Slot Cengkerama: Sindiket Mendidik Basri Nordin

Untuk hari Jumaat.



"Sayang... Abang tahu... Abang tahu Sayang. Sayang lebih pentingkan harta benda dan kekayaan daripada Abang kan?" duga Basri Nordin.

"Habis. Abang nak bagi saya makan pasir? Euwww. Setakat kerja cikgu tu... gaji apalah sangat. Saya tak boleh rasa hidup mewah!!!" balas awek Basri Nordin.

"Ayangggggg..." jerit Basri Nordin.

"Kot nak lari pun... jangan laju sangat... jangan... eh.. Ayang terbang? Ayang boleh terbang? Ayanggg... jangan terbang... kalau nak terbang pun, bawalah aku bersamauuuuuuu..." pinta Basri Nordin.

Gedebukkk.

Basri Nordin jatuh katil lagi. Masuk ini sudah tujuh kali termasuk pagi ini. Maknanya sudah seminggu Basri Nordin sudah putus cinta dengan aweknya.

Tambahan pula, dia baru ditempatkan di sebuah sekolah pedalaman. Jauh daripada ibu kota. Tapi nasib dia baik, sekolah bakal dia mengajar adalah dekat kampung datuk dan neneknya.

"Din... Din... tak bangun lagi ke?" laung neneknya.

Basri Nordin dengan pantas terpacak tegap.

"Alamak... sudah pukul 7 setengah pagi. Mampus aku. Aku kena daftar diri pada pengetua pagi ni," kelam kabut Basri Nordin.

Selepas berperang dengan air perigi, Basri Nordin terus mengenakan baju kemeja. Kemas. Bertali leher lengkap. Kemas. Baju masuk dalam. Kemas. Memang kemaslah senang cerita.

"Mari sarapan dulu cu. Mari. Nenek ada buat karipap ni. Atuk kau dah makan dah tadi sebelum ke kebun," panggil neneknya bila nampak cucunya bergegas keluar daripada bilik.

"Saya dah lambat nek. Saya makan di sekolah je nanti," bilang Basri Nordin.

"Kamu pergi sekolah pakai seluar jeans?"

"Saya tak ada seluar slack nek"

"Lahhh. Kenapa tak beritahu? Nanti nek amik seluar atuk kamu. Elok lagi. Hari pertama tak elok tunjuk rock kamu tu Dinnnn. Tunggu..."

Basri Nordin antara dua. Nak cabut lari ataupun tunggu neneknya....


Bersambung...

Episod dua klik sini....(Chacha)


SukaNeka:
Kenapa bersambung?
Baca bawah entri bawah.

23 ulasan:

vampire's lovex berkata...

i loike cikgu rock... =.="..


engneer rock pon i loike..wakaka

Berto berkata...

kalau gua pengetua, Basri Nordin ni dah kene lempang depan perhimpunan juga ni

Amiey White berkata...

hari ni jumaat ea :P

hehe putus cinta sampai jatuh katil hebat :D

alexayussida berkata...

dah sabtu,skola cuti

dyba gula-gula berkata...

hahahahaha...

A.s.t.i.n.a berkata...

awek terbang.. tungguuuuu... herher..

apee cikgu tade slack? slack sungguh cikgu itu..

wannurfazrini berkata...

sakit tak jatuh katil ? haha

Tanpa Nama berkata...

amboi,rock nya cikgu tu =,=

Shahada Fauzi berkata...

tu diaaaa..p lapor diri pakai sluaq jin tuuu..hahaha..

beautiful_rose berkata...

wallah cikgu rock tuh....

eszol raar berkata...

lu,chacha n areleaf mmg saje je kn

nak bwat2 cerita berantai

gua tggu,gua tggu sape yg lg mengancam

Mashe berkata...

hahahaha... nenek rock!

Tanpa Nama berkata...

cikgu pulak..hue.,hue.hue.

echah mashuri

syed hafeez berkata...

gua tak tahu nak komen apa. gua cakap k je boleh kan?

Brader Chacha berkata...

episod 2 akan di update lepas gua selamat makan tengahari

Noor Fatin berkata...

cpt2 la update

Amir Syahir berkata...

cha memang lama..leplep tu puake juga malasnya. tunggu jeww lah.

Brader Chacha berkata...

ada suku lagi surya nih..abes je kang gua update la..

syafiqah ezam shah berkata...

Keh keh keh.Euwwww.

Balqish berkata...

kalau dpt jd komen ke-20.
aku cakap best!

ENCIK TIKUS berkata...

aiceh~ dah boleh jadi pengarah filem nie. hurmmm

norfaridahanum berkata...

cikgu tuh kerja mulia peee??

Sca Ndx berkata...

waw, ganasnya nak pake suar jeans