Edisi Ahad.
Apa-apa pun, muat turun haram dulu cerita dekat sini.
Episod 1: Chacha
Episod 2: Lep Lep
_____________________________________________________
Awek kau bernama Rifa Fauziah dalam tahanan aku- Doctor
"Hah??? Kenapa letak nama doktor? Rosak lah reputasi dan nama baik Lembaga Doktor Mynamar Timur je," bicara Haji Dusuki.
"Ini nama spy aku ketika di Ohio la. Kau tahu ape. Tengok cara pakar buat kerja," terang Jeff Bukhari riak.
Jeff Bukhari terus menampal nota layang itu dekat pintu masuk rumah hantu milik lelaki itu.
***
"Sayang... sayang dimana?"
Laung suara lelaki itu daripada luar pagar. Setelah berbalas mesej dengan Jeff Bukhari mengenai tempat tahanan dan syarat-syarat. Lelaki itu bergegas mencari aweknya.
"Lepaskan awek aku!"
"Tenang anak muda. Muka kau macam babi. Jangan la perangai pun macam babi" lantang suara Jeff.
Di sebalik kotak besar, kelihatan Haji Dasuki mengekek kecil.
"Awek kau akan selamat jika kau jujur. Kau kenal mereka ni semua?" lantas Jeff menunjukkan gambar keluarga Haji Dasuki.
Lelaki itu terkejut.
"Heh. Jelas la kau bunuhkan?" gertak Jeff sambil mengacukan pistol di kepala lelaki itu.
"Tunggu. Lelaki pakai baju merah ni. Aku pernah jumpa. Dia pernah datang sini. Bagi duit pada aku untuk bina rumah hantu," terang lelaki tersebut.
Suasana menjadi sunyi. Angin lembut membelai pipi Haji Dasuki. Muka Haji Dasuki pucat. Haji Dasuki tak tahan. Arahan Jeff supaya berada di sebalik kotak di abaikan.
"Itu anak ketiga aku, Jeff. Ramon. Ramon Muzaffar Pilus Bin Haji Dasuki. Dia sekarang berada di UK. Sambung belajar dalam bisnes" ujar Haji Dasuki.
"Kau biar betul? Kot kau salah tengok?" tanya Jeff sambil acukan di bahagian kemaluan lelaki itu.
"Sumpah!" jerit lelaki itu ketakutan.
"Dia ada beli rumah di Cherating. Hujung sana" tambah lelaki itu lagi.
"Hah???" Haji Dasuki kepeningan.
"Okay. Kau tunjukkan aku. Dan aku lepaskan teman wanita kau," balas Jeff bijak.
***
"Mengapa Ramon? Mengapa? Sanggup kau bunuh ahli keluarga kau. Adik-adik kau. Ibu kau hampir mati," tanya Haji Dasuki.
"Haha. Aku dah lama kena buang kolej. Aku berada di Cherating hampir satu tahun. Aku malu nak beritahu pada keluarga"
"Kamu semua tak pernah ambil peduli tentang aku di sana. Apa yang kau inginkan ialah segulung ijazah lepas tu kerja dengan kau"
"Aku telah rancang satu rancangan terbaik untuk bunuh kau Haji Dasuki. Tapi engkau bertindak cekap. Kau datang mencari aku sebelum aku mencari kau.
"Aku dengar, kau bagi wasiat kepada semua ahli keluarga. Tapi untuk aku? Apa? Kau lupa ke kau ada anak bernama Ramon????"
"Aku sengaja bunuh mereka. Dan ambil ibu jari meraka. Hanya untuk cop jari permindahan wasiat dan harta milik. Sudah selesai semua. Hanya tunggu kau mati sahaja Dasuki!!!!!!!!"
"Aku tanam mayat anak-anak kau, apa bahagian tertinggal di bawah tanah. Betul-betul dibawah tapak rumah berhantu tu"
"Aku puas. Aku puas. Selama ini, memang kau benci aku kan? Kau hantar aku jauh-jauh untuk kau sekeluarga bahagia tanpa aku"
"Bila kau datang ke Cherating, aku mula jalankan rancangan aku. Tengok. Selepas kau mati, aku adalah manusia terkaya Asia Tenggara. Dengan aset lebih 40 Billion seluruh dunia" bicara panjang Ramon.
"Hahahahahahaha...." gelak besar Ramon.
Haji Dasuki tak fikir panjang. Dia mengambil pistol di tangan Jeff lalu menembak kepala Ramon.
"Kau silap Ramon. Kau silap" Haji Dasuki merintih.
"Aku berikan kau ilmu. Itulah harta paling bernilai. Kau bakal meraih lebih daripada harta aku sekarang dengan ilmu kau....."
Darah di kepala Ramon mula keluar laju. Jeff masih terkejut dengan tindakan kawannya itu. Dia sungguh tak menduga.
Haji Dasuki menangis kepiluan.
"Kerna harta, keluarga merana" bisik Jeff sendiri.
24 ulasan:
nnt gua baca yg episod lepas2 .
hihi
nice. :P
fuh... gila tragik slot cengkerama minggu ni kekeke
terbaikk !
waaah!bez..:)
hiro, mane bunyi pistol nyee..
hhahaha
tu pasal...camne bunyi pistol??? kui kui kui.
ade yg snggup bunuh membunuh d sebab kan harta..dahsyat tul..
tragis gile. sob3
saya suke orang kaya.
orang kaya tak suke saya.
okei tade kena mengena
eh ade episod lepas ke hiro? mane ade??
ada episod?
apesaL pendek sgt der?...baru nak kLimaks
akua se takder kaitan pon citer ni dgn cite lepas2..ahaha..ko lipat eh
*claps*
tahniah hirooo! berjaye smbung cerita mereka dengan jayanyaa! cool! cool!
:D
aish..cengkerama ni melibatkan 3 orang penulis..setiap minggu cerita berlainan.
baca dahulu yang dekat chacha, leplep.
macam katakan chacha episod 1.
lep lep 2.
dan gua akhir.
3 episod..bersambung,bersiri.
nanti akan bergilir-gilir sapa stat dulu. kali ini giliran gua sambung episod akhir.
harap faham.
hencik hiro wat apen to u....cite da menarik n ending da mantop tp pendek sgt part 3...xpe la bz kn...:)
alyn--nak panjang lagi?
nanti tak baca...nak juga gua selit ada unsur rogol-rogol karang!
hehe.
alor.. x saspen sgt! hahaha :P
ha?dah habis...kejapnye bace...nape pendek je...ala....xsangka bapak bunuh anak sendiri....patutla anak pon bunuh orang gak
pendek sgt..ending da ok da..tp kalo dipanjangkan lagi mst lg ok....opkos bace punya..kalo x, xde la request nk suh cpt2 smbung..hehe...panjang lak komen..hehe
bENG bENG beng - itu bunyi pistol lol
jap aku terdiam jap.
ok nama awek dia rifa. seb baik hujung nama len~
ce bagi alamat kubur ramon...nk ziarah metar..hehe
Catat Ulasan