Slot Cengkerama 3: Pak Leman Makan Lemang

Edisi Jumaat



Kampung Belalang Amai-Amai. Indahnya nama sukar di ungkap dengan kata-kata. Peribahasa yang terindah pun belum tentu dapat samakan nama kampung itu.

Asal usul Kampung Belalang Amai-Amai dikatakan ada saudagar daripada Kelantan yang diusir keluar negeri kerana difitnah meniduri isteri ketua kampung tersebut. Nama saudagar itu ialah Pok Mat Golok.

Pok Mat Golok yang tak bersalah itu terpaksa lari meninggalkan Kelantan dan berlayar mencari kampung baru.

Semasa Pok Mat Golok menjejak kaki di tanah yang kini di kenali Kampung Belalang Amai Amai, dia terserempak dengan keluarga jin.

"Awat hang datang sini sorang-sorang?" tegur ayah jin itu yang sedang mengajar anak jin bahasa Mandarin. Senang jika nak minta kerja dengan hantu cina katanya.

"Kawe maghri jauh. Dari Kelate. Kawe tok se kaca demo. Kawe nok tupe tidur. Nok wat kampung sini. Bereh dop?" Pok Mat bersuara.

"Demo ni ore Kelate? Hoo. Buleh la. Bakpo tok leh nyoh. Kawe meme suko ore Kelate. Baik-baik belako" ayah jin itu balas ramah.

"Aik. Leh kecek Kelate?" tanya Pok Mat.

"Kawe 23 tahun duk Kelate. Keno hantar kerja dekat Kedah ni"

"Ooo.." jawab Pok Mat ringkas.

"Tapi ada satu syarat," muka ayah jin kelihatan serius.

"Selepas generasi ke 21, waris kau ada perhitungan dengan aku. Ingat. Ingat"

Lantas keluarga jin itu menghilang.

***

Dalam kampung itu, ada seorang warga tua bernama Pak Leman. Pak Leman ini sudah berusia 41 tahun. Tapi lengannya yang sasa masih mampu mengugat iman anak dara.

"Abang Lemannnn...nak pergi beli lemang ke?"

"Abang Lemannnn... tolong dukung saya. Letih la nak jalan ni"

"Abang Leman. Abang Leman. Lengan Abang Leman sungguh menggoda!"

Ada saja suara perempuan kacau Pak Leman jika ternampak Pak Leman.

Pak Leman ini sebenarnya waris ke 21 generasi Pok Golok. Tapi sampai sekarang jin tak datang jumpa dia. Lupa mungkin. Itu lah, tak catit dalam buku 666 sangat.

***

Pak Leman ini nama sebenarnya ialah Faez Haikal. Tapi di sebabkan dia suka makan lemang. Dia di gelar Pak Leman. Sampai sekarang nama itu dilekat di hati penduduk kampung.

Lemang ini dah jadi makanan ruji dia. Sehari tak pekena boleh dibawa kencing berdarah. Dia punya simpton boleh kalahkan orang kena sawan.

Dalam sehari Pak Leman boleh makan 25 batang lemang. Itu kalau dia tak layan tengok tarian joget anjuran unit kebudayaan kampung. Kadang kala boleh cecah 42 batang lemang satu hari dia makan.

***

Tapi sejak dua menjak ini... ada sesuatu yang menganggu hidup Pak Leman...


Bersambung...


SukaNeka:
Macam biasa;

Sabtu: Chacha

Ahad: LepLep

Jangan tak baca taw.

Penghargaan:
Terima Kasih kepada M. Faiz Syahmi kerana menaja header gua. Cayalah bro!


28 ulasan:

lini hasnan berkata...

pelawok pelawok pelawok.kehkehkeh

Tanpa Nama berkata...

jin buta huruf, mane pandai menulis...buku 666 mahal...555 la..baru kamen rider 555

Amir Syahir berkata...

suma selaras..666.

A.s.t.i.n.a berkata...

alosss potong kukusla hiro. makei 40 leman tuuuu

saljihitam berkata...

gomo klate gomo.

bhahaha

Unknown berkata...

camne nak dapatkan header tajaan??

Askrie Hishamuddin berkata...

bro kelakar lah! hehe

Amir Syahir berkata...

cik j--khas ahli sarkasis je. hihi



as--makasih..jangan lupa baca sambungan.

Amiey White berkata...

tajaan itu tak tahan hahahaha

Kay- berkata...

Faez haikal

:)

♥ Juliana Violet ♥ berkata...

Vee pun nak belajar bahasa Mandarinlah.
boleh berbual dengan hantu cina nanti. :)

zaty luvlianncez berkata...

hahaha..keep up writing :)

Tanpa Nama berkata...

kalo gini gayo yo, baik aku tak yah layan cerekarama dekat tv3 tuh. hekhekhek xD

shio berkata...

kelaka.hahahah.:)

± berkata...

cam biasa,cengkerama hiro kelihatan comel gitu

ghost berkata...

seronok gak layan cengkerama ko nih hiro...tapi macam biasa,ada saja iklannya..

Tanpa Nama berkata...

hahaha,,buku 666 buku ape?ahahha

Liliyuli berkata...

hahaha..giler merepek. lawak lawak.

Fitrah Adnan berkata...

kencing berdarah kalau x melantak?? wah bahaya...hahaha

Duniakuabstrak berkata...

ari2 makan lemang?..boring woi..haha

dyba gula-gula berkata...

hahaha...gile punye pak lemang...

Cikgu Jaja™ berkata...

siye gelak sampai pechah urat usus i..haha

Al berkata...

nme sbnr da moden gile Faez Haikal,leh lak jd Leman..haha

alexayussida berkata...

suruh pak lemang berhenti makan leman..berlemak sgt..tak baik utk kesihatan:p

tepok amai2 belalang kupu2

belog|amiyo berkata...

bersambung lg..
yg penting x tgl sukaneka 2..haha

Sca Ndx berkata...

gua rasa nak sparring dengan pak leman lah.

Raden berkata...

mgkin jin tuh takut dgn lengan pak leman

kalau pak leman ade anak ensem, sile la kenalkn kat aku

minty_mint berkata...

hahaha...klaka... siyes.. nk follow2... xsaba tnggu sambungan cite ni.. hehe...