Slot Cengkerama Siri 2: Tok Ketua Mencari Miyabi

Episod 1 (Edisi Jumaat)


Burung berterbang riang. Ayam berkokok tanpa perlu rasa bersalah. Belalang kadang kala melompat ke depan atau pun ke belakang. Landak pula ralit mengasah duri menggunakan batu sungai.

Angin pula membelai dingin. Sejuk. Aliran air sungai bersih. Suci. Boleh di minum tanpa was-was. Tanaman pula subur menghijau. Indah.

Itulah antara fenomena di sebuah kampung di beri nama Kampung Telur Di Hujung Tanduk.

Hidupan eksotik yang di anggap pupus kini masih ada di kampung itu, malah kadang kala tanpa segan silu haiwan itu bercakap dengan penduduk kampung. Sudah menjadi perkara biasa.

Di kampung itu pula, ada seorang tok ketua. Beliau ini berkuasa meneraju kampung tersebut. Segala permasalahan bolehlah dirujuk pada beliau. Kredibiliti beliau terserlah setelah lebih 15 tahun memegang jawatan itu.

Ekonomi penduduk kampung adalah bercucuk tanam. Mengguna pakai konsep berjasa pada tanah, tok ketua mereka satu tanah terancang dilengkapi sistem aliran air yang sistematik.

***

"Tok ketua...ooo... tok ketua..." laung orang kampung dari halaman rumah.

Tok ketua yang sedang membaiki kandang zirafah bergegas bertemu dengan orang kampungnya. Omar Marzuki nama orang itu.

"Haa. Pesal?" tanya tok ketua ringkas.

"Ni hah. Macam mana nak kopek kelapa ni. Saya lupa dah," soal Omar Marzuki.

"Sedara kena guna parang. Kapak. Mahupun benda yang lebih tajam lagi seperti mata lembing. Bukan dengan garfu sedara. Bukan," jelas tok ketua ramah.

Selepas tok ketua menikam perut Omar Marzuki enam belas kali dengan garfu itu, baru lah Omar Marzuki faham. Pesen bengap. Dah 10 tahun tanya benda yang sama.

Tapi tok ketua tetap bersabar. Melayan karenah orang bawah jagaannya.

Bukan itu saja, tok ketua juga pernah menyelesaikan satu soalan peringkat tinggi seperti membantu orang menyelesaikan masalah kebocoran kapal selam dengan mengguna pakai konsep Archimedes. Segala ilmu di dada di kerah.

"Daya tujah ke atas tak berapa nak 'in'," fikir tok ketua tenang.

Lantas tok ketua membaiki kapal selam milik saudagar daripada Kelantan.

***

"Bang, ulam dan sayur dah abis. Adalah molek jika Abang ke hutan sana. Mencari sedikit ulam dan sayuran sebangkul dua. Kalau ada buah betik. Petik lah. Patik nak makan. Teringin. Hehe," bicara bini tok ketua. Manja.

Berusia 45 tahun. Badan masih mantap. Lentik.

"Baiklah," balas tok ketua tanpa banyak soal.

Selepas isterinya siapkan bekalan makanan. Tok ketua mahu berangkat ke hutan. Lantas beliau;

"Justin Biebir. Justin Biebir," laung tok ketua.

Dengan laju kuda berwarna hitam ada nombor siri 1805 XFC di leher laju berlari mendapatkan tuannya.

"Bagus. Bagus," puji tok ketua.

Justin Biebir ni memang pantang tok ketua panggil. Lantas sekencangnya berlari menuju tuannya.

Justin Biebir ni tok ketua jumpa masa kecil lagi. Tersepit dalam sepit ketam. Ketam dulu makan anak kuda. Besar juga ketam itu. Boleh sebesar kereta sorong sekarang.

Selepas beberapa lama di hutan. Tok ketua ternampak satu makhluk. Mukanya lain daripada sebarang gadis di kampung. Indah. dan menawan. Berbogel. Tiada seurat benang pun menutup badannya. Tak segan silu pula tu. Sedang ralit makan buah betik.

"Indahnya," kata tok ketua.

Pandangan nafsu tok ketua seraya Justin Biebir berhenti.

Dada lentik. Bibir melekit. Mulut yang cantik. Mungkin sebab suka makan betik.

Kaki berkilat. Badannya yang mempersonakan mata, lantas mewajarkan hati untuk memeluk tubuh itu. Segala macam sempurna la. Terkesima tok ketua seketika.

