah setuju kalau virgin itu bukan soalnya...aku rasa yang ramai dah tak wujud ialah lelaki2 yang menepis cinta mereka hanya kerna baizura takde dara...

utk Qiffara: orang macam sabri terlalu ramai yang wujud...percayalah.

zarifahmr berkata...

tacing betei...T______T

cik gojes :) berkata...

oih !! kaLau benar...memang sangat sempurna Lah LeLaki itu..huhuhu~

amy shuhada berkata...

ngokngek btol.. kalo pompuan yg xde dara sbb skit ke ape ke, cmne? laki xde teruna, ilex je bleh klentong pompuan..
*asal aku naek hangin semcm nih?? hahahah

gadis 3 suku . berkata...

laki nie nak yang dara jerp..cm kompom2 dier terune ag..hahahhaha

niesz berkata...

perempuan yg baik utk laki yg baik..mcm tu gak sebalik nye..ehe..

♛ Rose Wolfsbane berkata...

perghhh.... lelaki mmg camtu eh?

Tanpa Nama berkata...

sedih hiro.

A.s.t.i.n.a berkata...

subjektif sangat dah tu Hiro.. mungkin 10 tahun or 20 tahun dulu saya percaya pada skrip ini..

Amir Syahir berkata...

qiff--memang diakui, masih ada jejaka yang wujud macam Farid.

itulah. lelaki sering mahukan yang sempurna untuk dijadikan isteri. perompak, pencuri pun mahukan isteri baik.

Wahida Nasution Thakhrim berkata...

lelaki2 diluar sana yang seperti Mohd Farid Sabri, two thumbs up for you!!

Anies Anessa berkata...

haha...sweet toi farid tue..hak2...
like3

aLya maNip berkata...

gile la farid...lelaki idaman wanita..ngeee

eszol raar berkata...

awak tkde dara tkpe,saya pon x teruna,kita kongkek then kita happy2

dah bosan kita cari mangsa lain

puteri aminuddin berkata...

1 dalam 10 :)

HEROICzero berkata...

hipokrasi terbesar manusia.

perempuan mahu yang menerima diri mereka 'seadanya'.

lelaki hanya mahu yang 'baik-baik' untuk nya.


heh.

plumpy.tootsie berkata...

farid sabri?trus gua teringat mofasad.kah kah kah :D

Unknown berkata...

haha alaen je ngn cite aku..aku pompuan yang taknak terime sebab kate die tak layak tuk aku..

Fairuz Zainal berkata...

gune name farid siott!! asal tak gune name fairuz! arghh demm demm!

Tanpa Nama berkata...

satu dlm patblas tuh laki mcm farid. tu pon kalau la ade. hik3

Unknown berkata...

masih ade kew lelaki seperti farid tu

dyba gula-gula berkata...

nordin ahmad mmg sgt jujur...haha

Iena Arshad berkata...

peh. tacing ah baca kisah lu.

lu macam farid tak hiro? kehkehkeh.

K I E R A berkata...

PALING HEBAT :)

Tanpa Nama berkata...

kalu semua perempuan mengharapkan lelaki macam farid maknanya perempuan nt akan lebih kurang je jaga dara,padahal dara sangat2 penting

gigiAriEma berkata...

hoho..deep gilo..
farid tuh spe ha senannye?nak kenal2 gak..werkkk..hihihi

Blur berkata...

ramai sokong farid nampaknye... 1 dalam 100...

Jom baca dan komen post terbaru Blur Modified Profail Facebook

saljihitam berkata...

gua musykil lah. bukan main kan kalau soal dara ni. tapi perempuan kan dorang tak pernah pulak persoalkan lelaki tu boleh jadi imam keluarge dorang nanti ke tak ke sebelum kawen.

jawapan lu sebagai lelaki mithali ?

farah berkata...

wujud ke farid tu dlm dunia ni?

Amir Syahir berkata...

saljihitam--ragam manusia. diri sendiri sentiasa baik/sempurna/lengkap... tapi sebaliknya tak. mahukan yang baik walau diri tak baik.


farah--ada.ada.

ishiko berkata...

mereka yang insaf dan bertaubat lbh baik...

shida honey berkata...

bgusnye farid tu..hehe...mula lah nk berangan ni..hakhak! :D

cikcahya berkata...

msh ada ke laki yg macm ni zaman skrg ??

nice entry ;)

cik ciput berkata...

ada lagi lelaki mcm farid sabri? ;p

Tuan Din berkata...

HUH!! kalu ramai lelaki kat luar sana macam farid...
boleh menggalakkan anak2 dara belanja 'dara' pada boifren2 mereka... walaupun not steady boyfren...
mungkin Farid org yg susah untuk mendapat pasangan...

mesti ramai yg marah kat aku, tapi itulah hakikatnya!!!

cik FIFFY berkata...

betul ke masih ada lagi yg macam farid? kalau takde dara je cakap dye bukan2. mana kita tahu sejarah silam dy. ntah2 kne rogol ke pecah dara time sukan ke..

Irwan berkata...

salam Hiro,

sudikah kau menyambung cerita aku? Kau pilihlah mana satu jalan yang kau nak:

http://aderberani.blogspot.com/2011/02/aku-nak-berenti-kerja.html

Siti Noor Aminah berkata...

mofasad mmg lelaki terbaekkk! haha

Amir Syahir berkata...

keh2..gua saya up nak tengok pandangan masih-masih.


Tuan Din--dari sudut lain..benar juge. macam sekolah hamil juga..

rosdud berkata...

memang deep haha

sarah mohamad berkata...

ada lagi ke spesis farid ni ?

Akulah Aqilah Itu berkata...

abg hiro, saya dah takdew dareww.. aum! hahaha!

Seyesly, orang macam Farid tuh, masih wujud ke??
Tak rasanya.

Mentang2 batang buruk kita tak nampak.

± berkata...

walaupun mungkin majoriti ramai lelaki nakkan perempuan virgin, aku yakin masih ramai yg sudi terima perempuan yg dah takde dara...dgn syarat dia dah bertaubat atau yg teraniaya cam dirogol

Amir Syahir berkata...

benar kata half.


yes. perempuan tak patut ambil kesempatan jika kenal dengan farid.

eqacashperlala berkata...

terbaik!
susah nak jumpa spesis Mohd Farid Sabri ni

Amiey White berkata...

jujur MEMANG !!!! hahaha yang last tu ada udang di sebalik mee,,... jangan percaya gak dalam hati~

ashikinzulkefli berkata...

hati tisuuu ni.
tacing beb. ;)

Cik SCC berkata...

wuwuwuwuuwuwu..

mintak tisu sekotak !