Surat Lewat Ke Kelas


Burung berkicauan riang. Udara dingin makin memanas. Sipi-sipi cahaya mentari kena cermin lantas terkena mata saya. Silau. Cahaya mentari itu juga anak patung saya.

Saya celik mata. Jam dinding berbentuk buah epal jelas menunjukkan pukul 8 pagi.

Ahhh. Lewat!!!. Lantas saya berlari ke bilik abah saya. Di sebabkan saya anak kepada abah saya. Maka bolehlah saya berlari anak.

"Abah-abah. Bangun. Lewat dah ni. Abah tak kerja ke?" kejut saya.

Abah saya terkejut. Risau semacam dia. Terus abah saya dukung saya lalu mandikan saya.

***

Tengah abah saya sedang berusaha hidupkan enjin kereta, saya termenung jauh.

Dah lewat ni. Mesti cikgu marah. saya berfikir-fikir mahu ponteng kelas terus. Mama saya ada kursus pula di Kelantan. Kalau tak, tak akan lewat. Nak harapkan abah saya...hampeh.

"Ica... jom jalan kaki. Kereta tak boleh hidup pulakkk," laung abah saya.

Abah saya memang pakar jalan pintas ni. Walaupun jalan kaki, boleh sampai ke sekolah kurang sejam.

Di perjalanan, kami terjumpa dengan seorang wanita bermain batu seremban. Nescaya itu hantu rambut panjang cecah tanah.

Abah saya dukung saya. Lantas kami lari. Tak guna cari pasal dengan hantu ketika lewat ni. Kalau tak lewat, boleh la sertai dia kejap. Ada juga bau kentaki . Menyelerakan. Abah saya syak itu daripada kentaki cawangan bunian. Kalau tak lewat, boleh singgah. Beritahu abah saya.

Selepas melalui jalan hutan dan kampung. Maka sampai lah ke sekolah. Hasil daripada berkat kesabaran yang kuat.

Oleh sebab itu, saya lewat ke kelas cikgu.

Sekian.
Aleesya
Darjah 1 Gemilang.

***
Malamnya,

"Abah-abah... cikgu suruh tulis surat sebab datang lewat. Tak reti. Abah tulis leh?" pinta Ica.

Gua: Emmm.

***

'Kompem-kompem' cikgu kelas Ica percaya. Kan? Kan? Kan?


44 ulasan:

eszol raar berkata...

kalau aku cikgu aku ajak ko pergi tnjuk itu match batu seremban n Kentuck versi bunian tu

haram punye bapak

kah kah kah

Amiey White berkata...

cisss...bapak3 =.="

Balqish berkata...

rasanya bapak dia mesti amek kesempatan nak ayat cikgu ica sekali.

ekekekek.

ghost berkata...

apsal ko nak tulih surat..ko send sms jer lar...

apalar gunanya teknologi kalau tidak digunakan.aiiilar!

Amir Syahir berkata...

ghost writer--dah cikgu kelas nak surat...keh2

ghost berkata...

cikgu klasikal tul lar...mesti lahir tahun 1960an tuh...

Anies Anessa berkata...

kalo aku,aku pcaya cita nie....baru nmpak ketulusan aku...haha

Sca Ndx berkata...

mula-mula aku igt ica dah pandai jadi kaki lipat.
bapaknya tulis kan. ahaha

Annisa berkata...

bawa ayah pi jumpa dan cerita depan cikgu ^__^ eh tak boleh tak boleh.. nanti cikgu perempuan terpikat lak dengan ayah aku..

Ziro berkata...

kah kah. Aleesya rupanya nama penuh Ica. Sejak bila darjah 1 kena buat surat ni?

Kepada guru aleesya, sila hati-hati. tih tih

emirhasnan berkata...

bapak.

tlg tulis surat untuk saya

Tanpa Nama berkata...

kehkehkeh. sengal.

A.s.t.i.n.a berkata...

ishhh kecik2 nehh ngajar anak berfantasi.. memang kreatiflerrr anak tu nanti..

Tanpa Nama berkata...

surat tu kena dalam bentuk formal wei. salah tu. hahahaha

izuddinrahim berkata...

terbaik r abah ica.
mesti pasni cikgu ica jatuh hati. haha

neesa berkata...

haha.. x boleh belahhh
suratt...keh... ..x rupe surat dah niee

M. Faiz Syahmi berkata...

call cikgu aleesya., cakap nih;

"err.. cikgu. aleesya tak buat surat yang cikgu suruh tu. dia buat blog. nanti cikgu tengok dekat blog dia k.? dia siap tag emel cikgu lagi kat situ. nih link url nya. http://aleesya-sicomel-anak-hiro.blogspot.com/ apa-apa hal cikgu komen kat situ okeh.? hard copy nanti saya serahkan dekat cikgu."

Duniakuabstrak berkata...

kerana bapak santan binasa
kah3

tiafazunia berkata...

kesian ica dpt bapak cam lu.
sekian.

cikpia berkata...

naseb bek aku tadak bapak cam bapak ica.....

Adibah Baharum berkata...

merana ica ngan bapak nye.

Hidayati Farhan berkata...

kahkahkah, klau icha adalah ank murid saya, sudah ku suruh dia kunyah surat tu dan telan. agak2 la abah icha oii nk tipu cikgu

efa berkata...

hahaha ini surat tipu kalau ak jd cikgu ica aku tak terima...itu bukan surat rasmi slh buat surat..hahaha apa pnya bpak hahaha kelakar tul

combi berkata...

=.='

wannurfazrini berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
wannurfazrini berkata...

surat ni leh dpt A ahh dlm SPM . kah kah

.:: yUki a.k.a f@Ra ::. berkata...

saya dtg lewat sbb abah saya bgn lewat..
abah saya mmg susah nk bgn pagi sbb die slalu layan porno tgh2 mlm..
jadi...cikgu..silalah salahkan abah saya..


sekian,

ica

♛ Rose Wolfsbane berkata...

naseb baek aku tak bercita jadi cikgu

beautiful_rose berkata...

ciss..kalau ada 10org pelajar macam ni,mau mati akal aku =p

Siti Noor Aminah berkata...

kalo gua cikgu, terus gua rotan ica dgn abah dia. haha

Husna Lana berkata...

surat ni takdak letterhead. tak valid. skolah tak nak terima. haha

vampire's lovex berkata...

haha, sengal

platipus berkata...

kesian ica dpt bapak mcm ni

aien berkata...

hahaha... terbaik la abah!!
lepas nie tlong tulis surat ponteng kerja plak ya.. keh3 =P

budak kecik berkata...

kalu ak ckgu ica, ak akn kata: "bley sy jupe ngn abah kamu??"

wahahah

ct pija berkata...

bahahahah..kalo aq ad anak,aq nk wt surat cmni gak la

... berkata...

huehue senget

alexayussida berkata...

kemainn bapak ica...!

De' Nurul berkata...

oh nama betul dia aleesya eh. baru aku tau

± berkata...

kalau cikgu nak marah pun sure terbantut kat situ. abah ica memang saiko tahap tertinggi. kah3

Amir Syahir berkata...

keh keh keh. I biase-biase ajewww lah.

± berkata...

malu-malu lettew...dah2. takda kaitan.komen sampah

dyba gula-gula berkata...

sengal....tapi lau ak cikgu..ak suke bace surat gitu..surat menggaru hati beb... hahaha!!

mentega^^terbang berkata...

Cikgu 1 Gemilang harap anda baca entri abah Aleesya nih..
hehehehe~ :)