Air liur tok ketua mula menitik kena leher Justin Biebir. Lantas Justin Biebir teliur juga.

Tok ketua mula memasang niat jahat. Alahhh, bukan ada sapa dalam hutan ni.

Terus tok ketua buka kain pelikatnya....

Bersambung...


SukaNeka:

Pertama:
Sambungan akan diteruskan oleh Cha. (Hari Sabtu)
Sambungan ketiga dan penutup oleh Lep. (Hari Ahad)

Kedua:
Kami hanya berbincang tajuk. Gua pun tak tahu apa sambungannya. Keh Keh Keh. Sama-sama kita tunggu.


40 ulasan:

Amiey White berkata...

aarrrggghhh,,,, kenapa bersambung ? =.=" amiey x sabar lah

hiro berkata...

sabar saudari. bukan gua buat sambungan nye.

eszol raar berkata...

stim sial gua

A.s.t.i.n.a berkata...

whahaha.. daya tujah tak baper nai in..? adeh laaaa Pak Hiro..

besttt!

Akulah Aqilah Itu berkata...

adehai... cepat la sambung!

Agak2 ketam zaman dulu buat stimbot mahal tak?

tim berkata...

ketam mkan kuda?
scary..!

missSenget berkata...

justin bieber tu pndai berdansa x?

lini hasnan berkata...

wow, hiperbola sgt bahasa die.haha

Brader Chacha berkata...

pesen imaginasi tinggi sangat buat gua rasa nak demam nak menyambung cerita nie

ɳυɾҽȥȥαƚყ ʝαʅαʅυԃιɳ berkata...

sebangkul?

weh. nak ica!!

hahahaha

♛ nadia the blogger berkata...

generasi skang mmg arif tntg miyabi dan sekutunya, kui3

Biela Sapine berkata...

Cerita tengah syok, bersambung pulak. Haha
Justin Biebir tuu yang tak menahan wooooo

ct pija berkata...

umor 45 p masih lentik..bagus2..msty byk mkn jamu mak dara 2

dyba gula-gula berkata...

hahahaha... suci hati den membaconyer..... ;p

Faezah Hannah Al Baj berkata...

tersenyum je bc~ (^_^)"

Nia Bebeh berkata...

justin biebir? kah kah kah

NOOR FATIN berkata...

buka kain pelikat? haha!

unieMARKS :) berkata...

banjir tak tok ketua ngan Justin Biebir meliru ! haha

unieMARKS :) berkata...

*meliur

echah mashuri berkata...

ceh.main bersambungg pulakkk..grrr

anies anessa berkata...

alaaaaa...pesal b'sambung pulak...
saspen toi...hahahaha

hiro berkata...

justin ni pegang tukul pun pandai.

LiLohOnEy berkata...

wahh.

hidupan eksotik tu mcm besh jek bunyik diia kan kan kan??

:p

She's retarded berkata...

justin bieber pun ada dalam citer ni.
kekeke

Dark Half berkata...

"inilah cengkerama erotik generasi justin beeber dalam kelasnya yg tersendiri..kah3" - kosmos

ciss...lu buat gua nak teberak di pagi hari

Mohd Nor Quiyyum berkata...

ketam dulu makan kuda.
ketam skg makan palu pakis

Irwan berkata...

dark, kalau terberak, jgn luap berdehemmm..

ehhhemmm!!

DuniakuAbstrak berkata...

kalau tak lucah tak sah..bahahaha

Brader Chacha berkata...

episod 2 sudah di kemaskini

Jue berkata...

justin biebir ktnyer hehehe

Siti Mashitah Saidin berkata...

justin bieber tuh mesti kambing kan? hahahahhaha

amiYo berkata...

mano sambungey lg nyo..??hahaha

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

hiro masih bercerita begini rentaknyaa..... haha

Amira Naddia berkata...

badan bini tok ketua lentik sbb mkn betik

cis! nk cari betik sekarang jugak!

Berto berkata...

asyik lu je yg first hiro, bagi la pulak chacha dgn leplep yg start dulu, keh2

Brader Chacha berkata...

bernas juga cadangan berto..

Aweyn berkata...

justin biebir sila sambung
hahaha

hiro berkata...

dari kacak ke hodoh la berto... ingat tu...



dekat banner pun,

hiro-chacha-leplep..

keh2

Brader Chacha berkata...

gua edit banner baru la nanti

hiro berkata...

celake cha.